Mendongak ke langit.

Tertunduk kepala dan mata melihat bumi.

Terasa bahu berat, lidah berasa kelat.

Allah, bantulah hambaMu.

Albert Einstein kata, orang gila sahaja membuat perkara yang sama berulang-ulang kali mengharapkan hasil yang berlainan!

Saintis, menjadi 'gila' ini adalah satu kemestian. Ulang lagi, lagi biar learning curve mendakit-dakit biar mantap protokol experimen.

Kemudian lihatlah pembolehubah/ faktor yang boleh dikawal, tunggu, dan tunggu benda hidup ini memberi respon.

Satu minggu, dua minggu, ..... empat bulan!



Siap sudah satu independent experiment!

Kalau menjadi, ulang lagi 2 kali, supaya hasilnya betul-betul sama. Barulah dikatakan boleh direplikasi.

Kalau tidak menjadi, buatlah beratus kali, faktor pembolehubah satu persatu diubah, menjadi beratus replikasi.

Menggaru kepala. Kalau ikut logik, kalau semudah membaca ABC sudah pasti tidak terkedil-kedil mengulang protokol kembali.

Buat experimen, tunggu dan terus menjadi, itulah yang dinamakan rezeki.

Buat experimen, tunggu dan tak jadi, itulah yang dinamakan mengaji.

Tertundak kepala melihat tanah, berbaur perasaan lelah dan kecewa.

Aku mendongak ke langit.


Masyallah, luas sungguh alam ini. 

Maha Pemberi Rezeki Rabbul Alamin, 

Jika ini baik untuk aku, kau permudahkanlah, 

Jika ini kurang baik untuk aku, kau jauhkanlah.

Masa semakin suntuk.

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui,

كون فاياكون

Comments

Machina said…
oh... sungguhnya, madahnya.. puitisnya... oh...
pali said…
oh machina.. gapo oh..
Ashraf said…
Aktif balik ye Blogging?

Alhamdulillah, ada site baru boleh cari inspirasi.
Ashraf said…
Aktif balik dah ye?

Alhamdulillah ada site baru boleh cari inspirasi.
pali said…
Ashraf, tulis sebagai Nota untuk diri sendiri. Kalau ada manfaat yang dapat dikutip, Alhamdulillah

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated