Spring is here; Si penunggu setia
“Our strawberries in greenhouse have a lot of fruit right now~!”
tempik Kevin pagi itu dengan gembira. Teruja.
“Yeah, I do crown splitting, and got 80 pots last January.” sambil menunjuk isyarat “thumb’s up” kepada beliau.
“Its getting hotter now days. You should give them a visit today & see whether there’s need to give them water” cadang beliau
Aku mengangguk setuju. Kerja di lab di tangguh seketika, bersiap- siap mencari kunci dan topi, persediaan untuk panahan panas terik menyapa apabila kaki keluar melangkah dari banggunan berhawa dingin itu.
Dalam perjalanan ke rumah hijau tersenyum melihat yang dicari masih ada disitu. Setia menunggu.. seperti hari hari yang lain.
“Hai..” sapaku mesra.
_______________________________________________________
Awal Spring yang lepas;
“Beautiful, isn’t it?” tegur seorang pelajar yang baru sahaja mengesat peluh membersihkan persekitaran lanskap.
“Em, its beautiful..” aku masih terpana..
“the flowers only stay for two weeks before senescence”
terkejut sedikit aku dengan jawapan itu. Bunga yang cantik ini bertahan 2 minggu sahaja?
Oh..i see.. pandangku kepadanya, sambil tersenyum. Dia pun tersenyum juga dan kemudian menyambung tugasannya kembali. Sila-sila.
Kamera kesayangan dikeluarkan, dan “snap snap”. Beberapa keping gambar diambil, pada musim sejuk, awal musim bunga, dan pertengahan musim bunga.
Pada awal musim bunga.
Selepas 2 minggu.
bunga cantik itu telah tiada..
di pohon lain yang dahulunya baru bertunas kini berbunga.
Sedikit sedih melihat bunga- bunga yang kembang, kemudian gugur satu persatu. Bunga yang ketika kembang menjadi pujaan lebah & kumbang. Meskipun cuaca yang sejuk menyebabkan lebah malas untuk beradu ( memang memeningkan peladang disini). Pendebungaan susah untuk berlaku. Lebah malas, kumbang pun datang. Datang selalunya untuk merosakkan bunga.
Lebah jangan malas,
kumbang akan datang.
Bunga terus kembang,
madu akan hilang.
Tiba- tiba aku teringat dengan satu makhluk Tuhan yang amat SINONIM dengan BUNGA
Apa sahaja akan dikaitkan dengannya, sehinggalah kepada kenduri kendara.
Makhluk yang digelar
Sirap rose.
Buleh?
ps: tiba-tiba terasa amat puas hati bila mempublish entry ini. :D jangan ada bunyi “CESS” okay?
Comments
macam pernah dengar je perumpamaan tu..'RATUKU'..video clip yg femos dibuat oleh MPP UPM..include la skali video tu dekat entry ni..agar sinonimnye lebih jelas..
yeke? tak perasan pula. video klip yang mana ye?
ps: i cerita pasal sirap okay? :D
oo, pasal tu ka. rasanya sebagai orang melayu, perbandingan itu memang sinonim. Cuma kat sini baru belajar petani melakukan pendebungaan dengan menggunakan lebah. Jadi lebah baik, cuma jika cuaca mendung dan sejuk, lebah tak mahu keluar menghisap madu.
Kalau nak buat perbandingan lebah, kumbang dan bunga;
lebah; lelaki baik
kumbang; lelaki tak baik
bunga; pompuan (baik & tak baik)
lebah biasanya selektif memilih bunga. Tak semua bunga akan didebukannya. Polinasi selektif.
Kumbang? Hmm, entahlah. Habis madu sepah dibuang?
saya rindu sirap ros berais kat sini.
nak sirap limau, nak sirap limau..
:P
ini pesanan dari rakaman
TUT
"maaf lambat reply, tapi pali rasa BUNGA masih lagi sinonim dengan sirap rose.
jangan ada bunyi CESS."
TUT.
:D
sila sila.
:D
Spring mai aku asek sakit jek nih... huhu sabaq jek la
kalau sakit tampal koyok, kalau demam tampal koyok.kalau2.. dsb.
bro, gi jumpa dr la. ambik ubat. kalau takleh jugak, gi jumpa orang tuanya, ambik anaknya (doktor itu) dibuat teman. haha.
ps: kepada mr bee (suhaizi) jangan ditahan-tahan mengutip madu di bunga, kan dah jatuh sakit..:D
petang ni nak minun sirap limau la...:p
kirim salam mamu kafe harapan. :D
Grinning..
mawar itu nama bunga. :P
Weh, bila nak belanja aku gi Florida ni? Nak soh ko bawak aku gi Disneyland!
aku tak tau naz.. ada rezeki lebih insyallah la. disneyland ye? nak jumpa minnie mouse? ke donald duck? ke nak beli topi telinga tikus dia? huhuhu
takpe, ni mana2 ada bunga2 berguguran, aku ambik, ekstrak buat sirap, skali mandi bunga. :D
ps: cess...