Orang ketiga.

Salam,

Aktiviti berblogging sudah menjadi sangat perlahan semenjak dua menjak ini. Sebenarnya niat untuk berblogging pada awal- awal lagi adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.. tazkirah dan pesanan supaya diri tidak lupa. Maklumlah diri sudah berada di rantau orang, bujang pulak tu! tiada orang yang ingin mengingatkan. Kalau pun ada, amat jarang berjumpa.

Negara Jepun mungkin tidak lagi dalam bertimbangan untuk phd. Sangat bersimpati dengan mangsa Tsunami dan gempa bumi. Semoga Allah berikan mereka hidayah, dan mampu pulih semula. Pencemaran radioaktif membuat fikiran berada dalam dilema. Maaf Umeda dan Maki Sensei, mungkin jodoh phdku bukan di Harajuku.

Alhamdulillah, rezeki bakal anak mungkin, akan kembali semula ke UF pada tahun ini. Semoga dipermudahkan Allah urusan. Semoga ayahnya ini menjadi lebih baik dan maju kehadapan. Sudah tiba masanya memberikan zaman keanak-anakan ini kepada orang yang lebih berhak. Kepada orang ketiga yang cilik. :)


Comments

H.E.L.W.A said…
Tahniah en pali dan isteri..
semoga sihat dan ceria2 selalu..
Ashraf said…
Selamat menimang anak..keep in touch
pali said…
canthek,
makasih atas doa. :D kita kenal mengenali tak?

ashraf,
makasih ashraf, ingat, kahwin itu ibadah, usaha kearahnya juga adalah ibadah- ashraf fb wall. :P
Farina said…
Congrats again Pali. Jangan lupa bawa si cilik jalan2 California ;D Accomodation ditanggung beres!
pali said…
salam kak farina,

insyallah kalau jumpa nanti :D tahniah juga akan kelahiran si cilik abg dan akak juga! :D

ps: sorry typoerr tadi, keypad hanset kecik
Ashraf said…
Abg pali, konsep tu x seleweng dah kn?hehe
pali said…
dalam artikel ni, tak seleweng. Tapi bukan mutlak. tertakluk kepada terma dan syarat. :D

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap