Monolog.
Bismillah. Kehadiran Ramadhan hanya beberapa hari lagi. Saya masih belum bersedia. Inteleknya, Fizikal, Rohani, dan Emosi masih lagi samar-samar tidak kuat pasaknya. Lama sungguh saya tidak menulis dari hati. Kebanyakan penulisan yang ditulis baru-baru ini seperti dibuat-buat. Hati yang menjadi daging penentu seluruh perbuatan, tidak begitu ingin bersuara kerana kerinduan cinta. Menulis ini saya rasakan perlu. Menulis ini tidaklah sama dengan berdoa, kerana berdoa itu monolog secara bersedirian, bukanlah dikongsi di facebook , blog, twitter mahupun di papan kenyataan. Terkecuali hal-hal umum, yang melibatkan perkara-perkara sejagat. Menulis sebagai terapi. Supaya terang fikiran dan hati. Berpuluh-puluh perkara diingat dalam hati tanpa ditulis, akan menyesakkan perasaan. Menulis untuk melihat apakah kosongnya minda minta diisi. Tidak mahu terlalu padat dengan kerja harian di laboratory. Hidup pagi, petang dan malam membuat experimen. TIdak mahu jadi begitu, Bulan Julai ini masuk...