Jangan lupa besday, nanti kecik hati.
AMEER
“You lupa ke ari ni ari apa?” tanya Faiz kepada isterinya.
“Hari apa ye? Selasa la kot” jawab isterinya, Lina cuba bergurau. Yelah, masing masing baru pulang dari kerja, gurau bergurau itu perlu.
“Kita terlupa sesuatu, semalam kan birthday Ameer..” berbunyi nada kesal Faiz kerana sebagai ayah, dia terlupa harijadi anaknya.
“Ya Allah, saya pun terlupa bang. Patutlah Ameer manja sangat semalam. Harijadi dia rupanya” jawab Lina lagi.
Ameer tidak kelihatan di biliknya. Mungkin keluar pergi mengaji. Sudah 10 tahun harijadi Ameer disambut, hari ini terlupa pula mummy & daddy untuk menyambutnya.
Saban tahun disambut dengan sederhana sahaja, dengan doa selamat dan dijemput beberapa rakan. Minta dipanjangkan umur dan yang baik-baik hendaknya, menurut En Faiz.
SEBAK
Naluri ibu Lina kuat mendesak perasaan serba salah. Selalunya dialah yang kuat mengingatkan suaminya akan hari jadi anaknya itu. Tahun ini terlupa pula. Sesak dada dia memikirkan.
Faiz menenangkan isterinya, “Takpe yang, jangan sampai nangis, atau rasa serba salah, ini adat, bukan ibadah. Sudah, pergi bersiap, Ameer dah pulang tu, kita makan ikan bakar malam ni”.
Oh, tersenyum semula Lina bila suaminya mengingatkan. Dia menoleh kepada Ameer yang baru pulang dari mengaji dengan baju yang kotor penuh berdebu. Meremang bulu romanya, ni mesti main bola lagi.
Ameer yang masuk dengan muka merajuk kerana harijadinya tidak disambut semalam cepat cepat berlari ke bilik air untuk mandi apabila terkesan dengan aura ibunya di ruang tamu. Dia serik dileter lagi.
“Huh, dah 10 tahun pun nak merajuk lagi!” perli Lina kepada anaknya. En Faiz hanya tertawa kecil. Tahun ini takde sambutan hari lahir untukk Ameer, takpelah. Hari-hari lain masih ada untuknya menyambut hari kesyukuran anaknya itu.
“Mudah-mudahan jadi anak yang soleh insyallah.” doanya kejap.
SAYA?(walaupun korang tak tanya. hahaha)
Saya tak pernah menyambut hari jadi. Sejak berada di malaysia, sehingga berada di sini. Hari jadi tidak disambut oleh keluarga saya. Mungkin kerana faktor adik beradik yang ramai, dan kami duduk dikampung, dalam keluarga yang sederhana.
Semasa kecil, samar-samar saya ingat kakak sulung pada masa itu pun kecil menyediakan makanan ringan untuk ‘parti kecil-kecilan’, tanpa kek. Itu pun sekali, mungkin kerana pengaruh televisyen.
Dari sekolah rendah, sekolah menengah, hingga ke univerisiti, entahlah mengapa meskipun rakan-rakan disekeliling ramai yang menyambutnya, saya tidak pernah terlintas untuk menyambut. Walhal jika diikutkan, saya turut serta membeli hadiah untuk hari jadi mereka, tapi tidak untuk hari jadi saya. Ia berlalu seperti hari –hari yang lain.
Pada hari itu hanya rasa bersyukur kerana beroleh kedua ibubapa yang penyayang asbab saya di dunia. Terima kasih ibu kerana melahirkan saya.
Sampai disini (USA) pun, begitu juga hendaknya, December 22 tarikh semua pelajar pulang ke kampung menyambut Krismas. Cuti hujung tahun yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua, dan selalunya lab atau universiti hampir kosong.
SUNNAH vs MANUSIA.
Perlu diingat, bahawa sunnah itu adalah ibadah.
Dan Al-Khathib meriwayatkan, bahwa 'Abdullah bin Al-Hasan sering duduk dengan Rabi'ah. Ia berkata:
"Pada suatu hari mereka berdua memperbincangkan tentang sunnah-sunnah, maka berkatalah seseorang yang berada di majlis itu:
"Beramal itu bukanlah di atas ini [oleh kebiasaannya]."
Maka 'Abdullah berkata: "Tidakkah engkau melihat, bahwa jika telah banyak orang-orang bodoh sehingga merekalah yang menjadi pemimpin, adakah mereka itu sebagai hujjah atas sunnah?!”
Maka berkata Rabi'ah: "Aku bersaksi, bahwa ini adalah perkataan anak keturunan para Nabi."
Al-Khatîb Al-Baghdâdî, Al-Faqîh wa Al-Mutafaqqih article 384
MAULIDIR RASUL
Ooo, nak ke tajuk ini ke sebenarnya.. Mungkin saya bukan orang yang layak untuk berbicara tentang sambutan hari lahir, kerana saya pun tidak merasakan signifikan sambutan tarikh lahir itu, hatta bagi sesiapa pun.
Nabi Muhammad saw tidak pernah meminta sambutan hari lahirnya diadakan, dan jika disambut, ia harus bagi sesetengah pandangan ulama kerana jika tujuannya adalah sebagai ‘wake up call’ untuk manusia bahawa Nabi kesayangan mereka lahir pada hari ini.
Pada tahun kelahiran baginda, Abu Jahal adalah yang paling gembira, yang kemudian menjadi penentang besar atas Islam yang dibawa oleh baginda. Besar sambutan kelahiran bukan beerti besar pula iman kepada Islam yang dibawa oleh baginda RSAW, dalam konteks Abu Jahal.
Di Malaysia khususnya, tahun demi tahun, ia menjadi kebiasaan yang disambut. Tidak ada nas dan dalil mengatakan ia perlu disambut, yang bermakna, ia bukannya ibadah.
Seperti kisah Ameer diatas,ia tidak boleh dianggap ia sebagai WAJIB dilaksanakan tiap-tiap tahun, dan berasa berdosa pula kalau tidak membuatkannya, meskipun hari lahirnya disambut dengan bacaan doa selamat secara sederhana.
Berasa serba salah, kerana tidak menyambut, seolah-oleh perkara ini wajib yang datangnya dari suruhan agama memungkinkan hal ini dirujuk kepada bidaah. Perkara yang bukan ibadah, tetapi dianggap sebagai ibadah.
Diingatkan berkali kali, dalam hal kehidupan seharian, semua perkara adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Namun, dalam hal ibadah, semua perkara adalah haram kecuali ada dalil yang membenarkannya.
Jika benar sayangkan Nabi, yang perlu dilakukan adalah melakukan apa yang disayangi oleh baginda, menyintai Islam dengan seluruh nafas. Meletakkan hukum Allah lebih dari hukum akal dan logik.
Comments