Wednesday, May 02, 2012

Abu Humaira

Salam,
Semangat saya terasa pulih kembali. Insyallah minggu hadapan saya akan pulang ke Malaysia untuk menguruskan hal-hal berkaitan visa untuk isteri dan anak dan akan diam di sana selama beberapa minggu. Segala persiapan, termasuk dokumen untuk interview visa di Kedutaan USA sudah pun disiapkan (mungkin akan saya kongsikan di entry lain)
Jika semasa bujang dahulu, saya terpaksa tinggal jauh dari 1 keluarga selama 2 tahun sudah terasa cukup payah. Kali ini dengan 2 keluarga (termasuk mentua), 1 isteri dan anak kecil yang baru lahir 2 hari, saya menggagahkan diri untuk pergi juga.
“Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Sayangkan anak tangan-tangankan.” getus fikiran saya ketika itu. Hanya sempat bermalam 1 malam sahaja dengan puteri kecil di rumah, Ogos 15 2011 saya pergi ke lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kelantan.
Saya pula tidak mempunyai pilihan untuk tidak memilih Fall 2011 (Ogos) kerana penangguhan dari kemasukan Spring 2011 (Januari) ke Summer 2011 (Mei) sudah dilakukan. Pihak KPT mensyaratkan untuk permohonan untuk menyambung pengajian pada tahun 2012 perlu dibuat baru.
Selain masih dalam pantang, isteri tidak dapat turut serta tahun lepas disebabkan masih dalam urusan thesis Masternya; yang alhamdulillah akan siap dalam tahun ini juga.
Maka setelah berbincang, saya dengan berat hati melangkah ke Gainesville. Kembali untuk menyambung pengajian.
LAPAN BULAN
Maka bermulalah episod transasi hidup dari berkahwin dan berkeluarga, kepada bujang secara mendadak. Hikmahnya ada, berat badan saya turun berkilo-kilo seperti sebelum kahwin. Harap nanti isteri dah ada sekali berat badan maintain la gini . haha
Saya bersyukur juga wanita yang saya nikahi ini adalah wanita yang selama 2 tahun saya ditunangkan. Kami biasa berjauhan. Kami terbiasa untuk tidak terlalu mengadu kasih ketika bertunang dahulu. Ikhtilat itu sehabis baik kami cuba elakkan semasa bertunang. Akhlak seorang lelaki dan wanita yang masih belum mempunyai ikatan sah ketika itu cuba kami patuhi sebaik-baiknya.
Mujur juga ada puteri kecil kami Alisha Humaira ada untuk menghiburkan hati umminya. Sedangkan saya, sebagai abah harus kuat memberi semangat kepada ummi (walaupun hakikatnya banjir kilat dalam hati sapalah tahu..)
Selama 8 bulan saya melihat baby membesar menerusi laptop. Hanya gambar dan video dikongsi di dropbox. Kadang-kadang SKPE turut diguna penyampai rindu.

gambar Alisha Humaira 8 bulan bersama Maksu Adani
Biarlah 8 bulan lebih ini menjadi pengajaran berharga sebuah cinta, kasih sayang dan erti keluarga. Biarlah ia menyuburkan lagi kematangan fikiran dan dalam membuat keputusan. Semoga ia menjadi asbab kepada rahmah Allah kepada Baitul Muslim yang benar.
Sudah tiba untuk “PaLi” menjadi “Abu Humaira” (Ayah kepada humaira). Semoga perjalanan mendatang dipenuhi dengan mardhatillah. Ameen. Smile

Monday, April 23, 2012

Nazi grammar

Salam,

Mungkin tidak perlu dijelaskan lagi. English saya masih biasa walaupun sudah beberapa tahun di bumi orang.

Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana sehingga menyukarkan idea sampai. Mujur kursus saya sains, bukan sastera, tidak perlu kepada mengarang puitis dalam bahasa Inggeris.

Budaya di negara sendiri agaknya, jika tersalah menyebut perkataan, ada saja Nazi grammar mengondem, kemudian tidak lagi memandang kepada idea yang ingin disampaikan.

Kepada Nazi grammar (tatabahasa) ini, saya ucapkan, “Tahniah, anda adalah orang yang masih dijajah, sememangnya sikap seorang hamba jajahan amat memandang tinggi master nya (Tuannya).”.

IMG_4502

kasihan sekali..

Anda memandang tinggi pada bahasa itu tidak salah, tetapi memandang rendah kepada mereka yang tidak sehebat anda itulah sikap hamba jajahan,

Jika anda ingin tahu, sikap ‘tuan’ kepada anda itu jauh berbeda. Idea itu didengar mereka dahulu, selagi mana maklumat itu mampu mereka hadami.

Alhamdulillah bersyukur Allah mampu celikkan mata. melihat kepada Nazi grammar, aku merasa kasihan sekali!

Thursday, March 15, 2012

Lagi dan lagi

Salam,

Mungkin kebelakangan ini banyak pos berkenaan “Alisha”.

Apa boleh buat, mungkin jasadku ada di bumi Gainesville,

tapi hakikat ‘hati’ tidak ada di sini.

Countdown.. 2 bulan lagi. insyallah. Smile

Tuesday, March 06, 2012

Alisha: chicken pox & rocking chair

Salam,
Masa isteri sarat mengandung, dia rilek je takde rasa sakit apa-apa, terutama pada minggu akhir waktu mengandung. Kebetulan pula, suami pulak yang sakit demam serta muntah-muntah teruk.
Bila suami kebah dari sakit, beberapa jam selepas itu, barulah isteri mengadu sakit nak bersalin. Kuasa Allah, biarlah suami menanggung sakit sedikit berbanding dari isteri yang sarat mengandung 9 bulan lebih. Itu doa yang tergetus dihati, tapi tidak terlafaz sebelum itu.

Minggu lepas pula, kepala terasa pening-pening, dan seterusnya demam selesema secara mendadak. Alhamdulillah, sepanjang hidup diperantauan amat jarang sekali sakit. Memang tidak ke hospital lansung sebelum ini. Namun beberapa hari ini tewas rebah di katil.
Pagi ini pun dengan selamba mengemail advisor dan semua orang di lab "I’m having a cold fever and still recovering. Maybe I will not come to the lab meeting. Sorry. Pali”
Selang beberapa minit advisor membalas email, “Stay home! Get better!”
Bila berhubung dengan isteri yang kebetulan ada di kampung, kebetulan pula Alisha juga sedang sakit, demam pada waktu malam, kemudian timbul rasa gatal-gatal pada pergelangan kaki dan tangan. Pergi ke klinik sudah katanya, mungkin symptom terlalu awal, ia hanya kelihatan seperti ruam biasa. lama-kelamaan, ruam itu menjadi besar, dan jadilah seperti chicken pox.


Bila bertanya kepada isteri, “Kesian alisha, mesti dia penat sebab malam demam, etc..”
Isteri menjawab,”Takpe, Alisha sakit-sakit pun aktif!”.
Gumam dalam hati.. “Ye ke? Alhamdulillah. Biarlah sakit isteri dan baby jika terlalu berat suami yang menanggung.”.
Kasihan Alisha, tapi tak mengapa, kecil-kecil sudah kena, besar nanti tak kena dah. Tak macam abinya, form 3 baru nak kena. haha.
IMG_4226
Pastu pulak arini orang yang jual twin bed sofa, love couch dan TV kasi rocking chair free sebab tau ada baby. Rezeki alisha~
Alhamdulillah.
ps: oghe kelate kata chicken pox ni “berteh”. ala, macam berteh jagung tu, cuma kita panggil popcorn la.. haha~

Saturday, March 03, 2012

Pemakanan sihat~bersama Alisha

DSCF0029

anak anda perlukan makanan yang berkhasiat

DSCF0033

happynya alisha makan~

DSCF0030

lagi alisha, lagi~! tambah2~

DSCF0037

ingat, pemakanan sihat, ummi suka, abi setuju…

 

 

DSCF0038

Alisha?…. (terlalu kekenyangan.. Sad smile)

Thursday, March 01, 2012

Lama.

Salam, 

Lama sungguh tidak menulis di blog. Lebih banyak masa dihabiskan untuk aktiviti setempat dan kerja-kerja tertunggak yang setiap hari tidak jemu menyapa ramah.

Menghitung hari untuk isteri dan anak untuk bersama-sama di sini. 

Masih menanti. Mengharapkan perubahan progresif kelak! Mungkin akan datang blog ini akan dikongsi bersama isteri dan baby (kalau baby pandai menulis).

Sekian. 

Pali- 

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...