Wahai ulat, jadilah rama-rama. :)
Salam, Tergerak hati untuk menulis berkenaan ulat buku. Tidak berapa lama dahulu saya dihubungi oleh junior untuk turut serta menyertai sebagai ahli panel dalam forum berkenaan ulat buku. Malangnya saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Tambahan pula, saya bukannya jenis suka menerima kerja saat terakhir. :D Apa yang saya tulis mungkin ada benarnya dan tidak, sedikit sebanyak saya sertakan sebabnya mengapa saya menulis begitu. Insyallah dari pengalaman dan kefahaman yang terhad yang diringkaskan, saya berharap dapat memberi manfaat bersama. "ni pok chik nak citer".. IJAZAH "Kalau saya sakit gigi, siapa yang perlu saya jumpa?" ujar Syeikh Sylvester selepas memulakan muqadimah untuk kelas Sunan Ibn Majahnya. "Doktor gigi~" jawap hadirin yang hadir manja seperti kanak-kanak tadika. Tersenyum Syeikh yang berdarah Caucasian itu menampakkan giginya yang ditampalnya sendiri. "Kenapa saya tak boleh berjumpa dengan Ustaz ke, Mekan...