Posts
Showing posts from 2017
Conditional Pass
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menetapkan perjalanan, ujian, dan nikmat untuk hambaNya. Setiap kesukaran ada kesenangan. Dan Sesungguhnya dalam setiap kesukaran ada kesenangan. Jumaat lepas saya baru selesai exit seminar selama satu jam untuk public Audience. Kami sepatutnya bermula pada jam 1 pm. tapi saya sudah pun berada di dalam bilik seminar seawal jam 8 pagi. melihat slides yang disediakan, dan menyusun makanan dan minuman yang dibeli malam tadi. Menyusun sendirian. Berbaju rehan, berseluar khakis cream, berkasut aqua hitam, dan berbaju sejuk hitam merupakan tema untuk presentation saya ini. Bismillah, memang saya harapkan semua berjalan lancar. Dissertation telah pun diberikan kepada semua committee members seminggu sebelum itu, yang dikira juga agak terlewat, kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Kami tidak mempunyai masa lagi. Kurang 15 minit jam 1 pm, penyelia saya pun sampai. Sebelum itu saya pergi ke officenya dan...
Api Jam 10 malam
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah ini berlaku di Perak, Malaysia, semasa saya berumur 10 tahun. Rumah atuk dan nenek saya dikampung adalah berhampiran dengan rumah saya dan pakcik saya. Sering pada hujung minggu, atau cuti sekolah, kami akan bermalam di rumah atuk dan nenek. Rumah tersebut merupakan rumah warisan sejak dari turun temurun. Yang saya ketahui adalah sejak dari bapa kepada moyang saya tinggal disitu. Rumah kayu tinggi, yang dahulu dikatakan telah dipindahkan beramai-ramai dengan bantuan orang kampong jauh dari Baroh (Hutan). Belakang rumah pula adalah hutan tebal, dan jika pergi jauh lagi akan berjumpa dengan sungai perak. Tandas pula terlepas berasingan di luar rumah, kira-kira 10 meter dibelakang rumah. SAKIT PERUT Masih segar dalam ingatan, jam 10 malam, tiba-tiba kami cucu dalam 4 orang sakit perut serentak dan mahu menggunakan tandas. Atuk biasanya sudah tidur selepas isya, jadi nenek menggunakan tin minyak tanah yang ditebuk dan diletakkan peli...
Sebab-sebab mengapa orang suka mengumpat
- Get link
- X
- Other Apps
Salam. Saya tidak suka duduk bersama orang yang suka mengumpat. Apatah lagi menjadikan mereka sebagai teman baik. Masalah orang mengumpat ini, mereka suka menjustifikasikan tindakan mereka itu betul, untuk menyelesaikan masalah dan sebagainya. Sugar coat bagaimana pun, mengumpat jugalah. Ceramah yang baik.
Tulis
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Semakin busy, semakin kerap menulis blog. Bukan bermakna tiada kerja atau mengabaikan tugasan yang lain. Cuma menulis pada blog ini mampu saya lakarkan satu persatu hal yang bersarang dikepala. Mahu diceritakan pada orang, takut disalah anggap, disalah erti, dan menjadi bahan. Sukar saya mahu percaya orang buat masa ini. Sudah terkena, depan-depan kita baik saja, belakang-belakang nauzubillah. ISTERI Isteri saya pesan, janganlah selalu kongsi gambar anak di media sosial. Dah saya pelik, kenapa. Kemudian saya teringat. Ada beberapa sebab 1. Pandangan ain Pandangan ain ini adalah pandangan mata, yang disertai dengan pujian atau kegaguman yang tidak disertai dengan kalimah Masyallah. Misalnya, dikongsi gambar anak yang sihat dan comel. Orang lain melihat, memuji, "sihatnya anak dia, comel pulak tu" tidak semena-mena anak tersebut sakit disebabkan kata-kata itu. Orang yang memuji tiada niat jahat pun, cuma pandangan ain ini merupakan salah ...
Intelectual Barbarism?
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Artikel dibawah berkenaan intectual barbarism. Isinya bagus. Boleh juga dikatakan viral. NAMUN, apa bila saya cuba mencari istilah berkaitan online, sebarang artikel lain, atau journal, buku atau sumber yang boleh dijadikan bahan bacaan lanjutan, maklumat tersebut tidak kedapatan. Mungkin akan jumpa "intelectual barbarism", tetapi fokus atau kandungannya berbeza. Buat masa ini saya ambil sebagai pengetahuan, atau artikel yang ditulis dengan baik. Namun kesahihan isi kandungannya diragui. Viral, berhati-hati. Berkongsi perkara yang baik, tapi juga tiada asas boleh jadi fitnah. ****************************************************************************** APA ITU “INTELLECTUAL BARBARISM” ? Artikel oleh : Ibn Jawi Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam d unia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual ...
