Posts

Showing posts from August, 2011

Lensa Jendela

Image
"Wei, lambatnya taip " sengaja mengusik ketika menunggu seorang lelaki membalas perbincangan kami dalam ruangan facebook chat. "Aku ni menulis dari hati, sebab tu lambat., bukan macam ko tulis tak pikir" , balasnya pula berang. Ketawa sendiri  apabila membaca tulisannya itu yang mengambil 1 minit juga untuk di tulis. TEORI ITU KALORI Kami berbincang berkenaan soal jodoh. Sahabat ini meminta pandangan berkenaan perkahwinan. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sudah beramal, dan bukan sekadar berteori, saya merasakan lebih tetap dalam memberi pandangan. Banyak berteori kita hanya menambah kalori pemikiran.. lama kelamaan kita akan menjadi malas bertindak. Tindakan itu perlu untuk membakar kalori tersebut kepada semangat, dan mungkin menjadikan otot pemikiran kita bertambah pejal, dan seterusnya mengelakkan dari menjadi hipokrit basi. :) Kami bercerita perkara biasa, iaitu perihal cinta, dan hal kehidupan. Kedua-duanya adalah komplementasi, seperti j

Alisha Humaira

Image
Salam, Maaf kalau penulisan seperti puisi,  dah menulis karangan sebelum ini,  Seperti terlalu banyak untuk dituliskan,  terlalu banyak untuk dikongsikan  Menurut doktor dari pemeriksaan,  jangkaan bayi dilahirkan adalah pada 20 Ogos 2011, Dipendekkan cerita yang panjang,   Tiket penerbangan  pada 15 Ogos 2011. Yakinilah jodoh itu sudah tersurat di Luh Mahfuz   Takdir Allah menemukan kita.. Alhamdulillah.  Pagi sabtu 13 Ogos isteri mengadu sakit,  Sejurus selepas suami sihat 5 hari demam dan sakit, Selepas 6 jam menunggu diluar wad bersalin, Bersama abah dan ma mertua serta mok, Kurang 15 minit matahari diatas kepala, tiba-tiba 'misi; berkata, "Mana suami Tengku Fahima ye?" Maka masuklah ke dalam wad mencari-cari, dengan pelbagai perasaan bercampur di hati. Ya Allah Ya Robbil Alamin,  Permudahkanlah urusan hambaMu ini.  Akhirnya duduk disisi isteri, selama 15 minit paling panjang dalam hidup, melihat isteri sedang dalam kepayahan, Bersyukur aku ya Allah,  Alhamdulila