PaRanoiD

Uih, kontaminasi lagi!”

Dah masuk 4 kali buat ni. Mengeluh sedikit dengan explant yang di sterile dari greenhouse. mood untuk membuat kerja2 objektif kedua dari 3 objektif dalam eksperimen.

Sejak bulan Mei hari itu dicuba2 berkali2, mengulang perkara yang sama. Fungus yang menghantui sesiapa sahaja dalam bidang kultur tisu tumbuhan ini kini menyatakan ziarahnya pada aku pula. Sekali sekala takpa la, jangan selalu.

Nafas ditarik seketika, sengaja dialihkan kepada perkara2 yang lain. Pergi ke peti sejuk mencari2 antibiotik

“Kanamycin 100mg/mL.. Timentin 250mg/mL & Cabernicilin 250mg/mL”

gumam aku sendiri mengira2 stok yang ingin diguna untuk membuat Murashiigee & Skoog (MS) plate dengan antibiotik2 itu semua.

What?.. You say something to me? tanya Mithu yang kebetulan berhampiran.

No2. I just talking to myself- tersengih kerang kepada dia. Kami sama2 ketawa.

Uih, rasa nak balik..

“Fathi yakan pass away.”

Terpaku mata membaca tajuk itu dari email yang diterima. Email forward, dari yahoogroup, tak kurang juga dari blog2 kawan2 dan ustaz2.

3 tahun lalu berkenalan dengan nama ini dari satu buku di pasar malam dijual dengan harga murah di Taman Tun Saadon, Penang, mahupun di Sabak Bernam, Selangor.

Maza yakni intimai lil Islam- terjemahan bahasa melayu.

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

isi kandungan pada muka surat permulaan dibelek. Ya, jika ada yang mendengar kisah HAMAS, mereka itu adalah Ikhwanul Muslimin. Bukan hanya di Mesir, tetapi ada juga di Lebanon.

HIZBULLAH (Lebanon) & HAMAS (di palestin) memerangi Israel. Panjang kisahnya.

Memerhati anak muda @ pakcik makcik yang menjual buku2 itu bersama2 dengan kaset2 ceramah, Al Quran , songkok dan sebagainya. Menarik buku itu. Dengan harga murah masih tidak mampu menandingi majalah2 lain yang lebih picisan menarik pengunjung pasar malam.

PARANOID

Tiba2 paranoid 3 bulan sebelum ini datang kembali. Mengadu aku pada Khalil lalu mengkhabarkan berkenaan Fathi Yakan yang pulang bertemu dengan Maha Pencipta.

Innalillahiwaninnailahirojiun” sambut Khalil, dia baru sahaja mengambil peperiksaan untuk kelas summer ni. Tiada research dilakukan, jika ada pun dari segi programming & software.

Do you know, when Hizbullah won a war towards Israel in Iran in 2006, they want to perform Friday prayers. In order to unite between Sunni and Syiah (in one Friday prayers) they choose Fathi Yakan to be their Imam, kata member aku tu.

Seluruh dunia dirasakan berkabung, mendung atas pemergian ulama yang disegani.

SUATU HARI

Di masa hadapan…

“Yusuf Al Qadrawi meninggal dunia!” (contoh)

“Ustaz (isi nama ustaz yang anda kagumi) pun meninggal dunia!” berderet2 sms dan email dihantar kedalam mailbox .

Blog2 ustaz yang terletak di bloglist setiap bloggers berderet2 tertulis satu persatu,

“ kembali ke rahmatullah”.

Golongan penyokong @ peminat taksub kepada ustaz itu menangis2 la merintih2.

Huhuhhuhu~~~. ustaz dah takde.. ustaz dah takde.. huhuh.

Dunia dirasakan hampir kiamat.

Golongan “takpa” mula la gelabah; mula menyesal sebab tak pernah ambik pusing ilmu dan fatwa dari ulama.

Segelintir dari mereka berandai2, semua ulama akhir zaman itu jahat. Yang paling penting hubungan dengan Allah, direct!! (kes nak jadi baik, tapi tafsir agama ikut kepala sendiri)

Tak perlu ulama2 ni walaupun diri tidak mempunyai ilmu @ bukan mempunyai latar belakang agama yang kuat. Kos sastera, sains, politik, dsb.. tiada ilmu memahami Al Quran & hadith.

Kalau ada hadith pun@ ayat Quran boleh faham dan digunakan untuk hujah, tanpa diketahui dengan kaedah dalam memahami nahu, mengeluarkan hukum dan fatwa, meskipun apa yang dihujahkannya itu kebetulannya betul, tapi masih salah! Kita takde ilmu itu..

Golongan ulama laba & loba tersenyum sengih, tenang2 pemerintah meminta fatwa, lalu berikan aja, asalkan pemerintah suka. Mereka senang, aku senang. Semua itu MASLAHAH. Ini DARURAH!

UMAR

Selepas kewafatan baginda RSAW, menangis para sahabat semua rasa tak percaya dengan khabar itu. Tambah2 Umar al Khattab berteriak di luar rumah tidak percaya perkhabaran itu.

Cepat ditingkah oleh Abu Bakar :

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik kebelakang (murtad)? Barang siapa berpaling ke belakang, ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan Allah akan memberi balasan kepada orang2 yang bersyukur".

Tenang semula Umar.

Tenanglah semua jiwa yang mencintai ulama. Bersedih itu boleh, tapi jangan keterlaluan..

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

KIAMAT SUDAH DEKAT

Tanda2 akhir zaman juga dimatikan para alim ulama, dan yang tinggal hanyalah orang2 yang jahil & ulama jahat.

Jika golongan ini sudah meninggal, tinggallah golongan yang sebelum ini tidak kisah pun pasal hal agama, kecuali hal kelahiran, perkahwinan dan mati. Perkara lain? Terserah pada yang pakar.

Berhati2lah dengan gelincirnya para ulama diakhir zaman, ulama yang menjual agama kerana inginkan kesenangan yang sedikit.

Menjual agama seperti mengeluarkan fatwa yang berpandukan kepada nafsu pemerintah.

“Bila tergelincir para ulama, tergelincirlah alam dengan sebab gelincirnya itu”- hadith Qutsi,

Ulama yang baik diambil oleh Allah ke sisiNya, tinggallah ulama yang jahat, bersama orang2 yang jahil tentang agama..(Aku pun jahil..)


WARIS

Para sahabat, tabi, tabiin , dan para ulama adalah pewaris Nabi.

Semasa wafatnya baginda RSAW, baginda mewasiatkan Al Quran dan Sunnah sebagai pegangan, yang dipegang erat oleh para sahabat ketika itu, dan kemudian diwariskan kepada para ulama sehingga kehari ini.

Pernah aku mengkhabarkan berita kematian Syeikh Ahmad Deedat pada beberapa tahun lalu kepada seorang sahabat ini

“Insyallah Allah akan gantikan dengan 1000 orang pemuda sepertinya” ujarnya sambil tersenyum, tanpa mengucap kalimah2 istijaaq.


PELIK

Mengapa tiada rasa kehilangan atau Rasa kehilangan yang berlebihan?

Inilah yang menghantui fikiran saya semasa menulis entry ini sebelum ini.

Mari bersama sedekahkan al Fatihah kepada Allahyarham Fathi yakan.

Di masa akan datang akan ada lagi para ulama yang akan pergi, para ustaz, akan pergi meninggalkan kita. Sebut je mana2 ustaz. TOk guru ke.

Paranoid ini bukan bermusim, Rasa gentar kehilangan tempat merujuk kompas. sapa nak baca peta kalau orang yang tahu membacanya dah tak ada…

Berikan kami taufik & hidayahmu ya Allah..

Ameen.

“biar yang membaca tahu yang menulis manusia biasa, bukannya malaikat.”

Comments

Anonymous said…
ameen..
terasa kehilangan..tp bkn semestinya berlebihan..
Allah al-Muhaimin sedang elok memelihara jiwa dan raga (bekas kpd jiwa) kita. ditetapkan kita utk x terus meratap, tetapi terus bangun melakukan total action..
mdh2n

-baling batu sembunyi tangan is not me,nunwowro
pali said…
@ nunwowro?

benar. doa2lah insyallah. kita orang yang bekerja. Mudahan2an Allah swt menetapkan pekerjaan kita bersama2 dengan orang yang benar dan mempunyai kelebihan memahami risalahNya. Ameen.
boundaries said…
terasa sangat kehilangan ustaz fathi yakan...sedih..tapi tidak berlebihan....

tapi lagi sedih bila ada yang menanyakan siapa itu fathi yakan...

Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan kepada beliau..

contamination...sama la pali...huda alami perkara yg sama...nak extract DNA dah...hujung nak pakai kontaminate...dugaan...dugaan...
pali said…
@boundaries,

dah akhir zaman, ulama semakin tidak dikenali. Aku pun, bukan semua ulama kenal, hanya sedikit nama sahaja yang tahu.

Itu pun dikenali disebabkan beberapa peristiwa. Mujur. Huhuhuhu.

Mereka tak kenal, kena la kenal-kenalkan. Ramai orang tak tahu kerana mereka tak tahu, jadi yang tahu kenalah beritahu. Yang tak tahu kenalah rajin2 bertanya.

Kontaminasi itu biasa. Kontaminasi hati tak pula rasa risau begini. huhuhu. Teruskan bermujahadah, insyallah. Allah itu Maha Pemurah.

ps: extract DNA tu, buat byk2 replicate pun takpe, pastu buat dalam laminar flow. Kalau dah sterilkan tubes jangan buka dalam bilik, buka kat dalam tu juga. Selamat mencicipi. :)
abuyon said…
Salam Pali. Saya nak respon sub-topik : pelik.

Barangkali kerana kita tidak akrab dengan peribadinya. Kita hanya kenal namanya, bukunya. Peribadinya kita tidak kenal sangat. Bacalah tulisan saya di blog, kenapa demikian jadinya.

Harap boleh mengurangkan rasa seksa di batin Pali, Insya-Allah
pali said…
salam abuyon. makasih atas nukilannya, sudah ziarah. alhamdulillah. :)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap