Sebulan lebih sudah

Salam,

Sudah sebulan lebih saya meneruskan pembelajaran. Agak terkejar-kejar juga akibat rehat terlalu lama. Setahun itu masa yang panjang. Namun ianya dirasakan seperti mimpi

“Fadhli, congrats!” ujar Mithu, post-docs yang sedang sarat mengandung anak keduanya.

Thanks!”, balas aku pendek dan tersenyum.

Biasanya kami sembang-sembang kosong sebegini pada waktu tengahari (lunch hour) atau ketika hampir waktu pulang, sedang dia menunggu suaminya Divindu yang berkerja di banggunan lain.

“You have been promoted from Msc to phd. How does that feel?” tanya beliau lagi.

Mataku ketika itu sedang asyik melihat kecantikan pepohon sakura yang sedang mekar berkembang.

AKu mengalihkan pandangan ke arah Mithu dari jendela tujuh (Windows seven) dihadapan.

“Frankly speaking, I feel like I was sleeping for one year, having a good dream, and just wake up this morning and find myself still stuck at this place!” cubaan untuk melawak dalam english. Bukan setakat kelas itu terkejar-kejar, tapi nak speaking juga merangkak sedikit, kerana slang manglish sudah pekat. Smile with tongue out

Kami ketawa. Aku ketawa, tapi masih fikiran masih memikirkan exam dan kerja rumah yang berterusan menyapa ramah untuk sebulan ini setiap minggu. Alhamdulillah.

IMG_2955

BONUS LAGI

“How does it feel to be a father?”, soalan ini popular ditanya oleh advisor, Kevin dan ramai lagi manusia termasuk Mithu.

Kebanyakannya terkejut, bahkan ada yang mengatakan, “Fadhli, I still cannot believe you have become a daddy..”

Kedua-dua soalan itu dijawab dengan jawapan yang sama.

“…I’m not sure.. After 3 days my babygirl was born, I came here. So, I do not sure how it feel to be a father.. yet!”- jawapan bonus untuk soalan bonus.

314708_10150337539328699_761073698_7998779_1618245761_n

GADISKU.

Pesan RSAW seingat dari kuliah pengajian berkenaan kelebihan memiliki anak perempuan:

Sahih Muslim memetik Muhammad (s.a.w.) berkata:
"Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan sehingga mereka dewasa, dia dan aku pada hari akhirat akan adalah seperti ini; dan baginda merapatkan jari-jarinya.

pastilah dengan syarat supaya anak perempuan itu menjadi gadis yang solehah.

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada seorang muslim yang memiliki tiga anak perempuan kemudian dia memberi nafkah sampai keduanya menikah atau meninggal dunia kecuali keduanya menjadi dinding baginya dari api neraka." Seorang perempuan bertanya,"Apakah dua anak juga?" Rasul menjawab, "Atau dua anak perempuan." (HR Thabrani)

 

DITARIK-TARIK

Seorang wanita, jika gagal menjadi muslimah yang berakhlak baik dan bermoral baik, kerana akhlak itu benihnya dari aqidah,padahnya juga akan dikembalikan kepada lelaki.

Bukankah…

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…. (QS an-Nisa’ [4]: 34).???

Teringat juga, seorang wanita itu boleh mengheret 4 lelaki ke dalam neraka bersamanya.

1. Daddy- papa jahat! (bukan kerana tidak berilmu agama, tetapi mengabaikan tanggungjawab, dan hak anak perempuan untuk mendapat didikan agama, dan bimbingan sebagai muslimah)-

Aku kini seorang abah.. insyallah usaha!

2. Hubby- iyee I love you itu tidak dapat menyelamatkan seorang suami yang tidak berusaha, bertangguh-tangguh dalam mengkoreksikan isteri yang diibaratkan seperti tulang rusuk itu untuk terus jahil dalam beriman. Oh, kena berhikmah?- mendiamkan diri @ pejam sebelah mata pada hukum Allah yang sudah terang dalilnya itu bukannya berhikmah. Akhirnya, u jump I jump?

AKu pun seorang hubby beristeri satu.. insyallah usaha-usaha!

3. Brothers- kalau buat tak kisah, tidak tegur kekhilafan, kena jugak la..

Aku ada seorang akak. Alhamdulillah la, akak ni baik, kawin dengan orang baik, semoga kekal sampai ke syurga..

4. My son- anak kalau buat tak tau mak dia kuat ngumpat ke, berjambul etc, kena jugak..

Aku ada seorang emak.. Alhamdulillah, pikir emak, sejuk rasa satu badan.. (sebab perut dia sejuk bila mengenangkan aku.. hehe)

webcam

RINDU

Insyallah.. harap Alisha tidak menangis banyak lagi.. Kesian ummi, sampai terpaksa mengamalkan petua orang tua-tua, meletakkan kain pelikat abahnya sebagai alas tidur dan selimut.

Kebetulan pula Alisha tidak menangis bila buat begitu.

Petua orang tua-tua.. tak salah diamalkan  jika tidak melanggar syariat. Yang penting kita usaha, logik atau tidak itu jangan guna sains untuk cerita.

Yang penting, ianya berkesan dengan kehendak Allah jua. Open-mouthed smile

316161_10150332399293699_761073698_7969036_699566003_n (2)310307_10150340948163699_761073698_8018455_1044353424_n

 

 

 

 

 

 

ps: doakan exam ketiga untuk bulan ini berjaya dihadapi dengan jayanya.. sekurang-kurangnya dapat ‘A’.. Ameen.

Comments

fahima_azira said…
salam author,

nak tanya di bahagian DITARIK-TARIK

1. Daddy-

Aku kini seorang abah.. insyallah usaha!

2. Hubby-

Insyaallah usaha usaha..

soalan; kenapa dekat bahagian Daddy usaha hanya disebut sekali untuk anak, dan di bahagian isteri perkataan usaha diulang 2 kali?

apakah mendidik isteri lebih susah dari mendidik anak?

:)
pali said…
ada 2 pandangan:

1. untuk DADDY, usaha itu dikongsi bersama MOMMY.

2. untuk HUBBY, ianya dikongsi bersama diri sendiri.

lazimnya, seorang lelaki menjadi hubby sebelum menjadi daddy. Usaha untuk mendidik baby sudah bermula pada diri dan isteri. :D

pandangan kedua:

saja tulis gitu. hehe

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated