Suri Hati Mr Pali.

Salam,

Tajuk post ini mungkin agak poyo, tapi saya sangat rindukan isteri dan anak-anak saya.

Ini bukan keluhan, tetapi lebih kepada luahan, supaya tidak bersarang di kepala. 

Sebelum saya dikatakan mengada-ada, izinkan saya kongsikan kronologi timeframe kebersamaan hidup kami.


TIMELINE

Oktober 2010 hingga Ogos 2011

Berkahwin, dan selepas 2 hari anak sulung lahir, saya datang ke USA untuk menyambung pengajian kerana telah tertangguh dari Spring kepada Summer semester.

Tiada penangguhan lagi boleh diberikan untuk tahun 2011, kerana untuk tahun Spring 2012, permohonan baru perlu dibentangkan.

Ogos 2011 hingga Ogos 2013

Saya berada di Gainesville, FL, isteri pula berada di USM Pulau Pinang menyiapkan thesis masternya, dan anak sulung, Alisha Humaira pula berada di Kelantan bersama Tokku dan Tok Ma.

Isteri berulang- alik setiap2 minggu dari Penang ke Kelantan menjenguk anak. Saya pula sempat pulang setahun sekali, pertama kali untuk menguruskan visa anak, dan kali kedua untuk membawa mereka tinggal bersama.

Ogos 2013 hingga Januari 2016

Kehadiran mereka pada Ogos 2013, merupakan pengalaman saya menjadi seorang ayah buat kali pertama. Anak sulung tidak berapa mahu rapat, kerana saya ini memang seperti orang asing baginya. Sebulan masa saya di Malaysia untuk mengambil mereka digunakan untuk mengambil hati anak.

2 tahun tinggal berjauhan, apabila dapat tinggal bersama, saya berazam untuk membalas rindu kesumat,dan serba salah selama ini.

Pada april 2014, anak kedua kami, Adam Harraz pula lahir. Baru pertama kali merasa membesarkan anak kecil, seperti anak ini menjadi pengganti pengalaman anak pertama yang saya terlepas.


December 2014, 2015, 2016


Januari 2016 hingga Januari 2017

Keluarga saya pulang ke Malaysia, kerana perlanjutan kedua atau sebarang perlanjutan dibekukan untuk semua pelajar luar negara. Keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, dan pengajian yang memerlukan komitmen yang tinggi membuatkan kami merasakan ini merupakan pilihan paling baik yang boleh kami lakukan.

Isteri dan anak anak berada di Malaysia, saya pula sendrian di sini bergelut menyiapkan pengajian.
Fokus dalam menyiapkan tugasan. Jauhkan diri dari drama queen atau king, beranggapan baik kawan kawan di sini mampu berbaik sangka seperti saya berbaik sangka kepada mereka.

RINGKASNYA

Isteri; kahwin 6 tahun, duduk bersama 3 tahun
Alisha Humaira, umur 5 tahun lebih, duduk bersama 2 tahun
Adam Harraz, umur 2 tahun lebih, duduk bersama 2 tahun.


Doakan kesempurnaan amanah saya disini.

Siapa suri hati Mr Pali? Isteri, dan anak-anak. Mereka semua. 

One golden lesson for Phd I learn , I must be able to eat failures for breakfast!


"Pali-senang itu rezeki, susah itu mengaji"

Comments

Ashraf said…
Semoga dipermudahkan mujahadah ini.

Setiap perkara yang susah akan disusuli dengan kesenangan.

Itu adalah janji Tuhan yang mengatur segala sesuatu.
pali said…
ameen atas doanya.

semua ada hikmahnya.

Benar, kalau dah ditulis rezeki, insyallah.

Moga urusan ashraf juga lancar. ameen.

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap