OpTiMis DaLaM LiMiT

Insyallah esok exam pun malam ni tak perlu la study sangat, kalau dah terlulis di Luh Mahfuz Berjaya, Berjaya juga. Usaha ini alat sahaja. Yang menentukan Allah!

Ujar Kasim kepada Sawal. Senyum sahaja Sawal bila mendengar.

“Optimisnya kau. Kalau asyik  bee-zzz memanjang, kelas jarang datang, tutorial jarang buat, takut nanti jadi fitnah kepada diri sendiri”.

Menggeleng-geleng Kasim mendengar kata Sawal. , “Anta tak faham.  Ana yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yang berjuang dijalannya.”

Tersenyum lagi  Sawal bila Kasim berhujah begitu.Sudah pandai ber'anta-ana" sekarang. Semangat. Baguslah begitu.:)

“Allah tidak akan membantu sesuatu kaum berubah melainkan jika kaum itu sendiri mengubahnya.. Kata kunci, USAHA!” tegas Sawal menekan.

"Ana yakin dan bertawakal kepada Allah”. tersenyum Kasim berkata.

“Rasullullah SAW pun bertawakal. Tawakal baginda tetap juga menambat buraq di luar masjidil aqsa. Tidak dibiarkan begitu sahaja”. 

Sawal berkata bersahaja, mencucuk pinggang Kasim dengan jarinya, sebelum kedua-dua mereka menaiki bas yang berhenti di depan mereka.

Kadang-kadang semangat yang membara secara tiba-tiba ibarat api yang dituang minyak. Marak menyala. Namun lama kelamaan jika tanpa pohon2 kayu ilmu dan amal, ditakuti maraknya api itu takkan lama.

Optimis, perlu kepada limit. Berpijak di bumi nyata, perlu kepada usaha, doa, dan bukan bertawakal semata-mata. Kita hanya orang biasa..

*********************************************************************************

Mengeluh..

Tak sedar sedang mengalami demam “culture shock”.  Tak sedar kita adalah begitu dan begini… sehinggalah ada orang memberitahu..

OPV (Other people view) berbuih-buih Dr Amirul Ashraf memberi kuliah Kemahiran berfikir.. Pelbagai warna topi dipakai untuk berfikir, “hitam, merah, hijau, putih , biru”? Semua sudah merasa. Seronok untuk cuba memikirkan cara berfikir satu persatu dari perspektif yang berbeza. Berfikir secara sihat itu “topi” seorang muslim”.  :D

Edward de Bono adalah salah seorang pakar pemikiran dari Barat, dan mashur juga dari bidang physiologi. Dengan Topi pelbagai warnanya. :P

 

Pentingkah OPV?

Di pekan pertama seorang ayah tua & anak muda yang kecil berjalan seiringan dengan keldai mereka yang memikul barang. Kemudian ditegur oleh orang ramai; " Kasihan anak kecil itu dibiarkan berjalan, kan ke lagi elok kalau dibiarkan dia menunggang keldai". Mendengar kata itu, ayah mengangkat anaknya keatas keldai dan meneruskan perjalanan.


Sampai ke pekan seterusnya, orang ramai berkata; Apalah anak muda itu, membiarkan ayahnya yang tua dibawah, sedangkan dia sedap2 menunggang keldai” Lalu turun anak tersebut, lalu meletakkan ayahnya di belakang keldai itu

 

Masuk ke pekan yang lain, "Apalah orang tua itu, anaknya dibiarkan berjalan, dia sedap-sedap menunggang keldai.”. Lalu naik ayahnya bersama2 anak tersebut ke atas keldai itu.


Sampai ke pekan yang lain, Kesian keldai itu, apalah ayah tua dan anak muda itu, tidakkah mereka berfikir akan kesusahan keldai itu menanggung terlalu banyak beban?”


Di pekan yang baru, orang ramai tercengang melihat seorang lelaki tua dan anak muda memikul keldai masuk berjalan ke pekan mereka. Tidak lama kemudian, terdengar suara, “Apalah….( dan seterusnya)”


Terlalu mendengar kata-kata orang boleh menjadi sangat meletihkan.

 

Suasana & Islam.

Islam itu yang sepatutnya membentuk suasana, bukannya suasana itu yang membentuk Islam. Jika nilai Islam itu dinilai dari mata masyarakat semata-mata, bukan Islam syumul yang akan didapati.


“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.-hadith


Orang boleh berkata. Mendengar dan memahami serta menimbangkan pandangan itu adalah perkara yang wajar, tetapi kerelevalan membuat keputusan terletak diatas bahu masing-masing. Timbang-timbanglah dengan neraca Ilmu dan Aqal.

 

Kalau bergaul cuba elakkan ikhtilat (pergaulan bebas antara bukan muhrim)

Kalau makan, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang, makan makanan yang baik-baik.

Kalau tidur, selepas isyak tidurlah segera agar mudah untuk bangun tahajjud  Fajr, jangan tidur berlebihan.

Kalau bercakap, bercakaplah yang baik-baik, jangan terlalu banyak berkata-kata, takut nanti kerana lidah badan binasa.

Kalau kita fleksibel, limitnya adalah ajaran agama. Tak semua boleh disapu "bersih". Untuk kebaikan diri kita juga.

Dan sebagainya..

begitulah pesan orang kepada aku sebelum ke sini.


Don't get me wrong, its good to be optimis!


click here if you cannot view this video

(thanks Jep for the video!)

OpTimis dalam limit?

 We’ll be okay. \(^;^)/


p/s: menghunus keris sambil mengucap takbir? Buleh?

Comments

Deen said…
kenapa mesti menghunus keris? Ada maksud tersirat?
pali said…
@ deen,

saja. keris itukan warisan pusaka. Sebagai alat senjata. 7 lekok yang unik. tapi tempatnya ditangan juga.

Jika keris letaknya dihati, maknanya dah tikam dada la. Sakit.. :D
Anonymous said…
ooo.... ini rupenye optimis dlm limit. all the best! may success will always be yours! ;)
pali said…
@ jep,

ni pandangan peribadi, banyak cacat celanya. Kalau salah tolomng tunjukkan.

mungkin apa yang ingin saya kongsi, adalah bertindak dalam keadaan sedar, dengan kawalan diri?

masih menilai dan akan terus menilai. :D

-anak murid tumpang belajar-

ps; apa yang penting? :p
Anonymous said…
KEROJASAMO!
boundaries said…
oo tu maksud keris tu??baru la nak faham...

ikut al-quran dan sunnah bukan apa yg org kata...
pali said…
@anonymous,

Bijok demo! :D

@ huda,

em2 betul3. quran dan sunnah itu letaknya disana. Susah, tapi kena cuba..

Letak ditangan? apa2 pun boleh, keris, popcorn, tombak, pedang samurai; apa2pun, yakin jika benar benda yg diletak dihati, benarlah tangan yang beraksi.

benda yg ditangan letak dihati jangan. menusuk hati membunuh diri.. kan? kanamycin..
boundaries said…
kanamycin lagi..huhuhu^_^
pali said…
kanamycin tu nama antibiotik. :D

Popular posts from this blog

Bergantung harap

Ada udang di sebalik mee

Soalan Bonus Yang MAHA Berat