Posts

Showing posts from January, 2012

Mek Alisha: Pipiku jangan diusik!

Image
Salam, Kecik-kecik sudah ada stand sendiri. Bagus la Alisha..haha~makin dicubit makin dibuat! Pali@2 Rabiul awal 1433H

Khalil Darwish

Image
Salam, Nikmat menulis itu hadir dalam kesibukan, bukan dalam masa kesenangan. Itulah yang saya rasai, kerana hikmah, hidayah dan rahmat Allah terasa mencurah-curah semasa kesibukan. Sibuk boleh mengingatkan kita kepada Al Khalid. Sibuk juga boleh melupakan kita kepadaNya. Beruntunglah kepada mereka yang semasa senang dan susah sentiasa ingat kepada Dia. Hari ini coretan dimulakan selepas selesa berkemas rumah. Saya baru sahaja siap berpindah ke apartment baru yang terletak di tingkat atas University Village. Alhamdulillah, lebih selesa, ada balkoni, lebih dekat dengan jalanraya dan yang lebih penting lebih murah sewanya! Segala puji bagi Allah yang mengatur kehidupan hambaNya untuk dipermudahkan. Pagi dari tingkap apartment di Maguire. Musim luruh sudah hampir kehujungnya. SAYANG Saya mula tiba di Gainesville pada 17 Ogos 2011, sejurus beberapa hari puteri kecil kami Alisha Humaira lahir. Pepatah melayu kalau sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tingal-tin...

Memandu bersama Alisha~

Image
Salam, Mari belajar memandu~ bersama ALisha OK, pertama sekali pastikan tali pinggang siap dipakai. Kemudian, masuk gear satu, tekan clutch. Lepaskan clutch, dan tekan pedal minyak perlahan-lahan Masuk sehingga gear ke enam, dengan kelajuan 200km/hr dengan segera,!! pusingkan stering untuk drift!!  xD tarik hand break! (sampai tercabut kau..) pusing stering ke kiri sambil menekan pedal minyak! pastikan handbreak dalam kawalan sempurna jaga-jaga lalu lintas. perhatikan lampu isyarat merah juga. STOOOPP!!! Ooop!! oppp!!... alisha dah terlajak ke depan ni.. Sorry alisha~ (T.T) P/s : sorry.. inilah agaknya yang dikatakan 1st time parent syndrome.. haha

Antara 2 Usrah

Image
"Bismillah" Rice cooker dihidupkan setelah beras dibasuh sekali dimasukkan air 2 kali paras beras, sedikit minyak, perencah Briyani Pakistan, chili Halapeno, bawang, daging cincang, garam, sayur campuran lobak, jagung, kacang panjang. Kiub ayam Maggi halal yang dibeli  dari Falafel King itu sungguh berbakti. Sos salsa Prego juga dimasukkan akhir sekali bersama secubit garam dan daun bawang. Sambil membancuh secawan kopi pekat untuk pagi itu. Azam untuk tidak tertidur lagi pada waktu pagi. Pergi ke office dan kemudian pulang pada lewat petang menunggu ketibaan 8 tetamu terhormat roundtrip. Antara dua, samaada keluar ziarah, atau diziarah! Meraikan tetamu untuk berjalan ke Universal Studio Orlando pada hari sebelum tahun baru Masihi itu. Mereka sudah merancang ke Magical Kingdom , tetapi penuh pula. Tempahan harus dibuat seawal 3 bulan! Saya keluar bersama mereka selama 1 jam 30 minit meluncur dengan Honda Odyssey seramai 9 orang semuanya. Seharian di sana. Ya, s...