Senyap lebih baik?-updated
Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang?
Dan “pedang” inilah juga yang akan dikunci oleh Allah SWT di Masyar nanti. Dibuka ketajaman anggota lain untuk bersuara, mengadu perlakuan diri.
Jika baik perlakuan, ia akan menjadi nikmat. Jika tidak, anggota tubuh yang bersuara akan mengheret diri ini ke neraka.
Benar kata RSAW; berkata lah sesuatu yang baik @ senyap itu lebih baik dari berkata sesuatu yang sia-sia.
Kurang bercakap, kuranglah hati lain terasa,
Kurang hati terasa, kuranglah kita berdosa.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama kita?
(aiseh, jadi pantun pulak. yang last tu piching tarik kasi tinggi. hahaha)
EMOSI
Laki juga ada emosi. Cuma tidak pandai mengzahirkan melalui percakapan. Kami lebih jelas terzahir emosi melalui perbuatan/ perlakuan.
Wanita kalau emosi (MARAH), mulutnya bisa. tangan pun paling hebat menarik lambut sambil bunyi2 mulutnya tidak putus2.
Lelaki kalau emosi (MARAH), penumpuk penerajang bisa dibagi. Cakap banyak takde. Setel macam gentlemen, konon.
Lelaki & wanita dalam konteks emosi SAYANG pula ada persamaan. Secara lisan dan perbuatan, bila dua hati memahami, dua jiwa menjadi satu.
Maka frekuensi perbezaan hati itu disamakan. Maka tercetuslah FREKUENSI CINTA.
Bahasa-bahasa yang tergetus dari frekuensi ini sukar difahami oleh orang lain. Tak kiralah bahasa seorang hamba dengan tuhannya, @ bahasa seorang Adam dan Hawa.
LELAKI PALING HEBAT.
Lelaki paling hebat, bukan bermakna lelaki yang kuat tenaganya, kacak rupa parasnya, amat romeo, paling kaya, paling pandai, paling seksi dan sebagainya.
Lelaki paling hebat adalah lelaki yang paling dapat kawal emosi (merujuk kepada emosi manusia; gembira, sedih, marah, dsb).
Saidina Umar r.a sendiri sahabat nabi adalah antara sahabat yang paling dapat mengawal diri bila dengar kalam Quran semasa beliau menjadi khalifah. Beliau pernah diherdik oleh seorang pakcik yang dibawa berjumpa oleh sahabatnya. Pakcik itu berkata;
SELAMA KAMU JADI KHALIFAH, KAMU TAK PERNAH BERI KESENANGAN PADA KAMI! bentaknya bersungguh2! Marah betul pakcik tu. Kenapakah?
BULEH??
Islam pada waktu itu sudah menguasai 2/3 dunia. Boleh pula ada orang sound direct begitu?
Umar menjadi sangat marah dan EMOSI. Sahabatnya itu terkejut & panik lalu membaca sepotong ayat Quran,
terus Umar tidak jadi marah. Senyap Umar bila mendengar ayat itu. Cool jee lepas tu. Best la kau Umar.. (pakcik tu tak tau kot Umar dah buat jasa apa. So Umar pun bersangka baik la gamaknya)
*bodoh disini boleh jadi bermaksud orang yang tak tahu.
Hebatnya jiwa sahabat yang cintakan Nabi dan Quran.
MENANG (Happy ending)
Kemenangan itu juga dijanji oleh Allah kepada orang yang sabar. Sabar itu separuh dari iman.
kan? (semua senyap je..oh, dah aplikasi? waa~):P
Apapun,
“Biar tahu yang menulis ini manusia biasa, bukannya malaikat” tagline aku pada satu ketika.
“Tapi pali, kekadang manusia biasa pun boleh lebih tinggi darjatnya dari malaikat, sudah termaktub dalam Al Quran! “kata seorang teman menegur.
“Oh, begitukah? Benar juga.” aku membalas tersenyum.
Nabi Muhammad SAW, manusia yang paling pandai mengawal emosinya (sila rujuk sirah nabi, berlambak hadith), para ulama, mukmin dan muslim selagi mana yang mempunyai nafsu, jadi hebat jika IMAN dan TAQWA mampu mengawal amarahnya! tambahnya lagi.
Jika begitu sahabat.. doa2kan kita semua sampai ke sana.
\(^;^)/
yang bernafsu Lawamah.
(insyallah kot. nak kata nafsu amarah mungkin tak, nafsu mutmainnah jauh sekali..)
Pali.
Tambahan: cakap sia2 ni bermakna mengumpat, bergosip, memaki, memfitnah dan lain2 lagi sifat mazmumah.
TAPI kalau suke bergurau dengan kawan2, jenis yang peramah itu ok. :D
Comments
best kan akhlak nabi? sungguh beruntung jika ada insan ingin menjadi perindu kepada baginda.
Setitis akhlak baginda pun dah cukup membahagiakan dunia yang semakin menggila.
Lihat saja ustaz2 dan ulama yang sayangkan nabi. Akhlak mereka terzahir kerana rasa cinta mereka pada RSAW.. kalau RSAW bagaimana ye? mesti hebat lagi..
entry ni pun aku buat untuk muhasabah diri aku dulu. sebab mulut@ pena @ laptop la... baru je. kakaka.
manusia mudah lupa..
u rite, senyap lebih baik dr berkata-kata,
ada pepatah mengatakan, "berdiam diri, tidak akan terasa sgt penyesalannya, berbanding seorang yg terlanjur kata, lagi truk trase penyesalannya"
kata-kata amat berbisa, sentiasalah berfikir sebelum berkata.
kerana lidah juga selalunya mengeluarkan fitnah serta dusta..
Islam tu mampu memberi kita EVERYTHING. :)
betul kata kamu. berfikir itu wajib.. pasal lidah tu pun betul juga.
salams perkenalan. :D
terima kasih kerana ilmu =)
- mrs hafiz-
Aku pun begitu juga~ kakaka. memang banyak cakap, silap2 lazer lagi ( sambil memuncungkan bibir) keh3.
takpe. kalau bergurau senda tu tak la kot. tapi kalau bergosip ke, mengumpat ke, termasuk la dalam benda sia2 ni.
teruskan bercakap, kerana dengan bercakap kita akan dapat kawan.
Lawan? hanya bila bahasa tak menyebabkan orang lain nak berbudi.
saya ulang balik bidalan yg pernah saya pakai,
"ibarat keris, letaknya ditangan, jika diletak dihati maknanya dah menikam diri. Jika wahyu ilahi yang diberi, apa yang ada ditangan akan bijak beraksi"
"ditangan" ni boleh jadi blog, bahasa, kekuatan/ fitrah/ kelebihan yang ALlah bagi kat kita.
Kita bijak2lah beraksi. Insyallah.
BETUL~!!Aih, mungkinkah pelengkap aku seorang yang senyap sepi? hahaha.
Insyallah farid. overdose itu biasa. ditahan2 kerana senyap, sekali lepas, bah sebandar.
Terima kasih atas muhasabah ni. :P
memang abang apiz berisi, buku lima dia pun berisi silat cekak itu. kekeke.
takde siapa yang sempurna. cuma kita semua boleh bercita2 untuk menjadi lebih sempurna mengikut Qudwah tercinta (RSAW).
senyum2 slalu.. tapi jgn gosip2 slalu okay? :P (gurau2)
buku Biografi Muhammad bin Abdullah tulisan Dr. Zulkifli dan isterinya Dr. Naemah daripada Uni Malaya antara buku rujukan sirah yg baik..
diceritakan asbab nuzul ayat, disamping kisah para sahabat dan juga karenah orang2 kuffar..
terbitan PTS publication..
bukan nak promo, sekadar berkongsi yea....
~makhluq Allah~
terima kasih atas perkongsian. :D
ps: dalil yang diguna telah pun dihuraikan oleh ustaz2 yang memberi ceramah, aku ini ibarat mengulang2 sahaja. :P
bukan niat mahu jadi ustaz, cuma mahu menjadi muslim yang baik. Insyallah.
are u my angel? asked sarah to that winged lady.
No honey, I'm your mom! reply her back, dress up for custom party. hahaha.
moral of the story?- good faith means good seed= good deeds= benefit ourselves and other people.
-serius aku terharu kamu bagitahu buku itu pada aku. Alhamdulillah! Moga Allah ganjari kamu kebaikan dunia & akhirat! Ameen.
ianya menyentuh semua aspek..
-mrs hafiz-
-> mg2 impian utk menziarah kami akan tercapai deh~~
em2. terima kasih atas cadangannya. Insyallah.
ps: memang berniat untuk ziarah menziarah ni. Insyallah.
Yup, tapi itulah 'kuasa' mulut. Kadang-kadang tak dapat nak di control. :-(
ya2. aku pun ada masalah itu juga. Kena pikir dulu nak cakap apa. Tak semua orang ada frekuensi yang sama dengan kapla kita. Apapun,
"Esok meeting kat lab Tanah jam 8.pm. Agenda (bla3).. hahahha"
ps: kangen.exe sama kamu. :P
Jangan jadi mcam yang saya katakan. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.. tak terkata..
ps; berpesan2 dengan kesabaran & berpesan2 dengan kebenaran.
wei korang, berpesan2 la kat aku~! waaa~.
setuju dgn huda bagus entry ni... pesanan yg sgt baik pali
sahabat RSAW bila diturunkan ayat ini berkata ayat ini sudah memadai untuk dilakukan.
BERIKAN daku peringatan juga, kerana ilmu itu BUKAN pengukur kepada IMAN & TAQWAnya. Bila2 masa boleh ditipu Iblis.
Saling ingat mengingat.
"ketahuilah apa yang ditulis adalah muhasabah atas kesalahanku berbanding kesalahan orang lain".
KORANG, ingatkan aku juga~! :D
amat menakutkan apabila ada yang memahami pesan RSAW
senyap itu lebih baik dari berkata sesuatu yang sia2,
sebagai LEBIH BAIK SENYAP TERUS.
Korang, masalah ni. takkan sampai tak bertanyakan khabar dsb? bukankah sirratulrahim itu perlu dijaga? tak tegur 3 hari dah berdosa?
aii, timbang2lah dengan neraca ilmu dan amal, bukan EMOSI.