Wednesday, March 11, 2009

Bila Jari Jemari ini menari.



Bila jari jejemari ini menari,

Di pentas kekunci papan notebook,

Ada hidayah yang ingin diabadi,

Ada cerita ingin dikongsi,

Ada nukilan ingin dirasa,

Ada khabar dalam gembira, dan duka

Menulis bukan sekadar sahaja-sahaja,

Alunan sepi bicara sendiri,

Kerana khabarku ada disini.

 

Bila jari jemari ini menari,

Iktiqad mahu memuhasabah diri,

Dekatkah diri pada cinta Rabbul izzati,

Rindukah kalam Nabi terakhir pemulih kalbu,

Dalam menyentak ilusi nafsu,

Niat bukan untuk mengajar,

Aqidah, Ibadah, Muamalah, Siasah dan Jinayah

Tidak pun sedebu aku miliki,

Jelas akan lompang celaan,

Tok guru, berkatilah kudus hatiku mengejar,

Anak murid daif tumpang belajar

 

Bila jari jemari ini menari,

Mahukan diri tunduk merasa abdi,

Sirna , Fana, aku bukan apa-apa,


Bila jari jemari ini menari,

Pandulah aku cinta seorang lelaki,

Aku mendamba wahyu ya Robbi,

Saban hari panas terasa

Tahkala cita-cita itu terlalu tinggi,

Hakikat sebenar pantunan hidayah,

Yang aku selalu termenung jauh,

Sering terlupa ia dekat ada disisi.

 

Bila jari jemari ini menari,

Sahabat Mungkar Naqir maaf terlupa.

Soalan bonusmu yang MAHA berat,

Rumah kata pergi, kubur kata mari.


Ya Robbi, ampuni kami,

Kami tidak mahu menanam pokok tanpa hasil buah,

Atau “bekerja” semberono tanpa  ilmu  hakiki

Aku jarang sekali sedar & insaf,

perlu menzuhud mata seorang lelaki,

Di Masyar kelak kau bertanya,

Siapakah kekasih dihati?

Siapa yang memakai pakaianku di dunia dulu?!!

“Riak itu selendangKu, dan kebesaran ( berbangga diri ) itu pakaian aku”

 

Bila jari jemari ini menari,

Insan yang kini jari jemarinya  sedang menari,

Diatas pentas notebook usang ini,

Hakikatnya tidak lebih,

 

Hanyalah  seorang sang petani.

 

“Growers that planting good deeds to be harvest at the land of eternity.”



 

Singgah sebentar di Minda Tajdid,

berhubung isu nama Allah,  

lalu terjumpa lagu ini di blog Iman Aisyah, 

kemudian sajak dilakar,

Terkesan di Abu saif dengan  Polis cinta nya.

Lalu nekad aku untuk mem"publish entry".

Bismillah.

Saturday, March 07, 2009

20 most common question about islam



Author: Dr Zakir Naik
contents:

1. Polygamy
2. Polyandry
3. Hijab for Women
4. Was Islam Spread by The Sword?
5. Muslims Are Fundamentalists and Terrorists?
6. Eating Non- Vegetarian Food
7. Islamic Method of Slaughtering Animals Appears Ruthless?
8. Non Vegetarian Food Makes Muslims Violent?
9. Muslim Worship The Kaaba
10. Non- Muslims Not Allowed in Makkah
11. Pork Forbidden
12. Prohibition of Alcohol
13. Circumcision
14. Equality of Withness
15. Inheritance
16. Hereafter- Life After Death
17. Why Are Muslims Divided Into Sects/ Different Schools of Thought?
18. All Religions Teach Men to be Righteous, Then Why Follow Only Islam?
19. Vast Difference Between Islamand The Actual Practice of Muslims
20. Non- Muslims Reffered To as "Kafirs"

This books will not only benefit to our friends, but also a good revision as a Muslims themselves.

>>>>you can download the file here
(if you cannot download this file after register, try use internet explorer, instead of opera, mozilla firefox or google chrome) TQs

Friday, March 06, 2009

En Mealy..

Hi semua,

saya nak kenalkan kawan saya kat sini. Baru berjumpa dengan dia di greenhouse 2 minggu lepas. Putih memang tak ingat. Dia ni bila dah datang tak reti nak balik. terpaksa la guna teknik tertentu untuk meminta  dia pulang. 


menggunakan kamera digital 8.0 pixel bersama kombinasi mikroskop cahaya mampu mengambil gambar seperti mikroskop elektron! :P
en mealy suka duduk "melekat" pada petioles strawberry.


en mealy, sifat malumu memberi ganjaran..

Dimana en mealy? mula2 dia segan nak bergambar. dapat tangkap gambar belakang dia je. Tapi last2 dia setuju untuk memberi pose eksklusif untuk semua. Hanya di sini! Tepuk-tepuk. Hadirin diminta berdiri.

Kusangkakan fungus, rupanya insect, sebab dari mata kasar nampak macam tompok2 putih.

Quote kata-kata mutiara kak Tini untuk meminta en Mealy pulang;

"Application method simple jek. Guna handsprayer pun bleh. Apply when necessary, that is, whenever u see an infestation occuring. Spray on the insect, because u want the soap water to reach the wax layer which covers the insect, which means, it'll degrade the wax layer, expose the insect to dessication/degrade the exoskeleton, which will eventually kill the insect."

Ya, jangan duduk lama2 sangat en mealy bugs. Tetamu jangan lebih 3 hari, ok? Dah 2 minggu dah ni...

Thursday, March 05, 2009

Cita-cita iTu TeRLaLU TinGGi~

“If my husband know you are a Muslim, he will be very excited to see you”,ujar pos doc wanita dari Taiwan itu memulakan perbualan. Menegur aku yang ketika itu sedang asyik melayan email .

“Really, why is that?” aku berpaling ke kanan lalu spontan tersengih.

Semasa waktu lunch hour, wanita yang mempunyai babygirl yang comel ini “meminta” izin bertanyakan soalan dengan penuh sopan. Hanya aku dan 2 wanita di dalam office sibuk membuat hal masing-masing ketika itu. Mereka adalah Pn Heidi dan Miss Zhang, yang masing- masing wanita dari Taiwan dan China.

The first question he would asked, is it true that muslim allowed man to married up to 4 wives?

Semakin melebar senyuman aku mendengar persoalan tersebut. Kalau boleh memang tak mahu berbincang lagi hal-hal perkahwinan, tetapi kerana yang bertanya adalah not yet muslim, ia menjadi fardu kifayah.

Well, YES & NO.

Jawapan ringkas itu menyebabkan Miss Zhang yang dari mula tidak memberi perhatian mengalihkan posisinya ke arah kami.

Ya~Welcome-welcome..


Rasa sedikit "takut" untuk menulis pada kali ini. Saya mengambil sedikit masa untuk memastikan setidak-tidaknya perkara yang ingin disampaikan difahami @sudah @ sedang releven dengan perlakuan diri. Menulis ini sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga. Kalau nak diikutkan, saya adalah orang yang paling kerap berkunjung ke blog sendiri, kerana tulisan-tulisan semasa merasa iman itu tinggi memberi manfaat ketika merasa lemah. Mengingatkan diri ini telah mempunyai benchmark yang telah ditetapkan.

Kepada dua wanita tersebut, jawapan yang saya berikan biasa sahaja. Sama seperti apa yang pernah diberikan oleh ramai ustaz dan bloggers. Berkenaan “keadilan” dan “kemampuan” sang suami yang ingin menakhoda lebih dari satu kapal dalam satu pelayaran.

SAtu analogi diberikan; seorang kakak yang mempunyai dua adik yang kurus dan gemuk, dan kerana ingin bertindak adil, membelikan baju bersaiz S @ sebaliknya, XXXXL untuk adik yang berlainan saiz. Kakak yang ingin berlaku adil seharusnya memberikan pakaian yang yang sesuai dengan individu, kerana itulah keadilan yang dimaksudkan. Individual needs. Samalah seperti para isteri.

Ramai yang sudah mengetahui hal ini.

Perkara pokok tentang hukum poligami, kenapa diperintahkan, dan siapa yang layak untuk melaksanakan. Manfaat terhadap isteri dan haknya, serta suami dan anak-anak. Semua itu boleh dicari @ setidak-tidaknya mudah didapati.

Jika bercakap berkenaan munakahah, yang merupakan salah satu cabang Islam ini memerlukan ilmu, yang bukan semata-mata kerana menghadiri kursus nikah kerana hampir masa mendirikan rumahtangga, tetapi kerana kesedaran dalam memahami perlaksanaanya. Pernah aku dinasihatkan, lebih awal lebih baik.

Biarlah bila bercontoh itu menggunakan hujah ustaz @ alimin yang mengajar, agar mudah difahami, berbanding mengeluarkan hujah atas analisis sendiri,lalu mengeluarkan analogi tahi.

Imam Malik ada berpandangan, feqah tanpa tasawuf, merugikan, dan tasawuf tanpa feqah adalah sesat. Maknanya,orang yang banyak ilmu agamanya, jika tidak mendidik hati supaya zuhud, tawadduk @ tasawwuf, ditakuti amalan itu disertai dengan rasa riak, bongkak dan cam best, dia dalam kerugian. Orang yang mementingkan hati sahaja, berzikir @ ingin beramal tanpa mempunyai pengetahuan agama yang jelas, dikhuatiri menyerupai kafir dzimni, ditakuti lebih ke arah kesesatan.

Rasa hati semata-mata tidak memadai tanpa panduan Al Quran & hadith.


Di akhir perbincangan, hampir- hampir sahaja aku menjerit ketakutan bila mereka berdua ingin bersuara.


Trauma.


trauma

Trauma bila mengenangkan banyak jawapan yang pernah didengari dari "muslimah-muslimah" di Malaysia, yang bermula dengan nada , “Huh, poligami”.. @ banyak “tapi” nya, sebelum dihujani dengan pelbagai hujah dan pandangan mereka. (Em, takde bangkangan..)

Tapi..,

Dua wanita itu tersenyum menerima.

Menurut mereka, di Taiwan dan China mengamalkan monogami, dan jika seorang lelaki mereka pergi ke China untuk berurusan perniagaan, maka isteri di rumah akan merasa kegerunan, kerana bisnes yang dimaksudkan mungkin ada dua, iaitu sebagai sugar daddy @ berjumpa isteri kedua, ketiga, keempat, kelima…. Tambah-tambah pula bilangan lelaki yang berkemampuan di sana tidak ramai jika nak dibandingkan dengan bilangan wanita yang lebih ramai. Skandal dimana-mana. Sama juga di USA ini.

Bagi mereka, poligami itu adalah perkara yang baik.

"Come to Malaysia if you want to see man with four wives live happily. :D Visit Malaysia, truly Asia. Lol", sekadar ajak –ajak ayam

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengangguk-angguk. Alhamdulillah, harap mesej itu sampai..

Sebelum menamatkan perbualan, Heidi sempat bertanyak soalan samada aku ada berniat untuk berpoligami. 

tersengih aku, kerana sebelum ini pernah di satu ketika memberikan jawapan yang sama..


Semasa di tahun akhir,

Kenapa tak dipilih sahaja awek2-aweks yang ada kat sini? Kan ke ramai?

Haha, yelah tu, bukan senang wei nak pilih.. jawapanku seolah-olah suci

Apa susah, laki kan boleh kawin sampai empat.Hahaha~

kami sama-sama tertawa nakal kerana mendengar jawapan itu..

sekadar sembang kosong pelajar tahun akhir. 

Kami sedar..

bahawa lelaki yang masih belum berkeluarga, memancing kehendak untuk memasang lebih dari satu merupakan angan-angan yang panjang & sia-sia, tetapi perbincangn mesti lakukan seawal mungkin. haha


Jika ada pun yang bersemangat, kami akan berkata;


Sahabat,


Cita-cita iTu terlalu tinggi.


p/s: niat penulisan adalah untuk berkongsi pengalaman sahaja, bukan untuk menyerang mana2 pihak. Peace~


Saturday, February 28, 2009

Spring is coming; petani tidak menangis lagi..


flower buds is break, after ecodormancy been satisfied. 



Daily journey to lab and department.


Winter is almost at the end. Gainesville becoming much greener and warmer lately. There is no snow here to begin with, but the winter temperatures are among the coldest in 10 years. Other places? Morocco has snowing and becoming flooded (say Suhaizi Nebraska). In Melbourne, say Abdul Jabbar, the temperatures goes up to 80 F! (Highest in the history).

 After a long dormancy in Winter, bud chilling is satisfy during that time. Endo dormancy no more, it’s time for eco dormancy takes role.

 The environment will determine when the BUD will break. Cultivars/plant/ buds that doesn't meet the satisfaction is unable to break/ delay in bud break. This is a problem for high chill cultivars growth at Northern region. For low chilling cultivars, fluctuation of temperature (warm temperature) will causes Warm spells and then Cold spells occur and kill most of buds that break after enough in accumulating Growing Degrees Hour (GDH). Is there's a witch responsible for this? Nope! Temperature fluctuation.

 

Sky is much clearer now..

 

Altitude, Latitude, Longitude, Attitude?

 Are all 4 factors correlated? Check this statement,

"We know seasons changing are contributed by longitude and latitude. Assuming we are at same altitude; neglect able.

So then, seasons changing are directly correlated with clothes (attitude).

Resulting of Spring (low), summer (low) Fall (medium) Winter ( high)  in which, low; less clothes, medium; half cloth, and high; full body cover! (solehah gitu)"

 Extra efforts for eyes need to take accordingly..

 

 (Those who cannot view video above, please click here)

 

No pain, no gain


my bicycles and backpad. There's a guy jogging 


Moreover, beauty on spring is not easily gain. It occurs after HOT summer, senescence leaf FALL, long COLD WINTER, and after that vernalization (for flowering plant like blueberries) only then buds can break. 

Only those who experiences the COLDNESS and dullness can appreciate the color of spring. It’s fair enough for temperate region, kan? 

Back home in Malaysia it is "summer" all year ( dry and wet season), but here, summer and spring somehow force people to understand the importance to survive, manage, planning, and thinking seriously almost about everything (bab duit je la kebanyakannya), including their fundamental resources. No pain no gain.

 

Return to lab cycles~


road to lab.. almost 


Indeed, we are 'farmers' of our own 'field'? We are growers of trees in heaven! Have we remember a hadith said when you tasbih, tahmid & takbir;

  "Subhanallahil Adziim wa bihamdih",

 Trees will be plant for us at Heaven at the very moment? Carefully choose for absolute faith as seeds and then fertilize them with good deeds. Mardthatillah as canopy from HOT arrogant & ignorance.

 

We all are farmers in respective field. Working to harvest major crops at land of eternity.

 

All living formed follow the law of nature (SUNNATULLAH) including us. We all are just like BUDS. A bud will not break without sufficient chilling. How can bud break?


After chilling out! Chill out!

  

Finally, growers/ Farmer- cry no more. (petani tidak menangis lagi) 

trackback: Ice tree: sesejuk salju


This upcoming Spring, what intriguing me the most?


Strawberry! Of course!


note:  work in lab and greenhouse. hobby; visiting strawberry and peaches orchards. lol

p/s: teringat cerita Nujum pak belalang; "Kami semua peladang2~ Hoi!" :)

Saturday, February 21, 2009

Soalan Bonus Yang MAHA Berat



Saya tidak dapat menahan diri dari berkongsi sesuatu dengan sahabat semua.  Meskipun kebanyakan entry di blog-blog lain ditulis dengan bahasa yang baik dan sopan, kadang-kadang seperti terdengar suara hati menangis melalui penulisan yang dibaca. Bagi hati yang mudah “luluh” seperti saya (walaupun luaran tak sebegitu), saya mudah tenggelam dan melihat penulisan seseorang sebagai suara kecil hatinya, mungkin sebab itulah namanya nukilan- Nukilan adalah suara hati.

Kemarin,di Kabab House, Mujadid, sahabat saya yang bekerja di sini bertanyakan satu soalan bonus, kemudian saya bertanya kepadanya kembali,

Say to me,  is it easy to maintain relationship between couples after married? tanyaku meminta pandangan  orang yang sudah berkahwin.Mujadid membelek-belek menu di tangannya. Matanya tunduk ke arah itu. 

Terbatuk kecil Mujadid. Kemudian dia meneruskan bicara,

“It’s totally different chapter. One of my friend.. I just meet him last week told me her wife are really bossy, different before they marry."

If faz foo..(Is that so.).mulutku penuh dengan nasi dan chicken kadhai :P So, do need a discussion before proceed to that level? black and white agreement? 

“No,no, the important thing that you talk to her, make her understand the reality and situation both of you gonna through. At least you told her. It’s not an easy task though.”

Mujadid menarik nafas memandang keluar West University Avenue. Kelihatan beberapa kelibat orang lalu lalang masuk ke Bank of America di seberang jalan.

Yeah, I do agree with you.... Jawabku ringkas. Chicken kadhai terlalu pedas.

Tell me brother, do you have someone in mind or backhome? Mujadid bertanya satu lagi soalan bonus. Soalan bonus pertama dia bertanyakan bila nak kahwin.


Err.. why? tersedak aku sedikit dengan persoalan tersebut. Bukan kerana terkejut, tetapi sengaja dibuat-buat.

Mujadid tersenyum lalu menepuk-nepuk bahuku. Kemudian dia memandang tepat ke mata aku. Serius.


Ditangannya tergenggam sekeping foto. 

 

Suasana sepi seketika. Aku kaget.


Kemudian, dengan susunan lafaz Bismillah aku memulakan bicara..


Bismillahirrahmanirrahim...


Tidak terlalu awal rasanya saya mengintai sejenak tanggungjawab seorang suami. Kepada yang masih single, saya perlukan muzakarah anda. Kepada abang dan akak yang sudah berumahtangga, kalau salah tolong tunjukkan.  Sabda RSAW,


“Berbuat baiklah kamu kepada ahli keluargamu  kerana aku adalah orang yang paling baik terhadap (ahli bait) keluargaku”.- hadish


Perkara pertama yang molek dilakukan adalah sentiasa berterima kasih kepada isteri. Berterima kasih atas segalanya. Menjadi teman dikala menang dan kalah. Yang menjadi ibu kepada anak-anak. Yang sentiasa senyum walaupun diri suami kadang kala terleka dari memahami Venusians. Maafkan, kerana kami Martians. Tapi kami mahukan anda sebagai “teman karib seumur hidup”.. RSAW sentiasa berterima kasih kepada para Ummul Mukminin. Hatta, Rasulullah SAW sendiri selepas berjima’ dengan isterinya berterima kasih kepadanya! (dari ibnu Ishak dan riwayat-riwayat lain) Sampai tahap macam tu..


Pohonlah kepada isteri menulis/ memberitahu 10 perkara yang boleh membuatnya rasa bahagia, dan sedaya upaya cuba mengaplikasi apa yang ditulis. Kadang-kadang mulut berat berbicara, hanya nukilan hati dapat menyampaikan rasa. Tulislah..


Bersabar dengan isteri atas sikapnya, dan cuba menjaga perasaanya. Saya percaya para suami diluar sana kalau membeli belah, nak satu barang, terus ke kedai tersebut dan pulang. Tapi isteri tidak begitu? Satu barang 10 kedai dicari, dicuba pelbagai, kemudian baru membeli. Bersabarlah lelaki. Cuba fahami kesukaannya. RSAW dalam keadaan musafir.salah seorang isterinya  Safiyah menangis dirumah. Apabila diketahui Nabi akan hal ini, maka segera baginda pulang lalu bertanya hal keadaan. Safiyah menangis kerana baginda terlewat. Baginda lalu mengesat air mata safiyah dan selepas itu berjanji tidak dapat lewat lagi.. dan baginda tidak lewat.


Jangan betulkan kesalahan isteri di khalayak umum. Terutama dihadapan anak-anak. Ikutilah cara sebagaimana Nabi membetulkan kesalahan. kali pertama, nabi palingkan muka. Tahulah mereka yang memandang baginda tak suka. Jika berlaku but kali kedua, baginda datang dekat kepada orang tersebut dengan muka yang manis dan cara yang sopan membetulkan kesalahan tersebut.. Halus akhlak baginda..


Jangan layan isteri seperti lalat. Kita biasanya tak kisah dengan lalat. Tetapi jika pada satu ketika lalat hinggap di makanan kita, tangan ini pantas bertindak, “Piaaapp!!”. Banyak kebaikan isteri lakukan, hanya satu kesalahan cukupkah untuk memadam semuanya? Isteri itu bukan seperti lalat.


Berikan nama istimewa kepada Isteri. Panggillah isteri itu dengan nama yang menyenangkan.RSAW memanggil  Aisyah= aish’. Kita? Pandai-pandailah memberi nama timangan yang menyenangkan.


Berikan masa istimewa untuk anda dan isteri hanya berdua. RSAW buat, Abu bakar datang ke rumah, terlihat dia Aisyah dan sepupunya bermain dengan menunggang di belakang RSAW.  Abu Bakar marah. Nabi menegah Abu Bakar, lalu berkata, ini rumahku. Fahamlah Abu Bakar. Senyap dia. Baginda sendiri bermain-main dengan Aishah. Isteri itu sahabat.

Ada satu riwayat yang sangat cantik. Satu ketika, Aisyah nak melihat pertunjukkan memanah dan bermain pedang, dan meminta RSAW menemannya dengan melihat dari tingkap/ jendela rumahnya. Aisyah melihat dari belakang RSAW sampai pipi bertemu pipi! Tak lama kemudian baginda bertanya, “Dah cukup tengok ke?” sampai beberapa kali. Aisyah menjawab, “Belum2”. Hakikatnya, Aisya sebenarnya mahukan masa bersama RSAW, supaya wanita lain dapat melihat betapa intimnya mereka! (Adoo~ pecah perut Hahaha) Hadish Imam Muslim & Bukhari


 Senyumlah kepada Isteri. Senyum itu sedekah. Sebaik baik sedekah adalah untuk ahli keluargamu.  Senyum seindah suria yang membawa cahaya~ (lagu tema kat TV dulu)


 Dress  for your wife. Dress to “kill” her . Jika wanita itu mampu menghiaskan dirinya untuk suami, kenapa suami tidak? RSAW setiap petang bersiwak, mandi sebelum tidur. Memakai bau-bauan yang menyenangkan. Pakai pakaian yang baik, dan tanya pendapatnya bagaimana pakaian saya pada hari ini? biarkan dia menjadi orang pertama yang memuji pada hari tersebut!.


Dan yang paling penting sekali , sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dijaga, dikekalkan dan dirahmati sentiasa hubungan suami isteri. Pada Allah ada segala jawapan, kita ini makhluk punya banyak persoalan.



Niat bukan untuk mengajar, tetapi terbelajar.


Akhir kalam,

(AMARAN: APLIKASI HANYA SELEPAS DIIJABKABUL)

 

Brother Fadhli! Brother! Panggil Mujadid beberapa kali.

Tersentak aku dari termenung yang panjang. Chiken kadhai sudah habis. Kemudian aku baru berkata,

"Brother..Actually-"

*to be continue..

* sori intro terlalu panjang. Nak cerita makan kat kedai tu.. makan kat sini ok...


Wednesday, February 18, 2009

MeNdAmBa WaHyU Ya RoBBi


“Anta aliran sains, nak bercakap pasal agama, anta kena belajar sekurang-kurangnya hal-hal usuluddin, atau ambik senawi.” ujar Halim tenang.

Tergaru-garu kepala Syukor bila mendengar ayat pemati hujah dari Halim.


“Yang tu ana faham syeikh, memang menyesal sejak dari dulu tak ambik sekolah arab. Sekarang ni pun ana cuba belajar sedikit demi sedikit. Tapi di mana nak cari guru?” perlahan Syukor menjawab.


Halim mendekati sahabatnya itu dan cuba menenangkannya.


“Yang lepas tu lepas la. Kat sini banyak kelas pengajian, dan ceramah-ceramah ustaz. Dari situ boleh belajar sesuatu. Nak cakap pasal agama kena berilmu, kena ada asas.”


Senyap Syukor bila mendengar kata-kata tersebut. Seolah-olah walaupun sudah setahun dia mengikuti kuliah agama di sekitar kawasan tersebut, dia tetap inferior jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang agama. Bukan kali pertama dia mendengar pendapat sebegini. Malah berkali-kali. Sedikit sebanyak menggangu gugat semangatnya. 


"Kalau nak beramal itu mesti berilmu, ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tak berbuah, Amal tanpa ilmu itu takut menjadi bidaah yang sesat, terutama dalam hal-hal agama." sekilas buah-buah ceramah seorang ustaz tergiang-giang di telinganya.


Syukor tidak mahu dikatakan sesat! Beramal tanpa ilmu! Namun acapkali dia ingin beramal, ada sahabat yang bertanyakan dari mana sumber di pelajari, dan siapa yang mengajar. Mengeluh mereka bila mengetahui Syukor banyak belajar melalui buku-buku dan pergi ke ceramah-ceramah pengajian satu hala sahaja. Buntu Syukor memikirkannya. Sesatkah aku?


Suasana sepi seketika. Syukor menarik nafas dalam-dalam, kemudian memandang muka Halim yang sejak dari tadi melihat telatahnya.


“Bukankah dengan mengikuti ceramah itu sudah memadai? Jika ada yang tidak di fahami ana boleh tanya ustaz tersebut” ujar Syukor lagi perlahan dengan senyuman yang cuba di buat-buat.

 

Perbincangan itu bermula bila dia menyatakan dia mahu menjadi seorang muslim yang beramal dengan Islam, dan beberapa rakannya yang berlatar belakang agama segera menemuinya.


“hm, tak sama kalau nak banding dengan mereka yang belajar senawi syeikh, tak sama.. Kalau adab menuntut ilmu kena ada berguru, majlis dan pelajarnya. Tak sama syeikh, kalau belajar secara bertanzim dan terancang seperti senawi. Bagi ana, cara belajar agama tu maknanya anta sampai kena bawa buku tulis apa catat apa yang disampaikan! Barulah belajar agama namanya!” kata Halim serius!


-benarkah begitu?-


Itu mungkin antara dialog biasa yang sering kita dengar dari sahabat-sahabat di universiti. Di universiti semua umat dari latar belakang yang berbeza berkumpul &bertemu, tak kira dari mana asalmu, di universiti adalah sebagai medan ujian yang sangat mencengkam. Di sini, diri boleh mengenal SARKASTIK @ HIPOKRIT.


Golongan aliran sains yang dikatakan baru mendapat “hidayah” di Universiti ini mempunyai semangat yang tidak kalah juga kepada rakan-rakan yang berlatar belakangkan agama. 


Isunya cuma..


Ilmu pengetahuan. 


Universiti adalah tempat semua perkara yang baik @ tidak berkumpul. Ia adalah tempat pertemuan universal ilmu-ilmu dan pengetahuan tersebut. Terpulang pada diri, yang mana nak dipasang pada diri.


Pengetahuan @mempelajari sesuatu @ mempunyai pengetahuan dalam sesuatu hal adalah perkara yang semua orang alami. Seorang doktor mempunyai pengetahuan bagaimana penyakit HIV itu merebak, seorang ustaz mempunyai pengetahuan bagaimana nak melaksanakan hukum hudud. Seorang yang menjaga batas-batas ikhtilat mengetahui padahnya bercouple. Tidak perlu setiap mereka melalui semua itu untuk memahami kesan dan akibatnya. Itulah pengetahuan.


BERBEDAKAH ILMU & PENGETAHUAN?


“Saya tahu banyak perkara tentang perkara yang membatalkan syahadah kerana saya belajar tentangnya”; 


“Saya memahami tentang perkara yang membatalkan syahadah kerana pengetahuan itu telah menjadi ilmu dalam diri saya”,


Tahu dan faham.


Segala maklumat tidak dapat tidak sebagai Muslim mestilah disaring selepas menerima pelbagai input. Perkara yang disaring oleh diri yang dirasakan tidak sesuai dengan fitrah untuk dipakai di gelar sebagai "pengetahuan" dan kesedaran dalam memahami & mengaplikasi sebarang pengetahuan digelar sebagai "ilmu". Ilmu yang mendatangkan manfaat lebih molek jika dapat difahami akan natijahnya.


Jangan di risau sangat pandangan manusia itu kerana pandangan Allah itu yang paling utama.


DIALOG TERAKHIR


Err, awak ni dulu sekolah agama ke?


Kenapa?


Sebab tahu pasal agama.. dsb..bla,bla,bla..


   Saya tahu.. kerana saya seorang MUSLIM!

**********************************************************************************

Sahabat, tolonglah berhenti meng'sekular'kan diri.


Tak kiralah dari latar belakang mana kita semua datang, jika kita mengucap syahadah dan bergelar muslim, buatlah semuanya kerana Allah. Tiada siapa yang boleh menjamin lahir Islam dan matinya Islam.. Berdoalah kita semua supaya di akhirkan dengan husnul khatimah.


Ilmu itu di tuntut dari buaian hingga ke liang lahat. Tidak terhad jika nak di bandingkan dengan sebenar-benar ilmu milik Dia yang Hak. Tanggungjawab seorang MUSLIM tidak terpikul pada orang yang beraliran agama sahaja, tapi kepada kita semua.


Jangan di lupa pesan kekasih dalam surat cintaNya,




Kepada pelajar yang mempunyai pengetahuan agama, sedarlah ilmu yang ada pada diri itu ada hak untuk diagih-agihkan kepada sahabat-sahabat yang kurang dengannya.


Kepada pelajar aliran bukan agama, sedarlah bahawa diri ini mempunyai kehendak dan tanggungjawab dalam memahami risalah tauhid.


Kerana perjuangan menegakkan risalah tauhid tidak datang menggolek, dan tidak terbang melayang pabila nasrani, yahudi dan musuh-musuh Islam mara sebagai al Ahzab (Tentera Bersekutu).




UMMAH- its not a third person but we are.


 



click here if you cannot view the video above

-anak murid tumpang belajar-

p/s: tertawa bila ada khatib membicarakan tentang "salafi sekular". Salafi sekular?? Wallahua'lam.

*nama & dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata, jika bersamaan hanyalah kebetulan @ memang disengajakan. :D

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...