sTrAwBeRrY fIeLd DaY! YeA~~
All about strawberry...
Dr,
I will be out of town this friday because I will be at Gulf Coast Balm City for Strawberry Field Day. This is the reason I will not show up on class this Friday. Have a good weekend in advance!
Fadhli."
Butang send ditekan. Email dihantar kepada instructor untuk kelas Advanched Physiology. Rabu lepas baru sahaja menduduki peperiksaan pertama untuk subjek itu. Yang penting sekali, exam 1 memang mudah, dan jangan ambil ringan peperiksaan yang menyusul, terutama yang kedua dan ketiga, kerana ia tidak lah semudah yang disangka.
bed sheet yang di kenakan 11 jenis herbiside untuk melihat kesan terhadap hasil tanaman
Apa pun,
Strawberry Field Day, here I come!
Kami bertolak dari sini jam 9.30 am seramai 6 orang. Dr Folta, David Salama, Ting ting, Asha, Quan Zhaou, dan aku dengan menaiki van pun meluncur ke selatan. Perjalanan selama 2 jam lebih diisi oleh perbincangan intelek Asha (post-doc) dan juga cerita-cerita kelakar tapi mantap berisi dari Dr Folta.
Ini merupakan kali kedua aku melawat Guft Research Center ini. Kali pertama bersama-sama dengan lebih ramai pos doc dan graduate student, iaitu pada ogos lepas, semasa Florida Ag Expo. Kali ini mungkin agak teruja kerana musim panas sudah hampir tiba, dan di dengar dari kawan-kawan se lab, masa program ini adalah waktu yang sesuai dengan masa memetik buah strawberri.
gambar petani bersama strawberry kesayangan
Ada tujuan ke sini. Pertama, Dr Kevin Folta akan menyampaikan kertas kerjanya kepada para petani di sini. dan kedua, nak makan strawberry!! Yea~Salah satu niat ke sana.
Dengan penuh langkah seronok, kami menuju ke selatan. Setiba sahaja di sana, cuaca semakin panas. Head irrigation dilihat kiri dan kanan Plant City. Bed Sheet untuk strawberry, tomato, raspberry dilihat kiri dan kanan. Besar tempat ini. Boleh dikatakan macam pusat penyelidikan untuk para peladang tentang tanaman mereka. Kira macam MARDI @ PORIM la. Memberi khidmat nasihat dan juga makluman kepada para petani. Its grower choice. They grow the crops.
4 stesen yang terdiri daripada plot kajian jenis baja, jenis hebiside, kajian nematod dan pengawalan terhadap tanaman, plant breeding menyusul selepas jam 1.30. Panas terik disini, lebih kurang 80F.
strawberri masih dalam peringkat belum matang.
Cari-cari strawberry, tapi tak masak lagi. ada buah, tapi tidak ranum.. mungkin kesan dari sejuk yang panjang dalam musim winter ini, waktu untuk buah masak terlewat 1 bulan. Adalah penting untuk buah strawberri mendapat chilling requirement dalam membolehkan rasa manis diperolehi. Seperti di Cameron Highland, kan ke kita ada buah strawberri? Cultivars yang tengah popular sekarang adalah Florida Gradient, Sweet Charlie, Elyana. Buah strawberry octoploid, yang terdiri dari 4 pasang genomes AAA'A'BBB'B'. Jadi, kemungkinan untuk mengetahui kombinasi genome apa yang terhasil dari kacukan adalah tidak mematuhi prinsip Mendel 1 dan prinsip mendel kedua, termasuk juga dari segi nisbah 3:1 dan 9:4:4:1. Berbeza sama sekali!
Bukan mudah untuk mendapat cultivars yang mempunyai rasa yang sedap, daya tahan terhadap penyakit, dan mempunyai aroma dan yeild yang tinggi. Terdapat 3 peringkat dalam melakukannya, kacukan secara skala besar-besaran, dan pilihan di buat berdasarkan karekteristik yang diingini, penyaringan terhadap daya tahan penyakit, dan paling penting sekali adalah RASA strawberry yang memenuhi kehendak pengguna.
Aku pulang tanpa merasa sebarang strawberry.
"prof, when is actually time for the strawberry fruit rippen?"tanyaku dalam perjalanan pulang.
"Well, probably in March, due to overchill last winter..etc"
Aisyeh! Lambat sebulan la pulak. :P
"dah-dah, jom balik suma, kome tunggu apa lagi?"kata Kevin dengan pelat pekat Bota.:D
Comments
good question, I don't know. Depa kat sini lebih concern about seasons, sejuk, insect, dan duit. :P
with large scale agriculture, I doubt they will spend cost more to music; energy= money, rather than put money on finding a new variety/ cultivars.
probably they may need many amplified for this purpose if they want to. lol.
mmg ada dengar yang teknik tu bleh diguna,bagi strawberry jadi lebih besar, but sometimes "silence is music?" also? hahaha.