I choose a Mortal Life..\(^;^)/

DSC09723 Lake Walberg, UF

Bismillah.

Saya tidak layak mengeluh. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan.Sememangnya amanah yang dipikul terkadang dirasakan sangat menyesakkan kepala dan dada. Selalunya senyap macam tu ja.

Tapi kadang2 keluhan itu terkeluar juga. Jarang2 melalui kata. Selalunya dari segi perbuatan.

Tiba-tiba menjadi senyap dan serius. Kasihan dengan teman2 di office.

“Fadhli, are you free next Sunday?”

why? jawabku pendek.

“You’ll see, we plan to have “Happy Hour” with all of our lab members!” kata kawanku itu tersenyum.

“Fine with me. Done2~”, balasku tersenyum dan berlalu ke office.

Mungkin ada beberapa lagi peristiwa yang menyebabkan sedikit terkilan mungkin dikalangan rakan2 disini.

Oh, jika ada yang bertanya siapa kawan aku itu, terus terang dikatakan, majoriti adalah wanita. Minoriti adalah aku (1 orang lelaki, ya~).

CAKAP ATAU KERJA.

DSC09731

Sememangnya apa yang dinukilkan merupakan perkara yang sudah diketahui tetapi jarang teringat untuk diaplikasikan.

Manusia itu mudah lupa. Al Quran itu sendiri adalah peringatan Allah kepada hambaNya. Begitu juga para Nabi dan Rasul. Manusia juga bertanggungjawab memberikan peringatan sesama sendiri.

Sudah sering benar diulang surah Al Asr, yang sewaktu nuzulnya para sahabat gembira dan berkata, surah inilah jika diaplikasikan sudah memadai!

BERIKANKU PERINGATAN.

Dengan kitab yang diturunkan kepada RSAW dengan asbab pelbagai peristiwa, bermula dari surah Al Alaq hinggalah kepada surah penghabisan Al-Nasr.

Kepentingan menuntut ilmu itu akan diakhiri dengan kejayaan. Sepanjang 114 surah yang dinuzulkan, 112 surah itu terkandung pelbagai peristiwa dan pengajaran dari kaum2 terdahulu, berkenaan perkara2 ghaib, masa depan, dan pemandu manusia dalam mengenal Ar Rabb.

TIDAK PERLU BERKORBAN

HIDUP KITA ini bukan kisah batu belah batu bertangkup. Tiada korban nyawa diperlukan.

Allah SWT dalam Quran tidak pernah meminta manusia mengorbankan masa, jiwa tenaga dan sebagainya keranaNya.

Yang diminta kepada pemegang amanah (kerana tiada satu pun yang kita miliki kini(pangkat, pendidikan, jawatan, gaji, keluarga, apa jua hal2 kelebihan dunia, ilmu dsb) ia merupakan amanah, supaya berminat melakukan perniagaan denganNya.

Maha Pemurah Allah itu, sudahlah memberikan modal kepada kita, ditawarkan pula peluang untuk berniaga.

bisnes

bisnes2

Kuncinya adalah IKHLAS.

Rugilah orang yang jahil kecuali orang yang berilmu, rugilah orang yang berilmu kecuali orang yang beramal. Rugilah orang yang beramal kecuali mereka yang IKHLAS dalam amalannya.- Imam Al Ghazali

Bukan “Saya ikhlas..” berbahasa mulut, tapi ikhlas bahasa hati.

Jika ada yang berkata soal pengorbanan, ya, itu adalah tindakan yang dilihat pada mata manusia.

tak dapat lari dari soal cinta. Jika sudah cinta, usahkan lautan api, gunung tinggi, apapun boleh terjadi jika semangat dibakar dengan kasihnya pada Robbul Izzati.

SERUPA BIKIN.

DSC09805

Setelah menulis entry untuk kali ke 57 dalam blog ini, saya dilanda satu persoalan. Muhasabah itu perlu, mujahadah itu selalu? Kadang2 melihat juga kepada tulisan sendiri. Seperti yang saya katakan dalam entry2 lepas, menulis bukan untuk niat untuk mengajar, tetapi lebih kepada peringatan dan perkongsian.

Entry ini terlepas dari beberapa entry lain yang saya nukil. Suka menulis. tapi tak suka mempublished pada masa itu juga. kadang2 mengambil masa berminggu untuk melihat..dan berfikir.. adakah perlu@ sesuai? Hati2 dengan pena.

Politik @ Polemik?. Perkara yang memerlukan pemerhatian yang selalu dan pembacaan yang konsisten. Tambah2 pula menulis sebagai orang yang tidak berada pada masa, ketika, dan dalam negara ketika peristiwa itu berlaku susah untuk memberikan pandangan.

Membaca laporan2 akhbar dari pelbagai sumber hanya boleh dibaca sekadar untuk tahu, bukan untuk memberitahu.

Apapun, 56 pos sebelum ini menuntut saya supaya cakap serupa bikin, seperti dalam saranan Quran,

serupa bikin

Jangan cakap/ tulis tak serupa bikin. Menulis blog seperti pembinaan dalam diri. Setiap kalimah yang ditulis menuntut supaya dilaksanakan. Bukan sekadar lidah sahaja perlu dijaga. PENA pun begitu juga.

serupa bikin 2

RANTAIAN.

Hasanah warisan/ pahala warisan. Hidup didunia bukan nafsi2. Mendoakan orang lain secara senyap itu lebih baik. Mengajarkan sesuatu ilmu bermanfaat itu juga sangat baik, tambah2 pula sedekah. Hurm.. anak soleh/ solehah, kena bermula dari parentalnya. Inilah usaha.

Apabila matinya anak Adam, terputuslah semua amalan kecuali 3 perkara; yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan- hadith

Alhamdulilah bagi jiwa yang mampu melaksanakan perkara diatas. TETAPI perlu diingat, setiap perkara yang ditulis atas EMOSI dan NAFSU yang berlebih-lebihan sehingga boleh membunuh saudaranya sendiri juga mempunyai sahamnya yang tersendiri.

Point kat sini, banyakkan kerja, kurangkan cakap (gosip).

TERSUSUN

Seronok jika melihat rumah bersih dan tersusun. Pergi kerja pun jika ada perancangan yang mantap pasti menyeronokkan lagi.

Fail to plan, is planning to fail.

“Keindahan Islam itu di tutupi debu2 dosa penganutnya.” teringat satu ceramah yang menegaskan, fitnah kepada agama itu selalunya dibawa oleh penganutnya@ orang yang mengaku dirinya beriman/ percaya. Samalah dengan pertubuhan apa2 pun yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Bukannya korperat yang dibawa, walaupun dalam Islam adalah koperat, tapi jarang2 dalam koperat ada Islamnya.

Organisasi ada, tapi perlaksanaan itu pula tidak terzahir pada ahlinya. Bersangka baik, semoga Allah memberi kekuatan dalam menyusun kekuatan untuk menzahirkan bicara. Insyallah.

serupa bikin 3

Kukuhlah seperti binaan yang tersusun rapi, tidak kisah bata2 diletakkan dimana, asalkan banggunan yang teguh dan mantap dikecapi.

Jangan membina banggunan LEGO yang mantap, tetapi rapuh dengan goyah dan nipisnya kekuatan setiap bata LEGO yang menyertai. Jadikan diri sebagai bata yang kuat seperti kubu2 yang teguh di rantai nusantara. A. famosa ke, Kubu dalam filem LOTR ke wahaha.

*boleh merujuk kepada surah Ash Shaff selanjutnya. 14 ayat ja. rajin2lah buka tafsir dan bertanya kepada mereka yang lebih faqih dalam menghurai ayat Quran.

picEC5228E840C35B598786964C710F085E link

I CHOOSE A MORTAL LIFE

Alhamdulillah, manusia sememangnya sebaik2 kejadian, tetapi dalam sebaik2 kejadian itu, manusia yang terbaik adalam mereka yang mengajak kepada kebaikan (ma’ruf) dan mengajak menjauhi/ mencegah kemungkaran (diri dan masyarakat), dan beriman kepada Allah (Ali imran, 110).

1 dosa ditulis sebagai 1 dosa, tetapi 1 kebaikan diberi 10 hasanah. Bulan Ramadhan hampir tiba lagi 2 bulan, inilah masa untuk berganda2~! EE seronoknye~ Manalah tak menangis syaitan bila dikhabarkan perkara ini.

Sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah itu lebih baik, kan?

Terlalu banyak beruntungnya menjadi manusia ini. Rujuklah kitab yang diturunkan atas peringatan, diatas peristiwa, samada sedih, susah, senang, @ gembira. Macam2 ada~!

ps: Nak upload gambar teman2 lab kat sini, tapi takde gambar ngan laki.Huhuhu. Pompuan pula seksi2 terutama summer ni. takde kisah yang menarik. Undergraduate kebanyakan tiada di kampus, cuaca semakin panas. Huhuhu. Till next time. Adios~!

“not a boy, not yet a man” :P

Comments

ummujannah said…
Salam,
bagus entry kali ni..
terkesan dan to the point..

Ramadhan 2 bulan saja lagi!

Semoga kita sebagai hambaNYA sentiasa muhasabah diri dan niat kita..
pali said…
man aisyah,

Muhasabah itu perlu, mujahadah itu selalu. Masyarakat kita BUKAN tak cukup dengar ceramah, tetapi kurang mengamalkan apa yang didengar.

Kalau semua orang amalkan sedikit yang ditahu tetapi istiqamah itu lebih baik. seperti kata Imam Al Ghazali diatas.

Countdown untk ramadhan bermula~

Ameen untuk doa kamu. :)
boundaries said…
pali semoga dipermudahkan segala urusan...semoga kite sempat bersama Ramadhan yang 1 bulan lebih jer lagi...terima kasih atas peringatan, expecilly yang fail tu plan, is planning to fail....hmm berkait sangat dengan master...

terima kasih
pali said…
@boundaries, makasih & insyallah. Semoga Allah merahmati sentiasa, memberikan peringatan pada jiwa yang terleka.

Master aa.. huhuh aku pun pening kapla la ni. teruskan kerja~~ chayok2!

"keje2 sampai mati~~"

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap