AMEER āYou lupa ke ari ni ari apa?ā tanya Faiz kepada isterinya. āHari apa ye? Selasa la kotā jawab isterinya, Lina cuba bergurau. Yelah, masing masing baru pulang dari kerja, gurau bergurau itu perlu. āKita terlupa sesuatu, semalam kan birthday Ameer..ā berbunyi nada kesal Faiz kerana sebagai ayah, dia terlupa harijadi anaknya. āYa Allah, saya pun terlupa bang. Patutlah Ameer manja sangat semalam. Harijadi dia rupanyaā jawab Lina lagi. Ameer tidak kelihatan di biliknya. Mungkin keluar pergi mengaji. Sudah 10 tahun harijadi Ameer disambut, hari ini terlupa pula mummy & daddy untuk menyambutnya. Saban tahun disambut dengan sederhana sahaja, dengan doa selamat dan dijemput beberapa rakan. Minta dipanjangkan umur dan yang baik-baik hendaknya, menurut En Faiz. SEBAK Naluri ibu Lina kuat mendesak perasaan serba salah. Selalunya dialah yang kuat mengingatkan suaminya akan hari jadi anaknya itu. Tahun ini terlupa pula. Sesak dada dia memikirkan. Faiz men...