Muslim dan Halloween.

"Kasihan kat budak-budak, baru nak merasa trick a treat, nanti kat malaysia tak merasa dah".

"Alah, apa salahnya, aktiviti untuk seronok-seronok saja. Jangan la serius sangat".

"Kita kenalah fleksibel sikit untuk bercampur dengan masyarakat di sini. Disini budaya mereka, kenalah kita raikan".

"Dah darurat, kenalah pergi sambut Halloween".



Ayat di atas adalah antara bunyi-bunyi alasan bila mana Halloween di bumi Uncle Sam ini menjelma pada 31 october setiap tahun. 

Ibubapa prihatin yang mempunyai anak kecil, terutama yang mula bersekolah pasti akan pening kepala memikirkan bagaimanakah cara untuk mengelakkan sambutan Halloween ini. 

Perihal hallowen ini dikupas baik oleh Ustaz Hasrizal (sumber)

KOMPROMI

Dengan kemudahan teknologi, dan maklumat yang kita boleh dapati sekarang, sangat mudah untuk mencari maklumat berkaitan festival sambutan Halloween ini. 

Dengar cerita, di Malaysia pun sambutan ini sudah menjadi biasa dikalangan orang Islam? 

Nauzubillah.

Prinsip perlu jelas, saya boleh berkompromi dalam hampir semua hal dengan budaya masyarakat barat bila hidup di sini, kecuali hal-hal berkaitan aqidah, dan ibadah khusus.

Aqidah adalah benteng terakhir kita sebagai umat Islam. Jika aqidah pun ingin dikompromikan atas dasar 'sporting', mengambil mudah sambutan pagan atau agama lain, rugilah kita. 

Tahukah kita sikap suka bersangka-sangka, ditakuti dikata "kita tidak sporting, tidak bercampur masyarat" dan bermudah-mudah dalam beragama merupakan sikap pengecut? 

Kita pasti terkejut betapa sikap toleransi dan memahaminya masyarakat di barat bila kita terangkan sebab kita muslim tidak menyambut Halloween. 

Ada juga sebilangan masyarakt Kristian juga tidak menyambut Halloween. 

Saya pernah dipelawa oleh rakan semakmal bila keluarga saya ada disini untuk menyertai mereka di gereja untuk aktiviti kanak-kanak (tanpa pakaian menakutkan), sebagai gantian sambutan hallowen.

Mereka juga mengakui Halloween tidak patut disambut oleh masyarakat Kristian (terkejut?). 

Tapi.. "Hey! Sportinglah sikit~ Kasihan kat budak-budak~ Alah, bukannya selalu nak merasa~ itu pandangan kau saja"

ILMU & FIKIR

Di kediaman saya di dalam kampus graduate housing, setiap kali Halloween, rumah yang mahu memberi trick and treat perlu membuka lampu luar, dan menampal notis yang diambil dari pejabat apartment. 

Setiap sambutan halloween, lampu luar apartment saya gelap, dan jika mahu saya hanya mengintai kanak-kanak berpakaian beraneka ragam pergi satu apartment ke apartment yang lain.

Trick or treat? 


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated