Sebulan lebih sudah
Salam, Sudah sebulan lebih saya meneruskan pembelajaran. Agak terkejar-kejar juga akibat rehat terlalu lama. Setahun itu masa yang panjang. Namun ianya dirasakan seperti mimpi “Fadhli, congrats! ” ujar Mithu, post-docs yang sedang sarat mengandung anak keduanya. “ Thanks!”, balas aku pendek dan tersenyum. Biasanya kami sembang-sembang kosong sebegini pada waktu tengahari (lunch hour) atau ketika hampir waktu pulang, sedang dia menunggu suaminya Divindu yang berkerja di banggunan lain. “You have been promoted from Msc to phd. How does that feel?” tanya beliau lagi. Mataku ketika itu sedang asyik melihat kecantikan pepohon sakura yang sedang mekar berkembang. AKu mengalihkan pandangan ke arah Mithu dari jendela tujuh (Windows seven) dihadapan. “Frankly speaking, I feel like I was sleeping for one year, having a good dream, and just wake up this morning and find myself still stuck at this place!” cubaan untuk melawak dalam english. Bukan setakat kelas itu terkejar-kejar...