Bila Jari Jemari ini menari.



Bila jari jejemari ini menari,

Di pentas kekunci papan notebook,

Ada hidayah yang ingin diabadi,

Ada cerita ingin dikongsi,

Ada nukilan ingin dirasa,

Ada khabar dalam gembira, dan duka

Menulis bukan sekadar sahaja-sahaja,

Alunan sepi bicara sendiri,

Kerana khabarku ada disini.

 

Bila jari jemari ini menari,

Iktiqad mahu memuhasabah diri,

Dekatkah diri pada cinta Rabbul izzati,

Rindukah kalam Nabi terakhir pemulih kalbu,

Dalam menyentak ilusi nafsu,

Niat bukan untuk mengajar,

Aqidah, Ibadah, Muamalah, Siasah dan Jinayah

Tidak pun sedebu aku miliki,

Jelas akan lompang celaan,

Tok guru, berkatilah kudus hatiku mengejar,

Anak murid daif tumpang belajar

 

Bila jari jemari ini menari,

Mahukan diri tunduk merasa abdi,

Sirna , Fana, aku bukan apa-apa,


Bila jari jemari ini menari,

Pandulah aku cinta seorang lelaki,

Aku mendamba wahyu ya Robbi,

Saban hari panas terasa

Tahkala cita-cita itu terlalu tinggi,

Hakikat sebenar pantunan hidayah,

Yang aku selalu termenung jauh,

Sering terlupa ia dekat ada disisi.

 

Bila jari jemari ini menari,

Sahabat Mungkar Naqir maaf terlupa.

Soalan bonusmu yang MAHA berat,

Rumah kata pergi, kubur kata mari.


Ya Robbi, ampuni kami,

Kami tidak mahu menanam pokok tanpa hasil buah,

Atau “bekerja” semberono tanpa  ilmu  hakiki

Aku jarang sekali sedar & insaf,

perlu menzuhud mata seorang lelaki,

Di Masyar kelak kau bertanya,

Siapakah kekasih dihati?

Siapa yang memakai pakaianku di dunia dulu?!!

“Riak itu selendangKu, dan kebesaran ( berbangga diri ) itu pakaian aku”

 

Bila jari jemari ini menari,

Insan yang kini jari jemarinya  sedang menari,

Diatas pentas notebook usang ini,

Hakikatnya tidak lebih,

 

Hanyalah  seorang sang petani.

 

“Growers that planting good deeds to be harvest at the land of eternity.



 

Singgah sebentar di Minda Tajdid,

berhubung isu nama Allah,  

lalu terjumpa lagu ini di blog Iman Aisyah

kemudian sajak dilakar,

Terkesan di Abu saif dengan  Polis cinta nya.

Lalu nekad aku untuk mem"publish entry".

Bismillah.

Comments

Machina said…
dan jari jemari aku pun menari, meninggalkan komen disini... =)
Anonymous said…
bro! wah de bakat neh... hehe pasni jari jemari gatai nk kene taip kerja sekolah n reports hahaha
pali said…
@ mahadi,
takpe. aku suka komen kamu, mudah-mudahan jari jemari ini manjadi amal jariah nanti. :D

@kupiah senget,
aku pun banyak blajar dari kamu, dan mahadi.

renungan bersama.
"Tak malu ke kita bila menadah tangan berdoa, dengan tangan yang sama buat maksiat, jari jemari yang melayari web2 porno, haram, dsb. Jari jemari itu juga yang digunakan untuk menadah tangan kepada Allah??"
- buah kilas Ustaz Haji Elias , bekas pengarah pusat Islam USM Penang, khutbah jumaat.

biarkan jari jemari ini terus menari..
fahima_azira said…
wah pali yang ku kenal..makin puitis..congratz!!
Yla rahYla said…
wah...pali!!!
meremang bulu romaku membaca sajak kamu...
jari jemariku menari sambil kesejukan...puitisnyer kamu!!!
hebatnya kamu!!!
boleh hantar ke akhbar utusan ke apa ker niey...kihkih...
teruskan menari wahai jari jemari pali...
pali said…
@ fahima azira,
haha, betul ke? this is me. :P

@ ryla,
jari jemari aku menulis,

"segala pujian bagi Allah". :D

doa2kan apa yang ditulis mampu di aplikasi. Setelah mampu aplikasi, doakan mampu untuk ISTIQAMAH/ konsisten.
Naz said…
Subhanallah... begitu indah dan puitis.... buat diri rasa syahdu... diri mula terfikir berapa banyak amal kebaikan yang telah dilakukan oleh jari jemari ini....terus tersentak kerana sedar begitu sedikit sekali yang telah jari jemari ini dikerah untuk jalanmu Ya Allah...
ummujannah said…
Salam.

semoga apa yang ditulis datang dari hati,semoga sampai apa yg nak disampaikan..

iskhh malu plak ada link kat Iman Aisyah kat atas tu..blog yang biasa2 saja.
pali said…
@ Naz, Iman Aisyah,

Alhamdulillah & INsyallah.

Popular posts from this blog

Bergantung harap

Ada udang di sebalik mee

Soalan Bonus Yang MAHA Berat