Alisha Humaira

Salam,

Maaf kalau penulisan seperti puisi, 
dah menulis karangan sebelum ini, 
Seperti terlalu banyak untuk dituliskan, 
terlalu banyak untuk dikongsikan 

Menurut doktor dari pemeriksaan, 
jangkaan bayi dilahirkan adalah pada 20 Ogos 2011,
Dipendekkan cerita yang panjang,  
Tiket penerbangan  pada 15 Ogos 2011.
Yakinilah jodoh itu sudah tersurat di Luh Mahfuz  
Takdir Allah menemukan kita..
Alhamdulillah. 

Pagi sabtu 13 Ogos isteri mengadu sakit, 
Sejurus selepas suami sihat 5 hari demam dan sakit,
Selepas 6 jam menunggu diluar wad bersalin,
Bersama abah dan ma mertua serta mok,
Kurang 15 minit matahari diatas kepala,
tiba-tiba 'misi; berkata,
"Mana suami Tengku Fahima ye?"
Maka masuklah ke dalam wad mencari-cari,
dengan pelbagai perasaan bercampur di hati.
Ya Allah Ya Robbil Alamin, 
Permudahkanlah urusan hambaMu ini. 

Akhirnya duduk disisi isteri,
selama 15 minit paling panjang dalam hidup,
melihat isteri sedang dalam kepayahan,
Bersyukur aku ya Allah, 
Alhamdulilah selamat dilahirkan akhirnya, 
seorang puteri kecil pink yang kuat menangis.
dan seorang abah yang hampir menangis.
Alhamdulillah

Fathiah Athirah nama cadangan pada mulanya,
Kemudian terduduk keseorang termenung,
Fikir punya fikir punya fikir, 
Datang bisikan ilham membisik,
"Alisha Humaira, Alisha Humaira".. 
itulah namanya,
nama yang dipilih pada saat terakhir' 
puteri kesayangan kami berdua. 


Alhamdulillah.

Terima kasih Allah, 

Terima kasih ayang..



Selamat datang Alisha Humaira. 


Comments

Kopiah Senget said…
Tahniah atas kehadiran orang baru...Semoga hidup lebih berseri disamping cabaran belajar menuntut ilmu.
princess_s said…
Tahniah atas kelahiran ahli keluarga baru...
Kirim salam pada yang sudi melahirkannya...
Semoga sentiasa berada dalam barakahnya...


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
pali said…
Salam,

Makasih Kopiah Senget. Insyallah dan ameen atas doa.

seperti persoalan advisor aku ketika baru sampai di gainesville,

"how does it feel to be a father?".

aku pun menjawab, "I dont know, she is only 2 days before I came here!".

tapi akan datang, insyallah. :D
pali said…
salam Puteri W,

terima kasih. insyallah. lebih mudah jika salam itu disampaikan sendiri melalui facebook, kerana insan itu tiada disisi buat masa ini. :(

selamat hari raya juga. :D
m.a.u.i said…
tahniah dapat bb gal yg comey.. :-)
pali said…
maui,

makasih. :)

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated