MeNdAmBa WaHyU Ya RoBBi


Anta aliran sains, nak bercakap pasal agama, anta kena belajar sekurang-kurangnya hal-hal usuluddin, atau ambik senawi.” ujar Halim tenang.

Tergaru-garu kepala Syukor bila mendengar ayat pemati hujah dari Halim.


Yang tu ana faham syeikh, memang menyesal sejak dari dulu tak ambik sekolah arab. Sekarang ni pun ana cuba belajar sedikit demi sedikit. Tapi di mana nak cari guru?” perlahan Syukor menjawab.


Halim mendekati sahabatnya itu dan cuba menenangkannya.


Yang lepas tu lepas la. Kat sini banyak kelas pengajian, dan ceramah-ceramah ustaz. Dari situ boleh belajar sesuatu. Nak cakap pasal agama kena berilmu, kena ada asas.”


Senyap Syukor bila mendengar kata-kata tersebut. Seolah-olah walaupun sudah setahun dia mengikuti kuliah agama di sekitar kawasan tersebut, dia tetap inferior jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang agama. Bukan kali pertama dia mendengar pendapat sebegini. Malah berkali-kali. Sedikit sebanyak menggangu gugat semangatnya. 


"Kalau nak beramal itu mesti berilmu, ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tak berbuah, Amal tanpa ilmu itu takut menjadi bidaah yang sesat, terutama dalam hal-hal agama." sekilas buah-buah ceramah seorang ustaz tergiang-giang di telinganya.


Syukor tidak mahu dikatakan sesat! Beramal tanpa ilmu! Namun acapkali dia ingin beramal, ada sahabat yang bertanyakan dari mana sumber di pelajari, dan siapa yang mengajar. Mengeluh mereka bila mengetahui Syukor banyak belajar melalui buku-buku dan pergi ke ceramah-ceramah pengajian satu hala sahaja. Buntu Syukor memikirkannya. Sesatkah aku?


Suasana sepi seketika. Syukor menarik nafas dalam-dalam, kemudian memandang muka Halim yang sejak dari tadi melihat telatahnya.


Bukankah dengan mengikuti ceramah itu sudah memadai? Jika ada yang tidak di fahami ana boleh tanya ustaz tersebut” ujar Syukor lagi perlahan dengan senyuman yang cuba di buat-buat.

 

Perbincangan itu bermula bila dia menyatakan dia mahu menjadi seorang muslim yang beramal dengan Islam, dan beberapa rakannya yang berlatar belakang agama segera menemuinya.


hm, tak sama kalau nak banding dengan mereka yang belajar senawi syeikh, tak sama.. Kalau adab menuntut ilmu kena ada berguru, majlis dan pelajarnya. Tak sama syeikh, kalau belajar secara bertanzim dan terancang seperti senawi. Bagi ana, cara belajar agama tu maknanya anta sampai kena bawa buku tulis apa catat apa yang disampaikan! Barulah belajar agama namanya!” kata Halim serius!


-benarkah begitu?-


Itu mungkin antara dialog biasa yang sering kita dengar dari sahabat-sahabat di universiti. Di universiti semua umat dari latar belakang yang berbeza berkumpul &bertemu, tak kira dari mana asalmu, di universiti adalah sebagai medan ujian yang sangat mencengkam. Di sini, diri boleh mengenal SARKASTIK @ HIPOKRIT.


Golongan aliran sains yang dikatakan baru mendapat “hidayah” di Universiti ini mempunyai semangat yang tidak kalah juga kepada rakan-rakan yang berlatar belakangkan agama. 


Isunya cuma..


Ilmu pengetahuan. 


Universiti adalah tempat semua perkara yang baik @ tidak berkumpul. Ia adalah tempat pertemuan universal ilmu-ilmu dan pengetahuan tersebut. Terpulang pada diri, yang mana nak dipasang pada diri.


Pengetahuan @mempelajari sesuatu @ mempunyai pengetahuan dalam sesuatu hal adalah perkara yang semua orang alami. Seorang doktor mempunyai pengetahuan bagaimana penyakit HIV itu merebak, seorang ustaz mempunyai pengetahuan bagaimana nak melaksanakan hukum hudud. Seorang yang menjaga batas-batas ikhtilat mengetahui padahnya bercouple. Tidak perlu setiap mereka melalui semua itu untuk memahami kesan dan akibatnya. Itulah pengetahuan.


BERBEDAKAH ILMU & PENGETAHUAN?


