Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang?
Dan “pedang” inilah juga yang akan dikunci oleh Allah SWT di Masyar nanti. Dibuka ketajaman anggota lain untuk bersuara, mengadu perlakuan diri.
Jika baik perlakuan, ia akan menjadi nikmat. Jika tidak, anggota tubuh yang bersuara akan mengheret diri ini ke neraka.
Benar kata RSAW; berkata lah sesuatu yang baik @ senyap itu lebih baik dari berkata sesuatu yang sia-sia.
Kurang bercakap, kuranglah hati lain terasa,
Kurang hati terasa, kuranglah kita berdosa.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama kita?
(aiseh, jadi pantun pulak. yang last tu piching tarik kasi tinggi. hahaha)
EMOSI
Laki juga ada emosi. Cuma tidak pandai mengzahirkan melalui percakapan. Kami lebih jelas terzahir emosi melalui perbuatan/ perlakuan.
Wanita kalau emosi (MARAH), mulutnya bisa. tangan pun paling hebat menarik lambut sambil bunyi2 mulutnya tidak putus2.
Lelaki kalau emosi (MARAH), penumpuk penerajang bisa dibagi. Cakap banyak takde. Setel macam gentlemen, konon.
Lelaki & wanita dalam konteks emosi SAYANG pula ada persamaan. Secara lisan dan perbuatan, bila dua hati memahami, dua jiwa menjadi satu.
Maka frekuensi perbezaan hati itu disamakan. Maka tercetuslah FREKUENSI CINTA.
Bahasa-bahasa yang tergetus dari frekuensi ini sukar difahami oleh orang lain. Tak kiralah bahasa seorang hamba dengan tuhannya, @ bahasa seorang Adam dan Hawa.
LELAKI PALING HEBAT.
Lelaki paling hebat, bukan bermakna lelaki yang kuat tenaganya, kacak rupa parasnya, amat romeo, paling kaya, paling pandai, paling seksi dan sebagainya.
Lelaki paling hebat adalah lelaki yang paling dapat kawal emosi (merujuk kepada emosi manusia; gembira, sedih, marah, dsb).
Saidina Umar r.a sendiri sahabat nabi adalah antara sahabat yang paling dapat mengawal diri bila dengar kalam Quran semasa beliau menjadi khalifah. Beliau pernah diherdik oleh seorang pakcik yang dibawa berjumpa oleh sahabatnya. Pakcik itu berkata;
SELAMA KAMU JADI KHALIFAH, KAMU TAK PERNAH BERI KESENANGAN PADA KAMI! bentaknya bersungguh2! Marah betul pakcik tu. Kenapakah?
BULEH??
Islam pada waktu itu sudah menguasai 2/3 dunia. Boleh pula ada orang sound direct begitu?
Umar menjadi sangat marah dan EMOSI. Sahabatnya itu terkejut & panik lalu membaca sepotong ayat Quran,
terus Umar tidak jadi marah. Senyap Umar bila mendengar ayat itu. Cool jee lepas tu. Best la kau Umar.. (pakcik tu tak tau kot Umar dah buat jasa apa. So Umar pun bersangka baik la gamaknya)
*bodoh disini boleh jadi bermaksud orang yang tak tahu.
Hebatnya jiwa sahabat yang cintakan Nabi dan Quran.
MENANG (Happy ending)
Kemenangan itu juga dijanji oleh Allah kepada orang yang sabar. Sabar itu separuh dari iman.
kan? (semua senyap je..oh, dah aplikasi? waa~):P
Apapun,
“Biar tahu yang menulis ini manusia biasa, bukannya malaikat” tagline aku pada satu ketika.
“Tapi pali, kekadang manusia biasa pun boleh lebih tinggi darjatnya dari malaikat, sudah termaktub dalam Al Quran! “kata seorang teman menegur.
“Oh, begitukah? Benar juga.” aku membalas tersenyum.
Nabi Muhammad SAW, manusia yang paling pandai mengawal emosinya (sila rujuk sirah nabi, berlambak hadith), para ulama, mukmin dan muslim selagi mana yang mempunyai nafsu, jadi hebat jika IMAN dan TAQWA mampu mengawal amarahnya! tambahnya lagi.
Jika begitu sahabat.. doa2kan kita semua sampai ke sana.
\(^;^)/
yang bernafsu Lawamah.
(insyallah kot. nak kata nafsu amarah mungkin tak, nafsu mutmainnah jauh sekali..)
Pali.
Tambahan: cakap sia2 ni bermakna mengumpat, bergosip, memaki, memfitnah dan lain2 lagi sifat mazmumah.
TAPI kalau suke bergurau dengan kawan2, jenis yang peramah itu ok. :D