Saleem majnun

Saleem mengeluh lagi hari itu. Sejak mengenalinya 6 bulan yang lalu, hampir setiap kali dia membuka suara, pasti dia akan berkata, “Saya rindukannya akhi”

Sekadar lafaz sahaja. Puas kami memujuk Saleem supaya bertindak cerdas. Nyatakan hasratnya melalui perbuatan, bukan berulang-ulang memberitahu kami perkara yang kami tidak dapat ubah melainkan Saleem. Tidak betah rasanya memberi nasihat yang sama berulang-ulang kali.

Kami faham, Atikah yang dari Saudi dan Saleem dari negara yang berjiran dengan India agak jauh dari segi budaya, tetapi di USA segalanya mungkin. Mungkin rasa inferior bila melihat solehan Atikah yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam phd, dan merasakan dirinya yang akan tamat ijazah tidak lama lagi membelenggu. Saleem bukannya tiada matlamat hidup, insyallah dia akan pulang ke negara kelahirannya untuk meneruskan bisnes keluarga. Bukan cikai-cikai punya.

Tidak dapat dinafikan, setiap Hawa ada Adamnya, dan setiap Adam ada Hawa, Hawa, Hawa dan Hawanya.. :)) Pencarian setiap pasangan dalam hidup adalah seperti sunnah Adam dan Hawa yang telah dicampakan ke dunia di dua tempat yang berasingan.

Ya! Saleem perlu bertindak!.

health-piclink

 

Laila dan Majnun

Orang yang jatuh cinta itu seperti orang yang mabuk-mabuk. Jika datang dekat, dan diberi rasional keadaan dan kaedah, segala pesanan itu akan dimuntahkannya kembali. Seperti kisah Kais yang amat menyintai Laila.

Satu hari orang ketika sedang sedang solat, datang kais melalui lalu berkata, “Laila.. Laila”. Sehabis sahaja solat, datang beberapa jemaah bertemu Kais dan berkata,

Wahai Kais, tak nampakkah kamu yang kami sedang solat? Mengapa mengeluh sebegitu? Anda mengganggu solat kami!”

bentak salah seorang jemaah dengan marahnya.

Kais yang masih mabuk cinta itu pun berkata, “Wah, ini sangat pelik wahai saudaraku.. kerana bicara cintaku pada Laila lebih kuat dari kekhusyukan solat kamu kepada Maha Pencipta!”

Berlalu terus pergi Kais meninggalkan para jemaah itu yang dalam keadaan terpinga-pinga.

370px-Layla_and_Majnun2 link

YANG MANA SATU?

Benar, Atikah yang dirindui secara diam oleh Saleem  menepati beberapa ciri umum yang baik untuk dijadikan calon isteri. Sememangnya dari pandangan jatuh ke hati. Ada dua kategori yang saya dapat simpulkan disini. Kategori pertama, wanita yang apabila kita melihatnya, terus akan teringat Allah (bukan teringat, owh~ cunnya! menarik! cantik baju dia! ~).

Apa yang dizahirkan oleh penampilan, itulah nilaian kefahaman. Niat itu tidak termampu kita menilai, seperti kata Ibnu Mas’ud, ramai manusia mempunyai NIAT yang baik, tetapi tidak ramai yang mampu menyampaikannya dengan baik dalam bentuk perbuatan. Kerana itulah segala ganjaran dan hukuman kita dilandaskan atas perbuatan, bukannya niat.

Kategori kedua tidak dapat dilihat kebaikan dari agamanya dari segi penampilan, tetapi bila mula berdialog atau berbicara, terserlahlah kefahaman dan keintelekkannya dalam memahami saranan agama. Mereka inilah wanita yang mempunyai potensi. Agama seorang wanita itu bergantung kepada suaminya.

Sebaik mana pun wanita itu sebelum bernikah, jika ditakdirkan dimiliki oleh seorang yang bukan sahaja tidak mampu menghargai yang diibaratkan seperti tulang rusuk itu, malah lebih membengkokkan yang sedia lurus @ kurang bengkok, akan mengundang musibah kepada wanita.

TEMUDUGA.

Ya, encik, jika saya dapat kerja ini, saya berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya kepada syarikat!” bersungguh-sungguh Johan mengiyakan janjinya semasa sesi temuduga itu.

Tetapi selepas beberapa tahun berlalu, Johan mula mengeluh, mencuri tulang, ponteng (worst case scenario la ni, tak semua cam ni ye) berbeza dari apa yang dijanjikan mula-mula dahulu semasa temuduga.

Kisah sebelum perkahwinan pun begitu juga. Semasa bertunang, sentiasa benchmark untuk berubah diletakkan selepas berkahwin,

“Nanti lepas kahwin, barulah I nak pakai tudung.. lepas kahwin, begitu dan begini” Panjang sungguh janji. Semua disandarkan kepada “Saya mengharapkan bimbingan awak wahai bakal suami”.

Bukan apa, takut apa yang dijanji hanya tinggal janji. Kasihan kepada pasangan. Yang diharapkan adalah potensi yang menjadi kenyataan , bukan harapan hanya tinggal impian

Benar itu tanggungjawab suami. Persoalannya, adakah mudah untuk menghargai tulang rusuk yang kurang kalsium. Sentuh sikit patahh, tak habis- habis patah. Tak fleksibel lansung. Hanya cantik untuk pandangan. Nice to see and nice to hold but if its broken consider sold! (hahaha, pe kaitan?)

Bakal pasangan (lelaki dan wanita), silalah berubahlah hari ini juga, kenapa  perlu tunggu NANTI?

ps: Saleem juga tidak putus-putus menyuruh saya memperkenalkan mana-mana wanita yang baik dari Malaysia. Adik-adik perempuannya belajar di UIA. Kepada yang berminat, sila hubungi saya, ok? :D

Comments

fahima_azira said…
tp sometimes benda2 mcm tu adalah cabaran buat suami utk membentuk tulang yg bengkok tu..kalo dapat2 memang dah lurus, alhamdulillah senang hidup dunia akhirat..

wahai suami dan bakal2 suami, jgnlah terlalu mencari kesempurnaan pd teman hidup anda yg bergelar isteri dan bakal isteri..kerana tiada siapa yg perfect kat dunia..tp sebaliknya..anggap yg kurang sempurna itu adlh cabaran dan tanggungjawab dalam hidup anda sbg seorg khalifah untuk melengkapkan dan menyempurnakan yang kurang sempurna itu..

tanpa cabaran tiada indahnya hidup ini..hidup akan terasa cepat bosan..sebab semua yg nak dah dapat...

well, benda ni terpulang pd pendapat msg2..
pali said…
ukhti fahima..

seperti yang saya maksudkan dalam title blog saya

" Being a perfectionist is a must only when facing a hypothetical situation.Put them aside after that"

adalah intipati hidup yang dapat saya simpulkan dalam masa 2 tahun ini.

Benar, kesempurnaan dan harapan itu jangan terlalu kaku dan idealis, kerana tidak ada manusia yang benar-benar sempurna. Walhal yang menulis entry ini pun tidak sehebat mana.

kerana itulah saya suka ungkapkan pencarian bukan sekadar seorang isteri, tetapi juga "rakan karib seumur hidup" yang mampu berkongsi, bukan sahaja dalam mencorak hidup suami, malah juga isteri dan anak-anak mereka.

Fikirkan, sebagai sahabat karib, sudah mesti mahu memudahkan sahabat karib itu dalam urusannnya. Suami WAJIB mencari nafkah, membentuk anak-anak dan membimbing isteri.

Kerana itulah kategori kefahaman agama sebagai cara hidup amat saya titik beratkan dalam pemilihan ini, berbanding 3 ciri yang lain.

Yang dimahukan adalah penyejuk hati dan mata, bukannya si jelita pemening kepala.

Seperti doa yang selalu dilafazkan,"Ya Allah, kurniakan kami isteri, anak-anak yang menjadi permata penenang hati, dan jadikan kami dikalangan imam yang bertaqwa." Ameen.

Afwan. :)
fahima_azira said…
si jelita pemening kepala? fulamak..best nye frasa tu ..huhu..
setuju2 dgn post tu
Za's said…
Post yang menarik...tahniah!! andai benar bagai dikata, sekiranya saleem sdg mencari, ana ada shbt utk dicalonkan..:D
pali said…
za, bleh contact ana melalui fb? kita sembang details situ. ok?
Kopiah Senget said…
Salam bro;

Really nice article to read. Keep writing! hehehe (bunga2 orang bercinta kah? or orang baru habis fasa pertama dan menunggu fasa ke dua?) hehe
pali said…
Kupiah senget,

Makasih, bukan bunga orang bercinta, tetapi baru nak belajar bercinta. Ya akan masuk fasa kedua, cinta terhalal. hahaha~

Popular posts from this blog

Ada udang di sebalik mee

Bergantung harap