Selamat Pagi Cikgu~

Pagi yang sejuk dan berembun, berpusu2 kanak2 sekolah rendah  ke sekolah sebelum loceng pertama 730am dibunyikan. Kelihatan van, bas, kereta dan motosikal berpusu2 memenuhi lorong ke sekolah itu seperti pasar malam hendaknya.

Sebiji moto Honda 70 membawa hingga 3 penumpang termasuk penunggang sekali. 2 lagi penumpang cilik.

“Salam abah, salam”. Kata Pak Mat pada anak2nya itu, setelah berhenti berhampiran dengan pintu gate.

Akak dan abang menyusuli di belakang dengan basikal masing2, melepasi adik2 mereka sambil membunyikan loceng basikal dan tersenyum. Adik2 yang melihat “cemburu” & berazam untuk “mewarisi” basikal itu suatu hari nanti. Cita2 pendek, telatah dunia mereka sendiri.

Ni, belanja sekolah, jimat duit. Apa cikgu ajar dengar, jangan nakal2, yang penting sekali belajar bersunguh2 biar jadi anak soleh”.

Pesan Pak Mat kepada 2 beradik itu. Wajahnya letih sedikit kerana bekerja syif malam.

Alah bisa tegal biasa. Cinta ibu membawa ke syurga, kasih ayahnda bekorban nyawa..

Mengangguk sicilik tersebut sambil tersenyum, lalu bersalam dan mencium tangan ayahnya. Terus berlari mendapatkan “geng2” yang menunggu dipintu pagar.

 

KRINGG~!

 

Riuh rendah murid2 semua bersembang tentang istimewanya hari ini.

 

HARI INI HARI GURU.

 

 

“Peranan guru tidak terhad dalam meningkatkan akademik profile, sahsiah & nilai pada pelajar, dan berperanan lebih dari itu.” kata guru besar dalam ucapan alu aluannya di pagi itu, bersemangat setelah menyanyikan lagu wajib untuk hari istimewa ini.

Hari ini kelas separuh hari. Pelajar semua hanya tersenyum. Lepas ni makan free~ hehehe. yea~ (bersorak mereka sambil membawa pinggan dan cawan kosong ditangan).

GURU-KU?

 

Usman Awang (1979) dalam sajaknya ada menukilkan , tak kira apa jawatan cita2 yang diperolehi samada peguam, doktor, hatta Perdana Menteri, mahupun Angkasawan negara (ni aku tambah), semua itu bermula dari seorang GURU yang nampak biasa, tetapi hakikatnya LUAR BIASA.

4 golongan yang tidak dihisab semasa hari kiamat, akan dihakimi oleh Jibrail a.s atas izin Allah untuk menyelesaikan perbalahan “Who Gonna Be 1st To Enter Heaven”.

Guru yang mengajar agama Islam; (salam/ sejahtera; kehidupan mengikut syariat Allah) akan didahulukan pandangannya untuk memasuki syurga diantara 4  golongan; orang mati syahid dijalan Allah, orang yang mengerjakan Haji Mabrur, penderma yang ikhlas, dan orang alim yang mempunyai ilmu (guru).

Tapi akhirnya setelah ditanya secara seorang demi seorang, yang alim berkata berilah orang yang menderma itu masuk dahulu, kerana dengan dermanya membolehkan dia menuntut ilmu.

Maka masuklah orang yang suka menderma itu diikuti dengan golongan lain.

 

AMANAH RAYA

 

Membantu orang menuntut ilmu itu adalah JIHAD FISABILILLAH (berjuang di jalan Allah), terutama dalam ilmu agama dan fardu kifayah. KPT naikkan elaun lagi, besar pahala. keh3.

Dalam pembentukan MODAL INSAN, ia tidak terpikul kepada guru yang berjawatan guru sahaja. Ibubapa @ masyarakat tidak harus menunding jari telunjuk kepada mereka ini sahaja, dan terlupa 4 jari lagi menunding ke arah diri sendiri.

Amanah ini besar  (raya), terutama dalam Sekolah Kehidupan. Semua ada peranan, berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.

“Sekali mengajarku satu  ilmu, selama2nya akan menjadi guru pada aku.” Ingatkan bait kata siapakah ini?…

Semua orang bleh menjadi guru, tak kiralah apa posisi kita; asalkan taklifan MANUSIA itu tercalit pada DNA kita. Kromosom 22 pasang yang punya~bukan Ahmad Albab yang punya. hahaha.

 

Pesan RSAW,

Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”

*********************************************************************

 

Selepas loceng waktu terakhir berbunyi.

 

“Bangunnnnnnnnnnn!”

“Te-rimaaa kaa-sih cik-gu!” kata ketua kelas.

 

Semua murid mengikut sama.

 

Bergema…

 

Ucapan dan gema yang sama saya berikan kepada guru2 di SRK Teluk Buluh, SMK Hutan Melintang, Matrikulasi Taj, USM, UPSI & semua insan yang pernah / akan menjadi “GURU” dalam kehidupan saya (termasuk pengomen dalam blog ini).

 

Baraqallahufiwalakum.

 

Benar, jika ada yang saya mahu masuk syurga, adalah anda semua. Saya doa2kan. Ameen.

Semua bersama2. Insyallah.

 

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA~!

 

 

\(^;^)/- anak murid tumpang belajar- SENTIASA.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated