Keynotes: BJJIM-part 2

KEYNOTES: Bila jari jemari ini menari-part 2

(maaf, mula2 nak update keynotes untuk entry; BJJIM-part 2. terlalu panjang, rasa elok dijadikan entry baru.)

Bismillah.

Aqidah ini bukan boleh digapai dengan mengikut orang lain, seperti politik, muamalah, jinayah dan munakahah. Ia juga tidak mampu dibahaskan dengan baik di dalam blog. Perbincangan yang panjang dalam blog berkenaan aqidah saya tidak nampak sangat kebersanannya. Lebih baik belajar dari ustaz/ ustazah yang terdekat.

Surah At Taubah; 24  menjelaskan apa sahaja yang bergelar MAKHLUK jika merasakan lebih penting @ superior dari Allah dan Rasul, ia tetap syirik, walaupun tidak sedar. Sebab itu kita perlu memperbaharui syahadah dengan solat 5 kali sehari, dan sentiasa beristigfar bila terasa melakukan kesalahan. Supaya godaan syaitan itu putus.

MAKHLUK bukan maknanya sekadar blog sahaja.

Boleh juga terdiri dari manusia, gundam, mainan, sukan, perempuan, lelaki, artis, ustaz, ulama, perdana menteri, mantan, parti politik, obama, kucing, tikus, kambing, ayam, bla2 * apa sahaja makhluk, jika rasa sayang dan kepercayaan itu terlalu @ taksub itulah yang dilarang.

situasi 1. Berguru dengan ustaz/ mualim

Menuntut ilmu itu bagus dan dituntut dan dipuji dalam Islam. Mencari ilmu itu hendaklah dengan berguru. Berakhlak dengan guru itu sangat dituntut. tapi yang perlu diletak dihati bukan guru, tetapi ilmu @ amanah yang disampaikan, kerana ulama itu pewaris nabi.

Jika menuntut ilmu, guru terasa lebih terkesan dihati,  sehingga orang lain semua nampak tak best belaka, maka kemungkinan besar kita tersilap. Boleh mengkagumi orang alim, tapi ikutan kita AL Quran dan Sunnah.

Semakin belajar agama semakin tak tenang, rasa tertekan. Kenapa ye?

Islam itu cara hidup. Nabi dah pesan ditinggalkannya 2 perkara, Quran dan Sunnah. berpegang kepadanya tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana hidayah Allah itu ada. Memang ada disebutkan ulama itu pewaris nabi. Tapi tidak pernah pula dikatakan ada perkara ketiga yang nabi tinggalkan seperti IKUTlah pewaris semata-mata (ulama, tok guru) mahupun pewaris jari hantu.. hahaha.

Jika mendalami ilmu agama menyebabkan diri makin tertekan, rasa tak ceria, sikap berubah menjadi lebih murung, dan melihat orang lain jahat belaka, rasanya kemungkinan tersasar dari 2 perkara yang diguna sebagai kompas itu.

Akhlak Nabi itu bagaimana? Bukankah Akhlak baginda seperti Quran jua? ORang disekiling terasa sayang dengan baginda, dan baginda tidak emosi, sayangkan semua orang termasuk umatnya. taukan sebelum mati nabi menyebut, ummati, ummati.. tapi kebanyakan kita termasuk saya kini masa hidup ini banyak menyebut, tok guru ini berpandangan.! tok guru ini berpandangan!

BUKANNYA TUAN GURU@ USTAZ BOLEH BERI SYAFAAT DI MASYAR. Semua itu RSAW. TAPI dengan guru mesti berakhlak, cuma niat dihati perlu diperbetulkan. Belajar dengan banyak guru, niat untuk mempelajari agama, mengikut tauladan rasul tercinta. bukan untuk be”rasul”kan tuan guru tersebut. Insyallah, jika begini, kita akan lebih terbuka dalam melihat khilaf.

 

Situasi 2: “Ibarat KERIS, letaknya ditangan, letak dihati maknanya dah menikam diri, tapi jika wahyu ilahi yang diisi, apa jua ditangan akan bijak beraksi.”

 

Interpretasi ayat ini bergantung kepada pembaca.

Jika anda

PAS/ PR: untuk PR bukit gantang, undilah pas, kerana umno keris ( sultan dan parti umno) merupakan perkara yang diletak dihati, sepatutnya islam itu yang diletak!(mesti ada yang nak saya kata begini. tapi saya menulis dari sudut pemikiran penyokong PAS) 

Bagaimana jika bulan yang diletak letak dihati? ukur baju badan sendiri.

UMNO/BN: Ditanganku ada keris yang diperjuangkan, tapi dalam hatiku ini tetap Allah dan Islam menjadi isi. Jadilah UMNO yang beriman dan soleh @ solehah! ( UMNO JOHOR-yea~)

Melayu Muslim atau Muslim Melayu? Islam hadhari @ Hadarah islamiyah? Beruk Pak Mail @ Pak Mail Beruk?

orang yang biasa2 neutral;tak suka politik; nak bermuhasabah.

maknanya kita perlukan kepada Aqidah yang mantap. Jadi biar dicampak di laut jadi pulau, dicampak di darat menjadi pokok yang baik. Jika terasa kurang, tuntutlah lagi. Jangan malu mencari ilmu, kerana dengan itu ilmu tidak akan malu mencari kamu.

Situasi 3: Seorang pendakwah

Kaji dan hayati akhlak Nabi. itu ja. Memilih bulukah baginda? Baginda emosikah ketika badwi menarik bajunya? Baginda menengkingkah ketika melihat orang kencing di masjid? Baginda biaskah ketika menguruskan negara, hatta dengan Yahudi??

IMAM kita bukan ustaz, ustazah, ulama2. Meraka itu SAHABAT yang WAJIB didekati. Tautan ukhwah dan hati antara kita dan mereka, bukan sehingga menjadi sebahagian dari iman (idola, pujaan dsb).

IMAM kita hanya NABI MUHAMMAD SAW!

Saya masih dalam proses memuhasabah dan pembinaan diri. Pujian-pujian itu amat tidak bagus jika ingin diberi. (kekadang aku pun buat juga. this is sewious~hahaha. pandai2 la tengok keadaan macamana).

Yang islam suka, mendoakan sahabat. Berdoa dihadapan orang yang didoakan bukan perkara yang tak elok. Malah dipuji agama. Tapi perkara yang paling baik adalah mendoakan saudaranya dimasa keadaan dia tak tahu. Pada masa ini jika berdoa untuk dia, barulah tahu kita benar2 ikhlas atau tak.

ps: biar yang membaca tahu yang menulis ini manusia biasa, bukan malaikat, mahupun sebaik manusia Agung ( Nabi Muhammad SAW)

-anak murid tumpang belajar-

sori naa, kalau terkasar bahasa.. nak cerita pasal gundam pun tak leh lagi ni. huhuhu.

Comments

Anonymous said…
bro, masih puitis.. :P

tapi insyallah untuk muhasabah juga.
pali said…
@anonymous..

rasa nak nangis..nak simple mcm lagi ye...

takpe, jom bertatih satu persatu.

chayok2! :D
Nadiah Sidek said…
waduh2. knp rs pening bc entry (sesetgh ayat) pali kali ni..? uhuk!
pali said…
@ kak nadiah,

ayat yang mana ye? saya pun "uhuk" jugak.

ps: kirim salam zaki & baby safiyah, kata uncle kirim salam~:D
Deen said…
PAS menang di bukit gantang. :)
pali said…
@ deen,

tahniah untuk pas!!

untuk BN, muhasabah kembali dan cuba lagi. chayok2!

ps: bunyi macam neutral je. but i'm not~~
pali said…
@ Maliana,

Ooo, sokong BN ye? BN itu mukhtamad ye? ok. takpe. :D

ps: pura-pura dalam perahu, kura kura tak tahu ( memanglah!; hahaha)
Jihad said…
Saya sokong Islam=)
Jihad said…
Watpe plak trsedaknya tu?=)
pali said…
biar tahu yang menulis adalah manusia biasa, bukannya malaikat..

(buleh?)
i'm not really get the point u want 2 stressed out here, but i give my commented...:D

okay,
a'tiu Allah
wa a'tiu Rasul
wa ulul amri minkum

biasa kita dengar ayat ni...
sememangnya imam kita adalah nabi Muhammad saw
itu adalah hakikat

namun dalam islam adanya prinsip kepimpinan
nabi sendiri menyuruh kita memilih pemimpin bila musafir
maka perlu kita fahami islam menitik beratkan sola kepimpinan

Tanggunjawab pemimpin bukan sekadar membawa kebahgiaan di dunia, malah yg lebih utama di akhirat sana...

sebab itu dalam ayat tadi, taat pada Allah dan rasul itu mutlak!!
namun kepada pemimpin di kalangan kamu tidak pernah sekali-kali mutlak!! ada batasannya

bila mana pemimpin melakukan sesuatu yang bertentangan dengan asas keadilan
(meletakkan sesuatu bukan pada haknya)
maka dia boleh ditentang, ketaatan tidak dituntut kepada pemimpin ini.dan perlu kita ingat haq Allah lebih utama dari haq bangsa, tanah air, keluarga, diri dan sebaginya

dalam aspek kepartian, sebagai seorang yang mengucap kalimaah syahadah dan meletakkan RSAW sebagai imam kita, maka perlu kita memilih mereka yang benar-benar akan melaksanakan segala ajaran baginda.

PAS atau UMNO, cuma parti, kenderaan ke arah mencapai matlamat itu, kalau dengan mengundi UMNO benar-benar meletakkan islam di tempat yg tertinggi itulah pilihannya, bukan ditentukan bedasarkan siapa di dalamnya, bukan berdasarkan sejarahnya atau perlembagaannya

Tetapi ke mana kepimpinan mereka, adakah selari dengan Quran Sunnah?
sebab itu kita biasa dengar Nik Aziz kata, kalau UMNO nak bw islam, kita bubar PAS, masuk UMNO semua...

jangan kita bersama atau menyokong mana2 pihak kerana ada kepentingan lain selain mencapai matlamat islam, meskipun kepengtingan bangsa..adakah seorang perdana menteri, sultan itu lebih mulia dan masih wajib ditaati ketika mana dia membelakangkan keadilan dan membelakangkan ajaran baginda, meskipun beragama islam?

Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi...
pali said…
@ ashraff,

terima kasih bro. semoga sihat di bumi minden dengan thesis.

entry diatas berkenaan AQIDAH. Apa yang anda bincangkan adalah lanjutan kepada perlakuan tersebut, yakni SIASAH.

Terima kasih atas perkongsian.

"living is sharing" -chee..

ps: disini bila mengkritik sesuatu di ajar menilai secara neutral, no bias. :P
pali said…
@ All,

perbincangan tentang SIASAH, MUAMALAH, MUNAKAHAH, JINAYAH dan AQIDAH boleh dilihat pada list "TOK GURU PIMPIN KITO"

pilih yang mana satu~

"living is sharing" (chewah)

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated