Hari-hari Tanpa disedari.

“Allahuakbarullahuakbar! Allah~..”

bergema azan Mekah menandakan tibanya waktu Zohor. Gemersik suara azan menyentap fikiran supaya berhentikan kerja dunia dan teruskan pilihlah menyucikan diri ke hadrat Yang Maha Suci.

Tiap butir kalimah yang dilaungkan oleh Sang Muazim menyeru kepada hamba hamba yang bertauhidkan Uluhiyah dan berimamkan Muhammad s.a.w untuk tunduk sujud merendahkan diri, menyentak alpa persepsi, yang selalunya dipimpin oleh kerja-kerja dunia yang diamanahkan.

Jelas! Tersangat jelas kedengaran azan tersebut berkumandang menyapu gegendang telinga seperti halwa hendaknya. Mengusik jiwa-jiwa yang beriman. Aku membasuh tangan di sinki, mengelap tangan hingga kering lalu mengambil keputusan untuk menangguhkan sebentar hal dunia. 

Cepat cepat aku berjalan menyusuli koridor, menuju suara ia dikumandangkan.

Tibanya di destinasi, Heidi dan Mithu ada disitu.




MARI BERSOLAT

“Oh, what is this song Fadhli? Its very nice! How many times they have this called?” Tanya Heidi sejurus aku masuk menegur sapa “Hey guys!”

“5 times a day.Yes, it an athan, called us Moslem to pray.”” jawabku sambil tersenyum kepada kedua-dua ibu beranak satu itu.

“Fadhli, this reminded me of India. You know, every morning there will be the same called.” kata Mithu selepas itu pula.

“It’s a call for prayers? No wonder I felt like my spiritual increased”.sambung Heidi pula.



YA..

Langkah diteruskan menuju ke meja melihat netbook. Azan sudah hampir habis berkumandang. Aku menurunkan volume maximum di netbook.

We heard this song every day from your netbook” Heidi menambah lagi.

Aku terlupa menurunkan volume netbook, dan tiap-tiap kali masuk waktu solat Zohor dan Asar, berkumandanglah software Athan basic itu didalam office dengan penuh syiar.

Tiap-tiap hari, selepas menghidupkan netbook dioffice, aku akan berjalan ke lab yang jaraknya 1/2 puntung rokok atau ke kelas, meninggalkan netbook di office sendirian.

Alamak.. getus dalam hati.

“Sorry guys, I forgot to turn down the volume”. risau mengganggu konsentrasi mereka di dalam office.

I will turn off the volume next time. janjiku.

"No! We want to hear it everyday. It is a good song! Make me feel fresh! "Ujar Heidi dan Mithu dalam ayat yang lebih kurang sama. Sangat excited.

"This is a good song!" ulang mereka berkali-kali. Mengharap.

Oh.. mereka telah ditarbiyah dengan Azan ini hampir beberapa bulan tanpa aku sedari..

Maha Suci Allah..


Moral: marilah mendownload Athan basic secara berjemaah. :D

Comments

Nadiah Sidek said…
subhanallah..moga2 terbuka pintu hidayah buat mereka..
pali said…
Ameen Kak Nadiah.
fahima_azira said…
waa bagusnya..selalunye saya memang perlahankan volume ke tahap terendah bila berada di lab sini...so hanya diri sendiri yang dengar azan tu..
pali said…
haah, kadang2 tak perasan, tapi la ni memang check selalu. takde max volume lagi dah. :D

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap