Chapter Baru, by default

 

Salam,

Saya menulis selepas hampir 3 bulan setelah menjadi seorang suami. Hidup nyata rasa berbeza. Terlalu awal untuk dikongsikan bersama. Sememangnya mengenali pasangan ada peringkatnya, seperti mengambil SPM juga. Seterusnya sijil, diploma, ijazah, master dan phd. Mengenali itu tidak mudah dan tidak mengenal lelah, kerana jika hati mahu, semua jadi.

Fikiran kini merasa amat tenang. Tiada lagi jiwa bergelora. Hampir-hampir semua kenalan yang dikenali selepas mengakad janji tidak diingati nama dan muka, nyata petanda pencarian penghuni hati sudah pun berakhir.

Alhamdulilah, aku sudah berjumpa “Hawa”ku. Dialah penenang jiwa dan hati, bukannya si jelita pemening kepala. Aku bersyukur.

Chapter baru by default kerana kehidupan bujang telah tamat, kini kehidupan berdua, suka dan berduka dikongsi. Alhamdulllah.

Belum bersedia rasanya untuk menulis hal-hal berkaitan hidup di blog terlalu panjang, kerana ia pasti berbau jiwang dan cinta semata. Insyallah, kini sedang sibuk sedaya upaya untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat phd.

Doa-doakan tuntas.

Smile

Comments

inisuha said…
tgk entri je pun dah best.doakan kitaorg jugak, semoga dpt buka chapter baru by default jugak :)
pali said…
salam,

yeke? tahniah! "kitaorg" tu sapa ye? Bila tu? insyallah dan ameen atas wish tersebut.
inisuha said…
pali,

kitorg2 yg tak kawin lagi la.haiyoh, sudah salah faham.
boundaries said…
agree...baca yang ni pun dah best...kegembiraan terlahir dengan melihat kegembiraan sahabat^_^
pali said…
suha,

OIC. insyallah dan ameen


huda,

thsnks, kami juga mendoakan kebahagian sahabat2 semua. :D

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated