Tertunduk kepala dan mata melihat bumi. Terasa bahu berat, lidah berasa kelat. Allah, bantulah hambaMu. Albert Einstein kata, orang gila sahaja membuat perkara yang sama berulang-ulang kali mengharapkan hasil yang berlainan! Saintis, menjadi 'gila' ini adalah satu kemestian. Ulang lagi, lagi biar learning curve mendakit-dakit biar mantap protokol experimen. Kemudian lihatlah pembolehubah/ faktor yang boleh dikawal, tunggu, dan tunggu benda hidup ini memberi respon. Satu minggu, dua minggu, ..... empat bulan! Siap sudah satu independent experiment! Kalau menjadi, ulang lagi 2 kali, supaya hasilnya betul-betul sama. Barulah dikatakan boleh direplikasi. Kalau tidak menjadi, buatlah beratus kali, faktor pembolehubah satu persatu diubah, menjadi beratus replikasi. Menggaru kepala. Kalau ikut logik, kalau semudah membaca ABC sudah pasti tidak terkedil-kedil mengulang protokol kembali. Buat experimen, tunggu dan terus menjadi, itulah...