2 Gadis yang ku rindu..


Tengok muka kanak-kanak, rasa tenang sangat. Muka ahli fitrah, kerana mereka seperti kain putih. Takde dosa. Baru 5 bulan tak jumpa, dah banyak perubahan.Dah besar dah anak buah dua orang ni. Dua-dua dah pandai jalan, umur masing2 dalam setahun lebih, beza 2-5 bulan je. Gambar ni baru dapat dari adik semalam. Gambar ayah dan ibu pun dihatar. 
Nampak kedut-kedut usia yang kian ketara. Bukan sebarang kedut, tapi itu tanda orang yang banyak pengalaman, suka, duka, susah, senang. Cekalnya ayah dan bonda. Saya rindu..

Nurnajah Afeafah, Nurul Iman Batrisyia, Pak Alang doakan jadi anak solehah, Insyallah. Jangan nakal-nakal.

 "sayang-sayang Allah, sayang-sayang Nabi, sayang-sayang Ayah, sayang-sayang ibu~"




Comments

Anonymous said…
ehem, 2 orang ni je ke?:P
Anonymous said…
x lama lg akan bertambah latu~~~
:p

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated