Selamat Pagi Cikgu~
Pagi yang sejuk dan berembun, berpusu2 kanak2 sekolah rendah ke sekolah sebelum loceng pertama 730am dibunyikan. Kelihatan van, bas, kereta dan motosikal berpusu2 memenuhi lorong ke sekolah itu seperti pasar malam hendaknya. Sebiji moto Honda 70 membawa hingga 3 penumpang termasuk penunggang sekali. 2 lagi penumpang cilik. “Salam abah, salam”. Kata Pak Mat pada anak2nya itu, setelah berhenti berhampiran dengan pintu gate. Akak dan abang menyusuli di belakang dengan basikal masing2, melepasi adik2 mereka sambil membunyikan loceng basikal dan tersenyum. Adik2 yang melihat “cemburu” & berazam untuk “mewarisi” basikal itu suatu hari nanti. Cita2 pendek, telatah dunia mereka sendiri. “ Ni, belanja sekolah, jimat duit. Apa cikgu ajar dengar, jangan nakal2, yang penting sekali belajar bersunguh2 biar jadi anak soleh”. Pesan Pak Mat kepada 2 beradik itu. Wajahnya letih sedikit kerana bekerja syif malam. Alah bisa tegal biasa. Cinta ibu membawa ke syurga, kasih ayahnda be...