Pengajian tertinggi; Dua perkara
- Get link
- X
- Other Apps
"Master degree ini berbeza dengan Phd" Dr Musa memulakan bicaranya dengan saya. Pada awalnya dia mencari teaching asistant yang kebetulan kubikalnya terletak bersebelahan dengan kubikal saya. Office Dr Musa ini pun hanya selang satu bilik. Kubikal saya ini membelakangi pintu masuk, yang selalu saya tutup dan kunci kalau bersendirian dalam pejabat yang dikongsi dengan enam orang lain. "Master degree, ini macam undergraduate, tetapi dengan sedikit research. Result kalau tak jadi pun boleh dimasukkan" kata saya memberikan idea. "Betul. Preliminary data pun boleh dimasukkan dalam perbincangan" .tambah Dr Musa. Saya mengangguk dan menunggu beliau berkata-kata lagi. Dr Musa juga merupakan seorang graduate coordinator. Semua permohonan biasiswa (samada dapat atau tidak), perlulah mempunyai surat sokongan dari beliau. "Bezanya Phd ini, penting dengan dua perkara" SCHOLARLY Kesarjanaan. Menulis thesis, menerbitkan journal, arti...
DILEMA JARGON
- Get link
- X
- Other Apps
Salam. Saya menulis beberapa catatan dalam buku nota sebagai checklist "1. pH indicator medium for FaRALF plants, data taken at 6, 12 and 24 hrs. repeat for 3 independent experiments. accomplish in 3 days. 2. different range of pH HEPES buffer solution from 5.2 until 5.8, using pH indicator medium data taken after 24 hrs. repeat 3 times with four replicates. 3. rooting medium in magenta boxes, 1.5 uM IBA, 1% glucose, 0.7% phytoagar, 0.5 x MS, pH 5.8. transfer putative transgenic 10 mg/L kanamycin shoots 4. take pictures of shoots in (3) 5. find a way to measure FaRALF mutant plants, crown diameters, petiole lengths, from published literatures .... " and list goes on, perkara di atas mesti diselesaikan pada hari ini. DILEMA Dilema bagi aliran sains tulen untuk menerangkan jargon kajian dalam bidang ini kepada masyarakat. Idea seolah-olah tak sampai, tiada kaitan Dilema juga aliran sains sosial untuk menerangkan tajuk kajiannya pen...
Suri Hati Mr Pali.
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Tajuk post ini mungkin agak poyo, tapi saya sangat rindukan isteri dan anak-anak saya. Ini bukan keluhan, tetapi lebih kepada luahan, supaya tidak bersarang di kepala. Sebelum saya dikatakan mengada-ada, izinkan saya kongsikan kronologi timeframe kebersamaan hidup kami. TIMELINE Oktober 2010 hingga Ogos 2011 Berkahwin, dan selepas 2 hari anak sulung lahir, saya datang ke USA untuk menyambung pengajian kerana telah tertangguh dari Spring kepada Summer semester. Tiada penangguhan lagi boleh diberikan untuk tahun 2011, kerana untuk tahun Spring 2012, permohonan baru perlu dibentangkan. Ogos 2011 hingga Ogos 2013 Saya berada di Gainesville, FL, isteri pula berada di USM Pulau Pinang menyiapkan thesis masternya, dan anak sulung, Alisha Humaira pula berada di Kelantan bersama Tokku dan Tok Ma. Isteri berulang- alik setiap2 minggu dari Penang ke Kelantan menjenguk anak. Saya pula sempat pulang setahun sekali, pertama kali untuk menguruskan visa...
Aku Pelik
- Get link
- X
- Other Apps
"Kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu" tiba-tiba Suri berkata kepada Mimi dengan nada yang serius. Mimi agak tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Suri itu. Pada ketika yang lain, Mimi bertanya kepada Zack, "I pelik la. Haritu Suri ada cakap kat I, 'kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu'. Apa maksud dia Zack? You tahu?" Zack selepas mendengar pertanyaan Mimi dalam hatinya berbisik, "Betullah kalau orang ada rasa buat salah ni, takut tak bertempat" Zack menjawab soalan Mimi, " Entahlah, apa maksud Suri itu. You tak tanya ke Mimi? Biarlah, you pelik, I pun lagi pelik you tanya macam ni" Mereka berdua tertawa, mengelakkan sebarang andaian yang boleh mengundang dosa. SENYAP ITU LEBIH BAIK Orang yang suka bercakap perkara buruk dibelakang orang, meskipun benar, jarang sedar ianya termasuk dalam dosa mengumpat. Kalau perkara tidak benar, ia menjadi fitnah. Salah menjustifikasika...