Wahai ulat, jadilah rama-rama. :)

Salam,

Tergerak hati untuk menulis berkenaan ulat buku. Tidak berapa lama dahulu saya dihubungi oleh junior untuk turut serta menyertai sebagai ahli panel dalam forum berkenaan ulat buku. Malangnya saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

Tambahan pula, saya bukannya jenis suka menerima kerja saat terakhir. :D

Apa yang saya tulis mungkin ada benarnya dan tidak, sedikit sebanyak saya sertakan sebabnya mengapa saya menulis begitu. Insyallah dari pengalaman dan kefahaman yang terhad yang diringkaskan, saya berharap dapat memberi manfaat bersama.

"ni pok chik nak citer"..


IJAZAH


"Kalau saya sakit gigi, siapa yang perlu saya jumpa?" ujar Syeikh Sylvester selepas memulakan muqadimah untuk kelas Sunan Ibn Majahnya.

"Doktor gigi~" jawap hadirin yang hadir manja seperti kanak-kanak tadika. Tersenyum Syeikh yang berdarah Caucasian itu menampakkan giginya yang ditampalnya sendiri.

"Kenapa saya tak boleh berjumpa dengan Ustaz ke, Mekanik atau Lawyer? Salahkah?" tanya Syeikh kembali kepada hadirin. Senyap saja kami semua. Kemudian beliau meneruskan lagi.

"Begitulah, kalau sakit gigi jumpa Dr gigi. Kalau kereta rosak jumpa mekanik. Kalau nak ambil jurusan perubatan, perlulah mengambil Ijazah perubatan."

Menurut beliau lagi, Ijazah itu di kurniakan oleh pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang tersebut. Begitu jugalah dalam memahami Sunan Ibn Majah (dalam kes ini), perlulah dirujuk kepada mereka yang berkelayakan.

Yakni, dari beliau yang telah mempelajar Sunan tersebut dari gurunya, dan dari guru kepada  gurunya, sehingga sampai riwayatnya kepada Nabi Muhammad saw.

Bukannya bila ditanya dari mana, jawabnya mungkin hanya, "Pustaka Salam, Dewan Bahasa & Pustaka, Stormriders" (Contoh ye, jangan saman. :P)

Fikiran saya tersentak.

Benar sungguh displin ilmu tersebut dalam menjaga 'kesucian' ilmu supaya tidak tercemar oleh orang yang tidak mempelajarinya secara tertib, dan menggunakan ilmu tersebut seolah-olah dialah ahlinya!



ilmu itu berkembang dari akal yang suka berfikir dan lidah yang suka bertanya




BUKU



Membaca adalah amalan yang amat mulia dan baik. Namun membaca tidaklah menjadikan pembaca itu seorang yang pakar dan mampu berbahas secara lantang dari pembacaannya itu.

Seperti seorang yang membaca berkaitan tentang Polymerase Chain Reaction (PCR). Dari pembacaannya diketahui teori bahawa proses ini melibatkan duplikasi bebenang DNA menggunakan primer spesifik, beberapa kitaran yang melibatkan3 peringkat dalam suhu yang berbeza.

Secara umumnya, teknik ini terdapat dalam buku, dan biasa digunakan dalam penyelidikan. Namun pada masa yang sama, seorang yang hanya MEMBACA berkaitan PCR tidak mungkin boleh menandingi mereka yang sudah MENGGUNAKAN teknik ini, dengan beranggapan kedua-dua individu ini juga membaca.

Ingatkah kata-kata saidina Ali r.a; Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Hal ini sama bersamaan dengan membaca. Menjadi ulat buku dengan banyak membaca hanya menyuburkan pohon ilmu menjadi sihat dan rendang, tapi tak berbuah.

hanya yang benar-benar ahli dalam bidang ini mampu menterjemahkan graf ini dengan betul dan benar.



KERETA


Tahu memandu kereta?

Em, ada baca la buku pemanduannya. Senang je bawak keta ni. Biasa bawak gi pekan

Oh, dah ada lesen dah, bagus la.

Eh, lesen takde. Tapi tak semestinya takde lesen tu tak pandai bawak keta kan?

Err..

Memang. Kadang-kadang mereka yang membaca dan menuntut ilmu secara tidak bertauliah ini nampaknya seperti bijak dan bernas sekali.

Hujahnya padat. Aliran sains, tapi berhujah boleh mengalahkan graduan Al Azhar (contoh).

Ingin menuntut agama, sekadar guru You tube, facebook dan google tidak memadai. Paling indah adalah bersemuka mata, menuntut satu- persatu, memenuhi rukun menuntut ilmu; ada pengajar, pelajar dan majlis.



ilmu manusia yang dikatakan tidak sampai setitis air dari 7 lautan?


Doakan Allah berikan kita hidayah, keinginan dan kesungguhan untuk berguru ilmu.

Begitulah agaknya.. biar elok ulat menjadi rama-rama, bukannya menjadi ulat kekal selama-lama!

Comments

Ashraf said…
Really love this article,thumbs up bro..
pali said…
lovin' it.. (tema mac donna..)

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap