Api Jam 10 malam
Kisah ini berlaku di Perak, Malaysia, semasa saya berumur 10 tahun. Rumah atuk dan nenek saya dikampung adalah berhampiran dengan rumah saya dan pakcik saya. Sering pada hujung minggu, atau cuti sekolah, kami akan bermalam di rumah atuk dan nenek. Rumah tersebut merupakan rumah warisan sejak dari turun temurun. Yang saya ketahui adalah sejak dari bapa kepada moyang saya tinggal disitu. Rumah kayu tinggi, yang dahulu dikatakan telah dipindahkan beramai-ramai dengan bantuan orang kampong jauh dari Baroh (Hutan). Belakang rumah pula adalah hutan tebal, dan jika pergi jauh lagi akan berjumpa dengan sungai perak. Tandas pula terlepas berasingan di luar rumah, kira-kira 10 meter dibelakang rumah. SAKIT PERUT Masih segar dalam ingatan, jam 10 malam, tiba-tiba kami cucu dalam 4 orang sakit perut serentak dan mahu menggunakan tandas. Atuk biasanya sudah tidur selepas isya, jadi nenek menggunakan tin minyak tanah yang ditebuk dan diletakkan peli...