Lensa Jendela
"Wei, lambatnya taip " sengaja mengusik ketika menunggu seorang lelaki membalas perbincangan kami dalam ruangan facebook chat. "Aku ni menulis dari hati, sebab tu lambat., bukan macam ko tulis tak pikir" , balasnya pula berang. Ketawa sendiri apabila membaca tulisannya itu yang mengambil 1 minit juga untuk di tulis. TEORI ITU KALORI Kami berbincang berkenaan soal jodoh. Sahabat ini meminta pandangan berkenaan perkahwinan. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sudah beramal, dan bukan sekadar berteori, saya merasakan lebih tetap dalam memberi pandangan. Banyak berteori kita hanya menambah kalori pemikiran.. lama kelamaan kita akan menjadi malas bertindak. Tindakan itu perlu untuk membakar kalori tersebut kepada semangat, dan mungkin menjadikan otot pemikiran kita bertambah pejal, dan seterusnya mengelakkan dari menjadi hipokrit basi. :) Kami bercerita perkara biasa, iaitu perihal cinta, dan hal kehidupan. Kedua-duanya adalah komplementasi, seperti j...