Abu Humaira

Salam,
Semangat saya terasa pulih kembali. Insyallah minggu hadapan saya akan pulang ke Malaysia untuk menguruskan hal-hal berkaitan visa untuk isteri dan anak dan akan diam di sana selama beberapa minggu. Segala persiapan, termasuk dokumen untuk interview visa di Kedutaan USA sudah pun disiapkan (mungkin akan saya kongsikan di entry lain)
Jika semasa bujang dahulu, saya terpaksa tinggal jauh dari 1 keluarga selama 2 tahun sudah terasa cukup payah. Kali ini dengan 2 keluarga (termasuk mentua), 1 isteri dan anak kecil yang baru lahir 2 hari, saya menggagahkan diri untuk pergi juga.
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Sayangkan anak tangan-tangankan.” getus fikiran saya ketika itu. Hanya sempat bermalam 1 malam sahaja dengan puteri kecil di rumah, Ogos 15 2011 saya pergi ke lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kelantan.
Saya pula tidak mempunyai pilihan untuk tidak memilih Fall 2011 (Ogos) kerana penangguhan dari kemasukan Spring 2011 (Januari) ke Summer 2011 (Mei) sudah dilakukan. Pihak KPT mensyaratkan untuk permohonan untuk menyambung pengajian pada tahun 2012 perlu dibuat baru.
Selain masih dalam pantang, isteri tidak dapat turut serta tahun lepas disebabkan masih dalam urusan thesis Masternya; yang alhamdulillah akan siap dalam tahun ini juga.
Maka setelah berbincang, saya dengan berat hati melangkah ke Gainesville. Kembali untuk menyambung pengajian.
LAPAN BULAN
Maka bermulalah episod transasi hidup dari berkahwin dan berkeluarga, kepada bujang secara mendadak. Hikmahnya ada, berat badan saya turun berkilo-kilo seperti sebelum kahwin. Harap nanti isteri dah ada sekali berat badan maintain la gini . haha
Saya bersyukur juga wanita yang saya nikahi ini adalah wanita yang selama 2 tahun saya ditunangkan. Kami biasa berjauhan. Kami terbiasa untuk tidak terlalu mengadu kasih ketika bertunang dahulu. Ikhtilat itu sehabis baik kami cuba elakkan semasa bertunang. Akhlak seorang lelaki dan wanita yang masih belum mempunyai ikatan sah ketika itu cuba kami patuhi sebaik-baiknya.
Mujur juga ada puteri kecil kami Alisha Humaira ada untuk menghiburkan hati umminya. Sedangkan saya, sebagai abah harus kuat memberi semangat kepada ummi (walaupun hakikatnya banjir kilat dalam hati sapalah tahu..)
Selama 8 bulan saya melihat baby membesar menerusi laptop. Hanya gambar dan video dikongsi di dropbox. Kadang-kadang SKPE turut diguna penyampai rindu.

gambar Alisha Humaira 8 bulan bersama Maksu Adani
Biarlah 8 bulan lebih ini menjadi pengajaran berharga sebuah cinta, kasih sayang dan erti keluarga. Biarlah ia menyuburkan lagi kematangan fikiran dan dalam membuat keputusan. Semoga ia menjadi asbab kepada rahmah Allah kepada Baitul Muslim yang benar.
Sudah tiba untuk “PaLi” menjadi “Abu Humaira” (Ayah kepada humaira). Semoga perjalanan mendatang dipenuhi dengan mardhatillah. Ameen. Smile

Comments

Ummu Aqeef said…
Assalamualaikum tuan.
Inilah yang dikatakan dugaan. Benar. Mahu pilih berpisah atau mahu pilih rindu.Kuat mana pun hati, tapi mahu berpisah dengan anak itulah dugaan yang paling berat barangkali.Tidak nampak anak membesar di depan mata itu umpama menanti bom meledak tepi telinga. Tapi rindu juga anugerah dan nikmat, insya Allah.
Salam dari London,

Ummu Aqeef
pali said…
Waalaikumsalam.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Benar apa yang Puan tulis di atas. Maaf atas kelewatan komen, saya sejak semalam masih mabuk rindu dengan puteri kecil saya ini. There are so many things to catch up!

:)

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated