Posts

Showing posts from January, 2011

Chapter Baru, by default

Image
  Salam, Saya menulis selepas hampir 3 bulan setelah menjadi seorang suami. Hidup nyata rasa berbeza. Terlalu awal untuk dikongsikan bersama. Sememangnya mengenali pasangan ada peringkatnya, seperti mengambil SPM juga. Seterusnya sijil, diploma, ijazah, master dan phd. Mengenali itu tidak mudah dan tidak mengenal lelah, kerana jika hati mahu, semua jadi. Fikiran kini merasa amat tenang. Tiada lagi jiwa bergelora. Hampir-hampir semua kenalan yang dikenali selepas mengakad janji tidak diingati nama dan muka, nyata petanda pencarian penghuni hati sudah pun berakhir. Alhamdulilah, aku sudah berjumpa “Hawa”ku. Dialah penenang jiwa dan hati, bukannya si jelita pemening kepala. Aku bersyukur. Chapter baru by default kerana kehidupan bujang telah tamat, kini kehidupan berdua, suka dan berduka dikongsi. Alhamdulllah. Belum bersedia rasanya untuk menulis hal-hal berkaitan hidup di blog terlalu panjang, kerana ia pasti berbau jiwang dan cinta semata. Insyallah, kini sedang sibuk seday