Tulis
Salam, Semakin busy, semakin kerap menulis blog. Bukan bermakna tiada kerja atau mengabaikan tugasan yang lain. Cuma menulis pada blog ini mampu saya lakarkan satu persatu hal yang bersarang dikepala. Mahu diceritakan pada orang, takut disalah anggap, disalah erti, dan menjadi bahan. Sukar saya mahu percaya orang buat masa ini. Sudah terkena, depan-depan kita baik saja, belakang-belakang nauzubillah. ISTERI Isteri saya pesan, janganlah selalu kongsi gambar anak di media sosial. Dah saya pelik, kenapa. Kemudian saya teringat. Ada beberapa sebab 1. Pandangan ain Pandangan ain ini adalah pandangan mata, yang disertai dengan pujian atau kegaguman yang tidak disertai dengan kalimah Masyallah. Misalnya, dikongsi gambar anak yang sihat dan comel. Orang lain melihat, memuji, "sihatnya anak dia, comel pulak tu" tidak semena-mena anak tersebut sakit disebabkan kata-kata itu. Orang yang memuji tiada niat jahat pun, cuma pandangan ain ini merupakan salah ...