Diari Pemburu: Decision & Position.-updated.

Jika anda yang membaca masih dibawah umur 18 tahun, sila dapatkan kebenaran penjaga/ @ ibubapa untuk membaca entry ini. Hahaha

Entry ini ditulis untuk mereka yang berada pada fasa cinta ketiga menurut Dr Fadilah Kamsah. Hanya untuk mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin. Secebis pemerhatian saya berikan, bukan berniat untuk mengajar, tetapi untuk bermuhasabah bersama.

Jika ingin menjadi pemburu, jadilah pemburu yang bijak. Berburulah dengan ilmu, jika tidak tahu, tanyalah kepada orang yang tahu. Dua perkara Basic dalam membuat keputusan, Decision dan Position. Kekeliruan dalam mengenalpasti akan menyebabkan kepada pencarian yang tidak sudah.

DECISION

Apa prinsip untuk berkawan? Mahu berkawan atau tidak? Kompius? Pening kepala? Busan? Tak tahu memilih? Tak reti menjawab? Ataupun berpura-pura bodoh unta?

Bagaimana untuk membuat keputusan? Apakah? (aksi orang confius memegang kepala)

Semua itu adalah dengan PILIHAN. Telah Allah berikan mandat itu kepada manusia, untuk memilih YA @ TIDAK,kerana telah dijanjikan bahawa Allah tidak akan aku ubah sesuatu kaum melainkan mereka ingin mengubahnya.

Jika sudah setuju untuk berkawan, apa langkah seterusnya?

512BKvXpUaL__SS400_

POSITION

Orang yang mudah hancur hatinya @ kompius perlu memahami konsep Partition Hati (Pali 2009, hehe). Jangan diambil mudah hal ini, kerana di dunia ini berapa ramai sudah merana kerana hal jiwa ini. Lelaki terutamanya di negara barat ramai yang membunuh diri setelah gagal mendapat cinta.

Teman/Sahabat Karib seumur hidup;

suami @ isteri. Ciri yang dicari oleh suami adalah 4 dalam 1, tapi pada masa yang sama hendaklah ukur baju badan sendiri selalu. Untuk yang masih single, tiada siapa yang memiliki posisi ini, calonnya mungkin ada, tapi hak hanya diberi setelah aqad oleh wali.

clip_image001[8]

Sahabat karib;

Sahabat yang menginginkan supaya sahabtnya mendapat manfaat yang baik dan menegur kesalahan sahabatnya itu jika melakukan kesalahan.

Tautan hati yang terbentuk dari rakan sejantina. Lelaki sahabat karibnya lelaki, wanita pun begitu juga. Saya tidak percaya berlainan jantina tanpa ikatan mampu menjadi sahabat karib, kerana potensi untuk naik satu level adalah tinggi

clip_image001[8]

Sahabat ;

seperti diatas, namun peratusan untuk berlainan jantina menjadi sahabat adalah kecil, kerana selalunya sukar untuk dikekalkan begitu. Basically, dia ingin anda bahagia seperti mana dia bahagia .

Kalau wanita digelar sebagai sahabiah, dan lelaki sebagai sahabat. Kebersamaan fikiran/ fikrah memungkinkan hubungan ini berlansung, kerana mungkin bergerak sama dalam kumpulan @ mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.

Bekerjasama sebagai sebuah pasukan.

clip_image001[8]

Kawan;

Orang yang dijumpai atas dasar @ alasan lain seperti kawan sepermainan, bola sepak, sepejabat, sekuliah, bermain games, tidak terlalu rapat, tidak terlalu tidak rapat dan selalu berada di masa gembira. Waktu sedih? Bergantung.

Kawan karib? Kawan yang selalu ada semasa anda perlukannya untuk bergembira. Waktu sedih? Hurm…Bergantung

Secara umum, dirinya dan anda tidak mengetahui banyak tentang diri masing-masing.

clip_image001[8]

Kenalan;

Anda kenal dia & dia kenal anda. Tahu nama masing-masing dan kewujudan masing2. Itu sahaja. Mampu membantu & itu juga bergantung pada masa, situasi anda dan dia bagaimana. Mungkin orang ketiga, dikenali dari orang-orang diatas. Naik taraf perhubungan berantung pada aktiviti bersama, dan kebersamaan dalam memahami diri masing-masing. Perlu ke? Hahaha

41OQJxLEUTL__SS400_

KESIMPULAN

Kita sememangnya TAMAK jika semua (insan berlainan jantina) yang dikenali ingin diletakan pada tahap “sahabat karib”! Tidak munasabah untuk menjadikan yang baru dikenali 1-3 tahun sebagai calon berpotensi untuk menjadi teman karib seumur hidup.

Namun perlu diingat, diantara perkara yang dirahsiakan oleh Allah selain dari kiamat, ajal, rezeki, adalah JODOH. Hidayah Allah akan memberi isyarat pada hati, kalau dah jodoh tak kemana, cepat lambat tak siapa dapat menduga, yang hanya boleh dilakukan adalah usaha.

Point disini, letaklah orang yang dikenali pada tempat yang betul, supaya tidak berlaku zalim dengan diri sendiri dan orang lain. dan tak perlu pening- pening lagi.

Yang paling penting, terutama apabila berlainan jantina menjalinkan salam perkenalan, NIAT itu perlu diperbetulkan, dan IKHTILAT (pergaulan terlalu bebas) antara bukan muhrim perlu diminimakan.

Tertarik saya pada satu kalimah semasa mendengar ceramah baru-baru ini.

“Kecantikan adalah Muqadimah!”. (Download ceramah disini)*

Ya, kerana selepas muqadimah itu, yang lebih berminat untuk diketahui dan dikenali adalah diri dalaman dan personality orang itu, kefahaman agamanya.

Selepas mengenal melalui komunikasi, barulah diketahui siapa insan sebenar disebalik pakaian kecantikan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita ini. Semua manusia itu cantik, kerana manusia itu adalah sebaik baik kejadian. Cantik itu subjektif, pada pandangan saya, cantik itu adalah pakej seperti yang dikatakan kebiasaan oleh Nabi, dan kecantikan hakiki adalah apabila Allah melihat manusia itu cantik taqwanya.

Yakinlah dengan janji Allah, lelaki baik adalah untuk perempuan baik. Dan jika ada yang berkata, saya tak baik pun, tapi pasangan saya baik, bersyukurlah bahawa itu adalah anugerah Allah.

ps: berkawan biar beribu, berkasih biar satu, berkawin biar yang empat dalam satu. Hahaha Tak mengapa TAMAK dalam berkawan. tapi perlu KEDEKUT dalam memberi tempat tertinggi dalam pilihan. Okesss??

*ceramah bila cinta bersemi oleh Ustaz Rushdan, MISG.

Comments

izah said…
lately byk pos tentang cinta je..adakah anda telah bersedia utk memasuki alam yg indah itu? hehe
fahima_azira said…
cite la pasal gundam plak...boring ar psl cinta..haha..
pali said…
fahima,

nak cerita pasal decision & position ja sebenarnya. Dan juga untuk menjawab persoalan beberapa sahabat berkenaan perkara ini. Kerana mereka masih kompius.

Baiklah, next entry will be gundam! yes3! (sudah mendapat sokongan)
pali said…
@ izah,

maaf atas komen sebelum ini. Insyallah akan dicuba, dikelek dan diniai dulu bagaimana saya ini. Doa2kan semoga kita semua mampu membawa amanah ini dengan kesedaran dan ilmu.

Ameen ya Allah.
Deen said…
pali

saya lelaki. perkara di atas siapa yg kena jaga dulu? Laki / wanita kena sama2 terlibat? Perasaan hati siapa dapat tipu kan? Kalau dah suka itu lebih baik kawin sahaja. Kalau tak mampu berpuasa? bagus entry. tindakan yg agak "berani".

:)
pali said…
@ deen,

salam persahabatan saya ucapkan. terlebih dahulu saya amat berbesar hati saudara masih mengikuti blog saya yang tidak seberapa ini, sejak tahun lalu.. semoga tautan ukhwah dan perbincangan ini ada manfaat bersama. :D

untuk yang sudah selesai dengan pilihan,@ sudah berkahwin, entry ini mungkin bukan apa2 pada mereka. Tetapi jika memikirkan untuk mereka yang belum berkahwin lagi, ia seperti satu muhsabah untuk menetapkan pilihan dihati.

Kata kunci dalam pilihan, REALISTIK dan UKUR BAJU BADAN SENDIRI. Tidak la saya katakan saya ini terlalu baik dan menginginkan wanita yang terlalu sempurna. Kerana bagi saya semua muslimah itu seperti Nabi kata, baginda amat menyayangi mereka semua.

SAYANG kepada bukan sayang untuk MEMILIKI, tetapi lebih kepada untuk melihat muslimah/ wanita/ asalkan pompuan itu mendapat pilihan lelaki yang baik agamanya, bertanggungjawab dan sebagainya.Itu akhlak Nabi. Baginda jika ada merasakan sahabat layak dengan muslimah ini , akan baginda jodohkan dengannya.

Sebagai lelaki, kita kena menjadiorang yang memberi kata putus dalam semua hal, dan itu pun selepas berbincang.

Jadi lelaki merupakan pemain UTAMA dalam partition hati yang saya sebutkan diatas. Biasanya lelaki adalah pemburu. wanita itu adalah yang diburu. bergantung kepada wanita bagaimana yang kamu mahu. semua itu terletak pada pilihan hati kamu.

Jika sudah ada calonnya, perlu juga diingat calon itu bukannya isteri yang sah. Sebaik2 nya jangan bertunang lama2 dan jika sudah bertunang, jadikan dirinya dan kamu sebagai sahabat yang mengingatkan diantara satu sama lain jika bakal kamu merasakan imannya turun, @ tergoda dengan syaitan.

Sahabat itu apa? Suka melihat sahabatnya beroleh kebaikan dan beroleh manfaat dan menegur jika melakukan kesalahan. Tak kira lelaki dan wanita, jika niat itu benar, maka bersahabat kita hingga ke jannah? Insyallah.

Saya setuju dengan Deen, pasal hati ini siapa yang dapat tipu. Kalau dah suka itu suka juga. terlalu mengikut perasaan tidak baik. Terlalu banyak FIKIR dari ZIKIR pun tidak baik.. takut2 fikiran itu akan diracuni oleh bisikan2 jahat dari jin dan manusia.

Semoga Allah peliharakah kita. Semoga Allah tidak menjadikan kita tertipu dengan godaan syaitan. Semoga Allah ikhlaskan hati kita dalam berbincang ini. Semoga Allah berikan hidayahnya.

Ameen

-anak murid tumpang belajar-

hmm.. bersahabat hingga ke syurga? anyone?
Jihad said…
entri yg sgt membantu sy...syukran. x tau nak komen byk2 sbb otak tgh penat.
pali said…
@ maliana,
Terima kasih atas komentar.

Alhamdulillah, yang baik itu sememannya dari Allah. saya cuma menulis sahaja.

Jangan pening2 lagi. jika rasa bumi ini terlalu sempit dan kacau, dongakla kelangit melihat awan dan langit nan biru berarak tenang.

ps: untuk cuaca baik ja. hujan ribut tak juga. ke3

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated