Posts

Showing posts from 2011

Anak Abah

Image
sama tak? sama tak? hehehe

Thank you for being born

Image
Salam, Seperti biasa, tajuk dalam bahasa Inggeris tetapi isi bahasa melayu. Alhamdulillah Dec 22 ini umur sudah 27 tahun. Terima kasih Abah, mak, dan keluarga, kerana mendidik, melahir dan mengasuh sehingga berada pada situasi yang ada. Dalam masa setahun ini juga puteri kecil kami; Alisha Humaira lahir. Dalam masa ini juga, Allah yang Maha memahami ujian terbaik untuk hambaNya; jika sayangkan kanak-kanak, akan dipisahkan jarak keluarga buat seketika Begitu juga dengan suami yang amat cintakan isterinya.. Dalam setahun ini seolah-olah adalah tempoh untuk honeymoon dari pengajian Sarjana ke Doktor Falsafah, Dalam setahun ini saya beralih dari kehidupan bujang, kepada berdua, dan kini kembali bujang buat sementara. Dalam setahun ini, saya belajar untuk tidak banyak megeluh ( dah kahwin kan, ada anak pulak tu ) dan lebih banyak bersyukur. Jika fikiran merasa susah, hati yakin masih jutaan umat merasa lebih susah lagi. Dalam setahun ini saya belajar tidak mengadu c

100 likes

Image
Fikret menarik nafas lega. Kopi itu dihirupnya perlahan-lahan. Panas. Segala kekuatan yang dikumpulnya sejak beberapa minggu yang lepas nampak membuahkan hasil. "Congrats! Tahniah tau!" balas salah seorang rakan Fikret menerusi wall facebook. "Tahniah Aishah & Fikret~ korang memang sepadan!" di antara berpuluh komen yang ditinggalkan. Pertukaran profile picture yang dulunya seorang, kini berdua dan nampak intim banget! Status pertukaran Fikret dari single kepada in relationship itu mendapat respon positif dari pelbagai pihak.  Senyum lebar Fikret apabila perhubungannya itu 'direstui' hampir '100 likes ' dari friendlist nya! Ada pula yang membaca statusnya itu dengan perasaan bercampur baur cuba tanpa sebarang  judgemental . Fikir segelintir mereka, mungkin dia tidak tahu, maka menjadi kewajiban kepada yang tahu untuk memberi tahu! SEDIH Bukan mudah untuk mengistiharkan perasaan cinta. Banyak kekuatan yang perlu dikumpul.

beberapa bulan sahaja..

Image
Salam, Beberapa bulan je lagi Alisha, Bersabarlah abah..

Usaha, tawakkal dan redha

Image
"Ish, macamna boleh silap! Soalan camni aku tahu nak buat!"   keluh Zahari sendiri. sesal bercampur marah dengan kecuaiannya itu dalam menjawab soalan peperiksaan. Soalan tersebut sama sahaja dengan soalan pada tahun lepas yang telah dikaji dan dijawabnya bersama rakan-rakan. Soalan yang pada anggapannya tidak menjadi masalah, telah menghalangnya mendapat  markah 100% dalam peperiksaan itu! arrgghh!! silap! silap! USAHA Dalam persedian menjawab soalan, usaha itu boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa 1: mencari soalan peperiksaan lepas, atau latihan supaya dapat membuat latihan dan perbincangan Fasa 2: mencari beberapa orang lain juga untuk menggiatkan lagi usaha untuk latihan untuk perbincangan berkumpulan. Fasa 3: menjawab soalan tersebut tanpa melihat skema jawapan yang telah sedia ada. Kemudian semak semula, samada jawapan yang ditulis sama dengan skema jawapan. Fasa 4: tidur yang cukup dan rehat sebelum hari peperiksaan. Ok, mari lih

Sebulan lebih sudah

Image
Salam, Sudah sebulan lebih saya meneruskan pembelajaran. Agak terkejar-kejar juga akibat rehat terlalu lama. Setahun itu masa yang panjang. Namun ianya dirasakan seperti mimpi “Fadhli, congrats! ” ujar Mithu, post-docs yang sedang sarat mengandung anak keduanya. “ Thanks!”, balas aku pendek dan tersenyum. Biasanya kami sembang-sembang kosong sebegini pada waktu tengahari (lunch hour) atau ketika hampir waktu pulang, sedang dia menunggu suaminya Divindu yang berkerja di banggunan lain. “You have been promoted from Msc to phd. How does that feel?” tanya beliau lagi. Mataku ketika itu sedang asyik melihat kecantikan pepohon sakura yang sedang mekar berkembang. AKu mengalihkan pandangan ke arah Mithu dari jendela tujuh (Windows seven) dihadapan. “Frankly speaking, I feel like I was sleeping for one year, having a good dream, and just wake up this morning and find myself still stuck at this place!” cubaan untuk melawak dalam english. Bukan setakat kelas itu terkejar-kejar

Last minutes sermon

Image
Salam, Below is my first sermon for Jumaah prayer in English. Its just for my record. **************************************************************************************************** Sahih International Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful." One of the ways to manifest our loving of Allah, by following the Prophet (salAllahu alayhi wasalam) is to do those acts that he (salAllahu alayhi wasalam) advised his Companions, and the Ummah in general, to do. Its has been 16 days after ramadhan and we now in the another month of baraqah= syawal. How many days left? What are the special event that happen in this month? A sunnah which is certainly relevant to us in these days is his(salAllahu alayhi wasalam) practice to fast six days in the month of Shawwal.

Help me.

Need help.. Okay, if all possible non-reciprocal crosses were made among a group of shrunken mutants in maize, giving rise to 10 hybrids.    For each of the possible outcomes below, list the number of complementation groups (units of function) defined by the mutants in this collection.    The number of mutant hybrids is listed; you list the number of complementation groups.     # mutant hybrids             # complementation groups 0  1                                                                           2                                      3                                      4                               6 9 10              ..... (x.x)~~~/..                       

Lensa Jendela

Image
"Wei, lambatnya taip " sengaja mengusik ketika menunggu seorang lelaki membalas perbincangan kami dalam ruangan facebook chat. "Aku ni menulis dari hati, sebab tu lambat., bukan macam ko tulis tak pikir" , balasnya pula berang. Ketawa sendiri  apabila membaca tulisannya itu yang mengambil 1 minit juga untuk di tulis. TEORI ITU KALORI Kami berbincang berkenaan soal jodoh. Sahabat ini meminta pandangan berkenaan perkahwinan. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sudah beramal, dan bukan sekadar berteori, saya merasakan lebih tetap dalam memberi pandangan. Banyak berteori kita hanya menambah kalori pemikiran.. lama kelamaan kita akan menjadi malas bertindak. Tindakan itu perlu untuk membakar kalori tersebut kepada semangat, dan mungkin menjadikan otot pemikiran kita bertambah pejal, dan seterusnya mengelakkan dari menjadi hipokrit basi. :) Kami bercerita perkara biasa, iaitu perihal cinta, dan hal kehidupan. Kedua-duanya adalah komplementasi, seperti j

Alisha Humaira

Image
Salam, Maaf kalau penulisan seperti puisi,  dah menulis karangan sebelum ini,  Seperti terlalu banyak untuk dituliskan,  terlalu banyak untuk dikongsikan  Menurut doktor dari pemeriksaan,  jangkaan bayi dilahirkan adalah pada 20 Ogos 2011, Dipendekkan cerita yang panjang,   Tiket penerbangan  pada 15 Ogos 2011. Yakinilah jodoh itu sudah tersurat di Luh Mahfuz   Takdir Allah menemukan kita.. Alhamdulillah.  Pagi sabtu 13 Ogos isteri mengadu sakit,  Sejurus selepas suami sihat 5 hari demam dan sakit, Selepas 6 jam menunggu diluar wad bersalin, Bersama abah dan ma mertua serta mok, Kurang 15 minit matahari diatas kepala, tiba-tiba 'misi; berkata, "Mana suami Tengku Fahima ye?" Maka masuklah ke dalam wad mencari-cari, dengan pelbagai perasaan bercampur di hati. Ya Allah Ya Robbil Alamin,  Permudahkanlah urusan hambaMu ini.  Akhirnya duduk disisi isteri, selama 15 minit paling panjang dalam hidup, melihat isteri sedang dalam kepayahan, Bersyukur aku ya Allah,  Alhamdulila

Seperti sebelum

Image
Salam, Seperti tahun sebelumnya.. Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama-sama dengan perkara yang lagha atau kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan dua perbuatan yang sama dalam satu masa. Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH. AIR + MINYAK=? Sama seperti amalan apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar-samar. Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan-amalan ini dimana-mana, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, dit

Tak terjangkau dek akalku

Image
Salam Beberapa persoalan untuk difikirkan,  "Bolehkan seorang bayi yang berada dalam rahim seorang ibu mampu membayangkan apa yang berada dalam dunia?  "Tidak?" Adakah bayi tersebut boleh membayangkan terdapat nikmat, persekitaran yang lebih baik dari rahim ibunya semasa dalam kandungan? "Tidak?"  Bolehkan seorang bayi dalam kandungan membayangkan perihal pokok-pokok, ikan, padang rumput dan merasakan betapa enaknya angin sepoi-sepoi bahasa? "Tidak?" Sebagaimana seorang bayi berada dalam alam rahim tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam dunia, sebegitulah kita yang kini berada dalam alam dunia tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam akhirat. Kan? Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. 

Muka Head

Image
Salam, Kali terakhir saya menjejaki ke Stesen Penyelidikan Mukahead adalah semasa tahun kedua ijazah pertama. Itu pun kerana terlibat dalam pengurusan orientasi Pelajar Tahun Pertama Sains Kajihayat. Semenjak kawasan tersebut dinaik taraf sebagai Taman Negara (yang terkecil di dunia!), jika tidak disebabkan oleh kawan saya Arif, housemate masa kat UF datang melawat, tak mungkin akan terfikir untuk menjejaki kaki ke sini lagi dalam masa terdekat. Biasalah orang datang melancong, kenalah tunjuk yang Penang ni pulau yang banyak attractions! walaupun secara jujurnya macam takde benda je kat penang ni. hahaha inilah pejabat Taman Negera yang dulu tak pernah ada. ada hutan saja.   Arif dan ibunya. Tetamu dari jauh. sanggup memilih Penang dari Langkawi semata-mata ada aku kat sini. ish ish, terharu bercampur kasihan.. Selepas mendaftar nama di Pejabat Ranjer (yang telah diupgrade ditempat baru), kami pun tracking.. ia lebih mudah dengan pembinaan jambatan dikawasan cerun d