Posts

Showing posts from March, 2011

Orang ketiga.

Image
Salam, Aktiviti berblogging sudah menjadi sangat perlahan semenjak dua menjak ini. Sebenarnya niat untuk berblogging pada awal- awal lagi adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.. tazkirah dan pesanan supaya diri tidak lupa. Maklumlah diri sudah berada di rantau orang, bujang pulak tu!  tiada orang yang ingin mengingatkan. Kalau pun ada, amat jarang berjumpa. Negara Jepun mungkin tidak lagi dalam bertimbangan untuk phd. Sangat bersimpati dengan mangsa Tsunami dan gempa bumi. Semoga Allah berikan mereka hidayah, dan mampu pulih semula. Pencemaran radioaktif membuat fikiran berada dalam dilema. Maaf Umeda dan Maki Sensei, mungkin jodoh phdku bukan di Harajuku. Alhamdulillah, rezeki bakal anak mungkin, akan kembali semula ke UF pada tahun ini. Semoga dipermudahkan Allah urusan. Semoga ayahnya ini menjadi lebih baik dan maju kehadapan. Sudah tiba masanya memberikan zaman keanak-anakan ini kepada orang yang lebih berhak. Kepada orang ketiga yang cilik. :)