Face off.
“Awat tak letak gambar hang , kan mudah nak kenal?” tanyaku pada kawan lelaki yang menggunakan gambar ‘barang’ sebagai profile pic nya.
“Maaflah, cuba nak letak, tapi tak sampai sehari aku tukar.. malulah..”
“Lol. Nak malu apanya, hang kan lelaki? Bukannya aurat pun yang nak dijaga”. balas aku yang pelik dengan penjelasannya.
Yakin, dia senyap seketika sebab mahu menyusun jawapan kepada kawan yang tidak sependapat dalam hal ni tanpa menyebabkan aku melatah.
Aduh Murad, masih tidak berubah selepas beberapa tahun tidak berjumpa.
MALU TAPI MAHU
Sahabat ni yang aku gelarkan sebagai “Murad” (bukan nama sebenar), lama dah kenal sejak bangku sekolah lagi. Lurus bendul orangnya, baik, selalunya menjadi presiden kelab2, tetapi ada sikap yang pemalu perempuan.
Dalam ertikata lain, jenis lelaki pemalu tapi mahu. (hahahaha)
Ingat lagi semasa tingkatan 3, 2 bulan sebelum PMR, dia tiba-tiba menghilangkan diri lebih kurang 2 minggu. Pada minggu ketiga, kemunculannya tiba-tiba di sekolah mengejutkan semua orang. Semua mata tertumpu padanya.
Mata memandang lebih tidak berkelip berbanding sebelum ini. Dia baru kebah dari demam pelengtung ( chicken pox).
DALAM DAN LUAR
Bekas tapak hitam yang banyak di mukanya sangat jelas kelihatan, seperti tompok2 hitam. Murad berjalan seperti biasa menegur rakan2nya. Ada yang menegur seperti biasa, tetapi bersulam kata simpati. Ada yang biasa menegur, hanya dari jauh memerhati sambil berbisik2.
Allah, katanya pada masa itu hanya Allah yang tahu. Rasa malu bercampur rendah diri tiba2 mengubah Murad yang dahulunya sentiasa ceria bersama kami, kini lebih senyap terhadap teman2 lelakinya, dan sifat pemalunya terhadap perempuan semakin bertambah2.
Kami bukan dari sekolah agama, motivasi dan kem2 pelajar hanya menambah rasa falsafah.
KAMU TAHU?
“Kamu tahu, ada teori mencadangkan, tiada rasa cinta sebenarnya dialami oleh seorang perempuan, yang ada hanyalah persaingan antara spesies?”. Hassan memulakan topic malam itu. Kawan aku yang rendah sedikit itu rajin benar mencari maklumat yang pelik2 di internet. Minatnya pada perkara pelik2 dan teori dari segi pemikiran.
Uikss? Mengapakah kamu perfalsafah begitu wahai kawanku? Kami sengaja memprovoknya.
Tersenyum Murad menyambung. “Cuba perhatikan semasa jualan murah, dari segi berpakaian, jenama baju dan sebagainya, wanita sentiasa bersaing sesama mereka. Sama sahaja dalam merebut cinta seorang lelaki.
Terutama dalam peringkat umur kita macam ni, sekolah menengah, POPULARITI & RUPA PARAS itulah kriteria bagi cinta. Cinta monyet”.
Selepas itu berbahaslah dengan pelbagai dalil termasuk perbandingan cinta Adam dan hawa vs Romeo dan Juliet.
Kisah percintaan, ia adalah kritikal semasa persekolahan. Hormon tak stabil semua kan.. :P
Kalau disekolah agama mungkin dipanggil “halaqah @ usrah”. tapi kami tak tahu perkataan itu. Lazimnya, bersembang di luar asrama jam 1200am hingga ke pagi di bangku marmar dalam 6 orang, berkaitan dengan pelbagai tajuk dan topic.
Perkongsian dalam ilmu yang terhad. Apa yang ditanyakan kepada ustaz disekolah harus dikongsi pada ketika itu. Malam Sabtu sebelum hari minggu.
LOKASI
“Ustaz Azmi ada beritahu.. kalau kita sedar yang luaran kita tidak cantik, kita cantikkan dalaman kita. Ibarat bunga @ apa sahaja perkara yang cantik jika diletak di tempat yang salah, di lokasi yang kotor, kecantikan itu tidak terserlah.” Murad memulakan perkongsiannya.
“Meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, itulah zalim. Kenapa perlu kisahkan pandangan manusia sangat, kalau pandangan Allah pun kita ambil mudah? Kita bukannya sempurna, tapi tak salah kan kalau cuba menjadi yang hampir sempurna. Kalau tak mencapai pun sekurang2nya usaha kearah itu ada!”
Memang pun dia ni jenis kuat mendesak. Tension gak kekadang. Tapi kami tau yang dia ni mendesak kalau dia buat @ dia nak buat. Bukan sekadar cakap tak serupa bikin. Desakannya pun itu tidak terasa sangat kerana ‘diplomasi’ yang dimainkannya. Semua adalah kawan, layanlah semua sepertimana mahu orang lain melayan kita, katanya.
Malam itu, selepas hampir seminggu kembali ke sekolah, semangatnya pulih semula. Kam i tahu kata2 ustaz Azmi telah meresap dan menyentak ilusi kecantikan definasi populariti dan rupa paras. Populariti masih ada pada Murad.
Kharisma dan kepimpinannya itu masih dikagumi ramai pihak terutamanya guru2.
Rupa paras? Sejak dari itu saya lihat Murad tidak begitu terkesan dengan apa yang berlaku padanya.
Ini bukannya penyakit. tapi kifarah- katanya pada kami sebelum menamatkan perbualan malam itu.
8 TAHUN
Setahun sebelum saya ke sini, di takdirkan berjumpa kembali dengan Murad . Bertanya khabar dan seterusnya menyusun kembali pertemuan dengan sahabat2 lain semasa hari raya. Itupun selepas peristiwa diatas, menerima dia sebagai “kawan” dalam friendster dengan profile picnya yang jarang2 dilihatkan mukanya.
Murad akan kahwin tidak lama lagi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau dan bakal isteri. Moga Allah merahmati. Allah SWT telah memurahkan rezekinya.
Murad yang banyak falsafahnya. Falsafah yang dipegang menjauhkannya dari cinta monyet, rasa inferior berlebihan selepas diserang chicken pox, membangkitkan rasa dirinya, yang Allah memerhatikan hati2 manusia berbanding rupa paras dan luaran.
TERLALU BANYAK
Sebelum berpisah dengan Murad yang pada ketika ini sudah jauh bermuka bersih dan tiada kesan2 tompokan hitam. Dia jauh kelihatan lebih matang dengan senyuman manis yang terserlah lagi dengan janggutnya memberikan nasihat. (Apakah aku ini memuji lelaki? huhuhu)
“Falsafah itu indah, hidup dengan falsafah fikiran akan berfikir, Insyallah. Tapi ilmu wahyu itu jauh lebih superior baik dari ilmu falsafah, kerana banyaknya ilmu wahyu lebih menghadirkan Allah dan Rasul, terlalu banyak ilmu falsafah hanya akan jadi sampah!”
Kami tahu Murad mengambil aliran sains, ilmu Islam itu baginya adalah wajib dan perlu, selagi mana bergelar muslim. Nekadnya tidak mahu Muslim hanya pada nama.
Kalau boleh katanya biarlah orang mengenali diri kita menerusi peribadi dan akhlak kita sebelum mengenali jasad, kerana jarang2 perkenalan itu benar2 berkenal jika melihat jasad semata2.
Huh, itu alasan Murad yang “pemalu”. Yang malu meletakkan gambarnya sendiri dalam mana2 laman web. Yang lebih pemalu dari kebanyakan perempuan!
*****************************
ps: nama & kisah diatas diubah sedikit untuk menyelamatkan penulis dari diserang oleh sesetengah pihak. Ia adalah berdasarkan kepada kisah benar.( wahaha, ada aku peduli??)
Comments
ngeeee :P
yang perlu diambil adalah kisahnya, orangnya tak bleh ambik.. keke.
Nak kenal dengan Murad BOLEH?
santai2 sahaja entry ini. kira mesej sampai la ye? hehe. pekabo orang bote? :P
kisah ni sangat terkesan pada saya. sbb saya juga insan seperti encik murad.tiba2 rasa mcm boleh menyelami apa yg encik murad rasa.sekurang2nya, encik murad ada friendster.saya pula "invi" di mana2 saja.baik di dunia nyata maupun di alam maya.haha.
alhamdulillah, anda insan seperti murad rupanya. tarbiyah dalam keadaan yang pelbagai2. Kaedah kita melihat dan memahami hikmah sebalik peristiwa itu buah yang perlu dirasai kelazatannya.
Tak mengapa tak ada friendster. Murad pun ada bersarang macam tu je. "Invi"sible dari pandangan manusia itu takpe, tapi invisible dari pandangan Allah itu sengsara.
Salam ukhwah. :)
nice entry, thanks for sharing. Beauty itself is an abstract element, interpretation depend on beholder, whether its a skin fair, or being fair to the gift from Allah.
Human were born strength points to encounter each weaknesses. Its how we play.
very tru brother. Pray and play.
ps: mari menyusun seroja bunga seroja.. Aaaa~~ :)
cerita tentang kecantikkan!! auww.. (apakah?_)
'HATI' yg x de parut ciken pox adalah yg terpalingg chantek..
& betul..falsafah tu sedappp je dgr..berbunger2..tapi wahyu is the bestt~
p/s: nak kulit chantek, cicah tomato segar ngan budu wehh!! haha
cicah tomato segar ngan budu?? nanti nak try. :D
"benda yang baik dikongsi bersama" -sambil buat gaya model maveline. :D
p/s: nice entry la, bro!
oh, takpe, still muda lagi, lepas tu dalam sebulan sembuh la, ada akak kena masa umur 25 tahun dulu pun ok dalam masa tu.
takpe, ini bukan penyakit, tapi kifarah.
selamat berpuasa~! :)