Salam, 
Seperti  seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK  BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA.  Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH.
AIR + MINYAK=? 
Sama  seperti amalan apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika  diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas,  mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut  dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan  minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar-samar.
Kalau  diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak  payah diajar, secara free boleh jumpa amalan-amalan ini dimana-mana, Bulan Al  Quran diturunkan, amalan digandakan, ditutup pintu neraka dan dibuka  pintu syurga seluas-luasnya.
POSA YOP!
Ramadhan  yang penuh rahmat, mardhatillah dan baraqah ( apa-apa lagi la perkara yang  baik). Berpuasa ini Allah kata untukNya, dan sebagai balasan akan  dibalas dengan perkara yang lebih baik, yang kita sendiri tidak  mengetahui apakah itu? Allah SWT Maha Mengetahui keperluan hamba2Nya.
KURANG
Kalau pakar pemakanan ( diatetik?) sarankan kurang  makan makanan ringan dan makan banyak makanan seimbang, masa ini lah  kita perlu kurangkan amalan yang lagha (ringan) dan ambil amalan yang  sihat untuk RUH.
hurm.. tengah cuba nak kurangkan 
1. YM
2. MSN
3. Facebook
4. Friendster
5. Blogging
6. Melayari internet.
Kerana  pada masa yang terlabur untuk perkara diatas bukannya sikit. Kalau baca  Quran mau Khatam 3 juzuk dah kau! Huhuhu, Insyallah, akan cuba  kurangkan, mungkin seminggu sekali, cuba lihat macamana. Insyallah. 
Bulan ramadhan adalah bulan untuk mencapai satu perkara terulung, yakni TAQWA. Jika mahu diet, cemerlang dalam akademik, sahsiah, banyak bersedekah, solat qiam dan banyak lagi amalan yang baik memerlukan TAQWA sebagai enjin.
Dengan kata lain, di hujung Ramadhan ini nanti, satu perkara yang dicapai ini (TAQWA) mampu merealisasikan apa juga cita-cita dan azam untuk Ramadhan dan bulan-bulan berikutnya.
kalau mahu target, mulakan dengan kecil dan remeh dahulu, dan baik pada masa yang sama mempunyai sasaran yang besar juga, seperti killing 2 birds with one stone?
Dengan kata lain, di hujung Ramadhan ini nanti, satu perkara yang dicapai ini (TAQWA) mampu merealisasikan apa juga cita-cita dan azam untuk Ramadhan dan bulan-bulan berikutnya.
kalau mahu target, mulakan dengan kecil dan remeh dahulu, dan baik pada masa yang sama mempunyai sasaran yang besar juga, seperti killing 2 birds with one stone?
Ok, Salam Ramadhan, dan selamat beramal~ :)
 
 
2 comments:
wah pali...memang betul...kalau tolak semua masa yang huda duk tengok facebook ni..dah siap tesis huda^_^
takpe. lepas ni usaha lagi. chayok2! :D
Post a Comment