Travelogue KB, KLIA, Narita, LAX

Salam,
Dinukilkan supaya mudah untuk isteri dan puteri kecil tercinta untuk bermusafir dimasa akan datang yang tidak berapa lama lagi.

Urusan visa sudah pun selesai, dan Alhamdulillah tiada masalah. Kini hanya menunggu pengesahan dari Ummu Alisha untuk memberikan tarikh tetap supaya pembelian tiket, insurans perjalanan dapat dilakukan dengan segera.
Moga travelog ringkas ini bermanfaat.

KB ke KLIA
Insyallah tiada masalah untuk ini, kerana telah beberapa kali ‘praktis’. Smile Check in luggage terus ke LAX. (semua barang wajib di scan di sini sebelum di check in lagi dengan airlines domestic)
IMG_4917


KLIA ke Narita, Tokyo (transit)
Tempoh perjalanan: 10 jam.
Masa Lay over: 1 jam 30 minit
Masa di Jepun adalah 1 jam cepat dari Malaysia.
Jika Malaysia: Rabu; 8pm
Jepun: Rabu; 9pm.
IMG_5379IMG_5382
IMG_5383
Airport ini adalah untuk transit sementara sebelum pergi ke LAX. Banyak perjalanan MAS dari KLIA ke LAX akan transit di Narita Airport. Beberapa rakan yang pulang baru-baru ini dari LAX juga transit di sini.
Barang-barang carry on wajib dibawa turun di sini, dan akan di scan sekali lagi oleh sekuriti. Tiket flight (boarding pass) sila simpan baik-baik kerana amat dipenting untuk urusan transit.
Wifi adalah percuma di sini. Itu berita baiknya. Jika tidak dapat internet, sila ubah lokasi, terutama tingkap di kawasan menunggu transit, internet tidak dapat diakses lansung.


Narita Airport ke LAX
Tempoh perjalanan: 7 jam.
Masa lay over: bergantung kepada airlines dan masa.
Local time adalah PST, 3 jam lambat dari EST (masa gnv), dan 9 jam lambat dari waktu Malaysia.
Sebelum mendarat akan ada 2 borang perlu diisi.
1) Borang pas customs (bewarna biru)
2) Borang pas homeland security (bewarna putih)
Lengkapkan borang mengikut arahan. Jika tidak jelas, sila tanya pramugari/ pramugara. Jangan segan meminta seberapa banyak borang baru sekiranya berlaku kesilapan (biasanya terjadi kerana penat dengan perjalanan).
* sila sediakan pen sendiri dalam beg yang mudah dicapai ketika dalam flight.


Setibanya di LAX..
Dokumen wajib: Passport dan Dokumen I-20. (bawa juga salinan I-20 suami) dan sebarang dokumen berkaitan. Pas customs dan homeland security juga perlu dibawa.
PENTING: Pastikan dokumen-dokumen ini berada dalam CARRY ON beg.

Tibanya di sini , perlu segera beratur di line VISITOR. Tunggu giliran untuk di interview dengan homeland security. Prosedur lebih kurang sama semasa embassy USA, beberapa soalan akan ditanya, (seperti akan tinggal dimana, apa tujuan berada di USA). Cap jari tangan kanan dan kiri akan diambil. (Tenang, dan baca bismillah dan doa jika panik).

Setelah selesai, terus pergi ke tempat mengambil beg check in yang telah ditetapkan. Kebiasannya akan diumumkan semasa kapal terbang mendarat dan sebelum berhenti sepenuhnya. 
Ambil troli, dan tunggu beg. sediakan passport dan borang pas customs dan beratur sebelum boleh keluar dari terminal. Pihak kastam akan mengambil borang pas customs dan mengembalikan passport.

Terus keluar dari terminal Tom Bradley (untuk MAS dan international arrival) dan terus menuju ke terminal seterusnya untuk connecting flight domestic.
IMG_5386

Connecting flight domestic
Bergantung kepada airlines yang ditempah dalam tiket. Jika USAirways (berada di terminal 1), American Airlines (terminal 4).
IMG_5385
Gambar ini di ambil menghadap terminal, sebab itu anak panah ke kanan. Jika keluar dari terminal perlu ambil kiri.

Jangan menyusahkan diri berjalan dari terminal ke terminal kerana jarak antara setiap satu adalah 10 minit, dan jauh.

(Gambar di bawah diambil dari terminal, maka tempat menunggu adalah di seberang jalan. Perlu menyeberangi jalan dan tunggu di tempat yang disediakan.)
IMG_5388IMG_5389IMG_5390
Sebaliknya, ambil bas untuk airline connectiions, bas LAX bewarna ungu. perhatikan anak panah, dan tunggu di tempat menunggu bas LAX (airline connections).
IMG_5394
Inilah kawasan menunggu LAX Shuttle. Jangan tunggu di kawasan lain. IMG_5393
Tunggu di kawasan menunggu LAX shuttle. Lihat papan tanda, dan kebiasannya berada di sebelah kiri apabila keluar terminal.
Bas ini akan berpusing ke semua terminal 1 hingga 8 untuk airport. Jika tidak pasti di terminal mana, sila beritahu pemandu bas destinasi dan beliau akan sedia membantu.

Check in domestic flight.
Untuk mudah dan segera, terus rujuk kepada kaunter untuk bantuan. Kebiasaannya beg sudah pun dibayar oleh pihak agen tiket untuk check in beg. Berikan maklumat tiket dan perjalanan. Sebaiknya juga bawa juga wang dalam USD sekurang-kurangnya USD 100 (dalam pecahan USD 20) atau aktifkan kad kredit CIMB supaya boleh digunakan di USA/ luar negara.

Terus check in beg sehingga destinasi terakhir (gnv).
Akan ada 2 flight sebelum sampai ke gnv.

LAX tiada internet percuma. Perlu bayar untuk 24 jam sekurang-kurangnya USD 7.99 untuk t-mobile. Tapi untuk plak elektrik amatlah sukar dicari. TIdak berbaloi jika tidak rajin mencari plug, dan masa lay over antara connecting flight adalah pendek.

TIme zone: Ini amat penting. Masa malaysia dan gnv adalah 12 jam berbeza, tapi di LAX, ia adalah 9 jam berbeza.

(PENTING: USA mengamalkan Daylight saving time (DST). semasa nota ini ditulis, DST digunakan (March-November). Untuk perjalanan November ke March semasa DST tidak aktif, masa diundur 1 jam kebelakang.)

Jika Malaysia: Rabu, 3am
Gainesville (EST time zone): Selasa, 3pm
LAZ (PST time zone): Selasa, 12 pm.

Jadi, jika memakai jam tangan, tak perlu diubah masanya, cuma perlu tolak 3 jam saja dari masa asal, atau aktifkan telefon bimbit. Jika line roaming ada, ia akan sync automatic dengan local time.
Paling penting, check in beg dengan segera dan masuk ke boarding terminal.
bersambung… (tunggu bila flight dah confirm)

Comments

Anonymous said…
Tuan, post tuan ini sangat membantu seseorang dalam perjalanan dari Malaysia ke Gainesville, terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut.. :-)
pali said…
salam anonymous.

kalau ke gnv tu saya boleh agak siapa. antara 3 orang tu la. hehe.

semoga Allah permudahkan perjalanan anonymous ke sini.
pali said…
Saya terlupa berkaitan DST (Daylight Saving Time). ada perbezaaan masa selama 1 jam semasa DST aktif atau tidak. November lepas DST deaktif, jadi katakan local time 7.00 am dahulu jadi awal sejam (6.00am). konfius sikit, tapi harap google. :D

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated