Monolog.

Bismillah.

Kehadiran Ramadhan hanya beberapa hari lagi. Saya masih belum bersedia. Inteleknya, Fizikal, Rohani, dan Emosi masih lagi samar-samar tidak kuat pasaknya. Lama sungguh saya tidak menulis dari hati. Kebanyakan penulisan yang ditulis baru-baru ini seperti dibuat-buat. Hati yang menjadi daging penentu seluruh perbuatan, tidak begitu ingin bersuara kerana kerinduan cinta.

Menulis ini saya rasakan perlu. Menulis ini tidaklah sama dengan berdoa, kerana berdoa itu monolog secara bersedirian, bukanlah dikongsi di facebook , blog, twitter mahupun di papan kenyataan. Terkecuali hal-hal umum, yang melibatkan perkara-perkara sejagat.

Menulis sebagai terapi. Supaya terang fikiran dan hati. Berpuluh-puluh perkara diingat dalam hati tanpa ditulis, akan menyesakkan perasaan. Menulis untuk melihat apakah kosongnya minda minta diisi. Tidak mahu terlalu padat dengan kerja harian di laboratory. Hidup pagi, petang dan malam membuat experimen. TIdak mahu jadi begitu,

Bulan Julai ini masuklah bulan yang agak sibuk. Kehidupan PHD di sini umumnya tidak banyak masa untuk dibuangkan, mahupun banyak pilihan untuk tidak dilaksanakan. Saban tahun setiap semesta melihat yuran pengajian sebanyak USD 9,000 amat merisaukan hati.Risau pada amanah dan hakikat jumlah yang sudah pasti akan ditanya belanjanya di akhirat nanti. Panik, tapi kemudian merenung beberapa berita dari tanah air, berbilion USD dihabiskan dengan jalan penuh helah dan penuh pembaziran, apakah individu tersebut tidak merasa bebannya kelak?

Hujung bulan ini akan berada di MIami, untuk conferen American Society of Horticultural Sciences. Hanya akan menyiapkan poster saja untuk beberapa hati. Mesyuarat komuniti phd akan dilaksanakan juga. Oh, saya juga baru dapat lesen kereta. Alhamdulillah.

Esok, pergi mengambil gambar dan mengutip data. Cuba untuk berpura gembira, tapi hati terasa kosong.

IMG_4336

Ahlan wa sahlan Ramadan. Moga kehadiran kamu dapat menghiburkan hati ini. AMeen.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated