IcE TrEe- SeSeJuK SaLjU

Kat sini mana ada snow, kawasan sini panas.”

kata kawan-kawan semasa aku baru tiba di sini. Tapi pagi ini aku melihat ice tree dalam perjalanan ke department.


Eh, cantiknya.” spontan aku berkata. Sayup-sayup beberapa orang memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat panorama yang unik itu. Beberapa orang mengambil gambar. Aku pun tak mahu ketinggalan. Kamera kesayangan ada di dalam beg. Apa lagi.


Clik, clik” beberapa keping gambar diambil sebagai kenangan dan info.


POKOK AIS?


Kaedah head irrigation ini digunakan oleh pemilik ladang disini untuk menyelamatkan pokok pada musim winter disebabkan cuaca yang begitu sejuk. Secara teorinya, apabila ais membeku pada pokok tersebut. Perubahan dari cecair kepada pepejal akan membebaskan haba. Jika mengharapkan respirasi dari tumbuhan, pada masa sejuk, ia adalah sangat perlahan. Ais yang terbentuk adalah O celcius @32 Fahrenheit. Maka ideanya, pokok yang diseleputi ais paling tidak pun akan dapat suhu O celcius. Secara teorinya, pokok tersebut dihalang jatuh ke suhu yang lebih rendah dari 0 darjah celcius.


Idea ini TIDAK sama seperti tasik yang beku dengan ais, tapi ikan dapat hidup di dasar tasik. Suhu di dasar tasik lebih tinggi dari permukaan kerana ais telah menutupi permukaan. Ataupun prinsip iglu. Ada sahabat dari India memberitahu tentang perigi di negara dia. Semasa musim sejuk, air pegi suam, tak sejuk macam musim panas. Menarik tu! Prinsip termostat? Entahlah, kena tanya orang fizik @ en wikipedia.

Malam semalam 22F, maka suhu di dalam pokok adalah lebih tinggi dari itu. Peladang akan keluar pada pukul 2 pagi sebelum suhu jatuh ke 32 Fahrenheit untuk memasang water sprinkler ini. 22 Fahrenheit? Berapa degree celcius tu?



Mari mengira~

F/ºC= 1.8/1,

0 celcius= 32F

maka, untuk F ke celcius,

= (22-32)/1.8

= ~ -5 degree celcius


dari celcius ke Fahrenheit

= (-5 x1.8) + 32

= ~ 22 Ferenheit


Oleh itu dari awal pagi sehingga jam 10 am @ bergantung kepada suhu dan tidak terik matahari, ais terbentuk. Bila mentari senyum ceria, ais mula mencair.

Samada air di pancurkan ke pokok bergantung kepada suhu malam ni .

DORMANCY/DORMANSI


Bud (tunas) terbentuk pada waktu summer, kemudian sampai waktu musim sejuk, bergantung kepada spesies, 2 perkara akan berlaku; pengumpulan kepada chilling requirement atau vernalization.


Pada masa Spring, tunas akan pecah (break) dan akan membentuk tunas bunga @ tunas vegetative. Kini tisu yang juvenile (rumaja) sudah bertukar kepada tisu mature (dewasa). Macam kita la juga, peringkat remaja (sekolah menengah ke universiti), kemudian dormancy (menganggur @ tunggu konvo) dan akhir sekali peringkat dewasa (alam pekerjaan dsb) :D

Its nice to see ice/snow as a visitor, but to stay?? Brr.. perhaps not. .”(Jangan marah orang utara )

:Peace

Comments

zua jelita said…
idea yg hebat! kuarkan semua teori physic n bio yg ada! maju!!
pali said…
2 gambar terakhir tu adalah gambar peladang tu la. kesian dia.. haha.
Anonymous said…
bro! mmg pelik la skrang. cuaca mmg tak menentu... Kat Morroco pun ade snow and became flooded. So its extreamly weird for us but its all His power to control that.
pali said…
@ kupiah senget,

setuju. berubahan cuaca (suhu) ni pun memberi impak kepada industri pertanian kat sini. Hasil merosot kerana sejuk yang berlebihan ni. "Negation" berlaku bila "chilling requirement" dah dipenuhi tapi sejuk semula selepas panas menyebabkan "chill number" yang dikumpul jadi kurang semula. Kalau ada tunas bunga yang tumbuh pun akan mati. Jadi hasil takde.

Dengan keadaan ekonomi di US, 36 million dijangka hilang pekerjaan, dengan merosot hasil industri dan pertanian.. teringat aku pada video yang hang pos kat blog hang (pasal du'a for Gaza).

USA- diambang kehancuran?
Regy said…
thank you very much,,

do you have yahoo messenger?

don't forget to add me regycloud

friendster ; regycloud@yahoo.com

terima kasih
Anonymous said…
menarik cerita mengenai "ice tree" ni hehe

Popular posts from this blog

Bergantung harap

Ada udang di sebalik mee

Soalan Bonus Yang MAHA Berat