Saya tahu banyak perkara tentang perkara yang membatalkan syahadah kerana saya belajar tentangnya”; 


“Saya memahami tentang perkara yang membatalkan syahadah kerana pengetahuan itu telah menjadi ilmu dalam diri saya”,


Tahu dan faham.


Segala maklumat tidak dapat tidak sebagai Muslim mestilah disaring selepas menerima pelbagai input. Perkara yang disaring oleh diri yang dirasakan tidak sesuai dengan fitrah untuk dipakai di gelar sebagai "pengetahuan" dan kesedaran dalam memahami & mengaplikasi sebarang pengetahuan digelar sebagai "ilmu". Ilmu yang mendatangkan manfaat lebih molek jika dapat difahami akan natijahnya.


Jangan di risau sangat pandangan manusia itu kerana pandangan Allah itu yang paling utama.


DIALOG TERAKHIR


Err, awak ni dulu sekolah agama ke?


Kenapa?


Sebab tahu pasal agama.. dsb..bla,bla,bla..


   Saya tahu.. kerana saya seorang MUSLIM!

**********************************************************************************

Sahabat, tolonglah berhenti meng'sekular'kan diri.


Tak kiralah dari latar belakang mana kita semua datang, jika kita mengucap syahadah dan bergelar muslim, buatlah semuanya kerana Allah. Tiada siapa yang boleh menjamin lahir Islam dan matinya Islam.. Berdoalah kita semua supaya di akhirkan dengan husnul khatimah.


Ilmu itu di tuntut dari buaian hingga ke liang lahat. Tidak terhad jika nak di bandingkan dengan sebenar-benar ilmu milik Dia yang Hak. Tanggungjawab seorang MUSLIM tidak terpikul pada orang yang beraliran agama sahaja, tapi kepada kita semua.


Jangan di lupa pesan kekasih dalam surat cintaNya,




Kepada pelajar yang mempunyai pengetahuan agama, sedarlah ilmu yang ada pada diri itu ada hak untuk diagih-agihkan kepada sahabat-sahabat yang kurang dengannya.


Kepada pelajar aliran bukan agama, sedarlah bahawa diri ini mempunyai kehendak dan tanggungjawab dalam memahami risalah tauhid.


Kerana perjuangan menegakkan risalah tauhid tidak datang menggolek, dan tidak terbang melayang pabila nasrani, yahudi dan musuh-musuh Islam mara sebagai al Ahzab (Tentera Bersekutu).




UMMAH- its not a third person but we are.


 



click here if you cannot view the video above

-anak murid tumpang belajar-

p/s: tertawa bila ada khatib membicarakan tentang "salafi sekular". Salafi sekular?? Wallahua'lam.

*nama & dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata, jika bersamaan hanyalah kebetulan @ memang disengajakan. :D

Comments

Machina said…
Salam. Jzzk, entri yang penuh makna. Teruskan ya sahabat
Anonymous said…
setuju dgn mahadi... keep on writing!
Anonymous said…
keep it up bro!!!
pali said…
-benarkah begitu?-

persoalan saya di permulaan entry masih tidak terjawab sepenuhnya.. anda fikir macamana?
pali said…
@ Mahadi,
aku terus berlari seperti mana gambar di blogmu. :P

@ Maryam
sememangnya diri ini akan terus menulis sampailah kot2 ada org nak 'flag'kan blog ni. ngee.

@ Anonymous
up.. up and the way~ peace.
Anonymous said…
Selagi banyak perkara yang dapat dikongsikan dan memberi mafaat kepada pembaca blog ini, maka tidak timbul isu “flag” “mem”flag” haha ;)…komen yg dapat kuberikan em selagi kita bergelar manusia, sudah pasti kita tidak terlepas dari salah dan silap maka kita memang sentiasa mendamba taufiq dan hidayah daripada Nya.

Ilmu dan pengetahuan itu memang sangat penting. Betullah apa yg dikatakan oleh ustaz itu: "Kalau nak beramal itu mesti berilmu, ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tak berbuah, Amal tanpa ilmu itu takut menjadi bidaah yang sesat, terutama dalam hal-hal agama”

Maka tepuk dada tanyalah iman kita sendiri… wallahualam
Anonymous said…
Salafi sekular itu bermakna orang yang ingin kembali kepada Al QUran dan Sunnah, tetapi masih menganggap subjek2 "duniawi" tidak di rasakan sebahagian dari agama? Kalau salah tulun betoikan. ;)
Anonymous said…
deen : contohnya nak pisahkan agama dgn politik?
pali said…
Islam sebagai Ad Din , cara hidup yang merangkumi muamalah, munakahah, siasah, jinayah, dan ibadah.

menolak salah satu boleh dikira menolak Islam, kerana Islam tidaklah boleh diambil secara juzuk2nya sahaja kerana masuklah Islam secara total.

Ini berbeza dengan orang yang menerima tetapi tidak mahu terlibat. cth; faham tapi tak mahu melibatkan diri. Tapi jika mereka focus dan mampu menyumbang dalam salah satu cabang tersebut @ lebih dikira lebih baik berbanding tidak menyumbang apa2.

@ Deen, Maryam.
apa yang dikatakan Deen itu adalah salah satu contohnya, kalau diikut kefahaman saya.. wallaua'lam.
pali said…
dari shoutbox saifulislam.com

"wsalam pali. untuk mereka yang hatinya baru tergerak untuk bekerja untuk islam @ baru terasa nak beramal dengan Islam, saya cadangkan membaca artikel-artikel di bawah kategori KAMPUS, TELADAN HIDUP, ZIKIR & FIKIR dll di saifulislam.com".

Tok guru dah bersuara.. :D
Anonymous said…
pali : thanks for ur sharing... i'll be viewing saifulislam.com ;)
pali said…
sebenarnya yang penting bukan dimana kita bermula, tapi dimana kita berakhir. Ramai yang saya tengok isu ini tak jadi hal selepas 1 tahun di universiti. Mungkin peringkat awal sahaja. Lepas tu, kalau Allah dah pilih, tak ada siapa yang boleh menghalang.

Antara tanda orang tu Allah sayang, dirinya akan disibukkan dengan hal2 akhirat. Wallaua'lam.

p/s: thanawi @ senawi? entah mana satu ejaan yang betul
Anonymous said…
dude, thanks for writing this up. as i mentioned too, i am apparently in the shoes of those who are doubted by the knowledgables.

dan yang sedihnya pernah diperkatakan didalam seminar grads like us hanya mempunyai potensi untuk mempelajari program tersebut dari aspek teknikal saja tetapi tidak dari aspek agamanya. sinis kan.

tetapi tidak apa. as you said earlier /quote Jangan di risau sangat pandangan manusia itu kerana pandangan Allah itu yang paling utama./unquote
pali said…
@tolaughoftenandmuch,

Alhamdulillah, bersyukur saya kerana maksud entry ini sampai.

Jika mahu meredah launtan kebingungan, mintalah DOA kepada ALLAH, dan USAHAlah dengan mencari kumpulan NAKHODA untuk dibuat teman . Ada manfaat dalam mencari MARDHATILAH.

p/s: do not find ONE PIECE pirate as companion. Luffy the straw hat? Hehe. BUM-BUM CANNON~!
Anonymous said…
Isu ini selalu mengelilingi insan-insan yg sedang menuju anjakan paradigma,justeru mereka yg baru beranjak itu berasa tidak selesa digelar ustaz dan ustazah tidak bertauliah.padahal dalam hati cuma mahu menjadi muslim/muslimah terbaik..bukankah mendalami agama dan mengamalkannya itu sgt2 dituntut..
pali said…
@fazilah,
em. Hal yang diperkatakan di sini adalah penting untuk melihat di mana kita bermula, tetapi lebih penting untuk melihat di mana kita akan berakhir?
Anonymous said…
Btul..btul..btul..Yg penting kita istiqamah dan tawadhuk,tak kira bgaimana kita bermula..
pali said…
bila dengar ceramah @ kelas pengajian, terasa naik iman, lepas balik beberapa jam , tak rasa macam tu? Kenapa ye?

Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya iman itu naik dan turun. Maka, semolek2nya tarbiyah (pendidikan) secara konsisten/ berterusan diperlukan untuk memastikan perubahan itu berterusan.

Nabi kata, perubahan itu hendaklah dimulakan dengan diri (nafs) sendiri. Jika nak kenal diri, lihatlah apa yang kita lakukan semasa kita bersendirian, adakah sama ibadat, akhlah semasa beramai-ramai? Minta Allah tetapkan pendirian.

apa jua perbuatan jika menambah perkataan ISTIQAMAH merupakan JIHAD dalam menentang nafsu. Bukan perkara yang mudah.. berusaha untuk mentarbiyah/ mendidik diri dengan program2 agama, dan mintalah Allah doakan kita semua selamat dalam rahmatNya.

Ameen.

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap