Posts

Showing posts from April, 2012

Nazi grammar

Image
Salam, Mungkin tidak perlu dijelaskan lagi. English saya masih biasa walaupun sudah beberapa tahun di bumi orang. Alhamdulillah, tidaklah seteruk mana sehingga menyukarkan idea sampai. Mujur kursus saya sains, bukan sastera, tidak perlu kepada mengarang puitis dalam bahasa Inggeris. Budaya di negara sendiri agaknya, jika tersalah menyebut perkataan, ada saja Nazi grammar mengondem, kemudian tidak lagi memandang kepada idea yang ingin disampaikan. Kepada Nazi grammar (tatabahasa) ini, saya ucapkan, “Tahniah, anda adalah orang yang masih dijajah, sememangnya sikap seorang hamba jajahan amat memandang tinggi master nya (Tuannya).”. kasihan sekali.. Anda memandang tinggi pada bahasa itu tidak salah, tetapi memandang rendah kepada mereka yang tidak sehebat anda itulah sikap hamba jajahan, Jika anda ingin tahu, sikap ‘tuan’ kepada anda itu jauh berbeda. Idea itu didengar mereka dahulu, selagi mana maklumat itu mampu mereka hadami. Alhamdulillah bersyukur Allah mampu c...