Posts

Showing posts from September, 2018

Bergantung harap

Image
" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati saya. Memutar kembali peringatan dari yang lebih berilmu. Saya akur. LAIN PADANG LAIN BELALANG Semasa di bumi Uncle Sam, meskipun pernah pada satu ketika saya tidak mempunyai sokongan- kewangan, insuran, sara hidup; saya masih lagi merasakan sokongan dari orang sekeliling. Samada di tempat kerja, atau di luar tempat kerja. Pernah juga salah seorang rakan sekerja salah faham dengan saya ,tetapi beliau masih mengatakan, " Fadhli, if you need anything or help for your PhD, I will try my best to assist you" Dia mengaku dia tidak memahami kenapa sukar saya untuk fokus dalam pengajian PhD ini kerana semasa Master degree fokus saya berbeza. Dia tidak tahu kerana saya tidak beritahu. Dia tidak faham kerana budaya, bangsa, bahasa dan umurnya sangat berbeza dengan saya. Masakan sama dengan orang yang mula makan garam dengan