“If my husband know you are a Muslim, he will be very excited to see you”,ujar pos doc wanita dari Taiwan itu memulakan perbualan. Menegur aku yang ketika itu sedang asyik melayan email .
“Really, why is that?” aku berpaling ke kanan lalu spontan tersengih.
Semasa waktu lunch hour, wanita yang mempunyai babygirl yang comel ini “meminta” izin bertanyakan soalan dengan penuh sopan. Hanya aku dan 2 wanita di dalam office sibuk membuat hal masing-masing ketika itu. Mereka adalah Pn Heidi dan Miss Zhang, yang masing- masing wanita dari Taiwan dan China.
The first question he would asked, is it true that muslim allowed man to married up to 4 wives?
Semakin melebar senyuman aku mendengar persoalan tersebut. Kalau boleh memang tak mahu berbincang lagi hal-hal perkahwinan, tetapi kerana yang bertanya adalah not yet muslim, ia menjadi fardu kifayah.
Well, YES & NO.
Jawapan ringkas itu menyebabkan Miss Zhang yang dari mula tidak memberi perhatian mengalihkan posisinya ke arah kami.
Ya~Welcome-welcome..
Rasa sedikit "takut" untuk menulis pada kali ini. Saya mengambil sedikit masa untuk memastikan setidak-tidaknya perkara yang ingin disampaikan difahami @sudah @ sedang releven dengan perlakuan diri. Menulis ini sebagai muhasabah untuk diri sendiri juga. Kalau nak diikutkan, saya adalah orang yang paling kerap berkunjung ke blog sendiri, kerana tulisan-tulisan semasa merasa iman itu tinggi memberi manfaat ketika merasa lemah. Mengingatkan diri ini telah mempunyai benchmark yang telah ditetapkan.
Kepada dua wanita tersebut, jawapan yang saya berikan biasa sahaja. Sama seperti apa yang pernah diberikan oleh ramai ustaz dan bloggers. Berkenaan “keadilan” dan “kemampuan” sang suami yang ingin menakhoda lebih dari satu kapal dalam satu pelayaran.
SAtu analogi diberikan; seorang kakak yang mempunyai dua adik yang kurus dan gemuk, dan kerana ingin bertindak adil, membelikan baju bersaiz S @ sebaliknya, XXXXL untuk adik yang berlainan saiz. Kakak yang ingin berlaku adil seharusnya memberikan pakaian yang yang sesuai dengan individu, kerana itulah keadilan yang dimaksudkan. Individual needs. Samalah seperti para isteri.
Ramai yang sudah mengetahui hal ini.
Perkara pokok tentang hukum poligami, kenapa diperintahkan, dan siapa yang layak untuk melaksanakan. Manfaat terhadap isteri dan haknya, serta suami dan anak-anak. Semua itu boleh dicari @ setidak-tidaknya mudah didapati.
Jika bercakap berkenaan munakahah, yang merupakan salah satu cabang Islam ini memerlukan ilmu, yang bukan semata-mata kerana menghadiri kursus nikah kerana hampir masa mendirikan rumahtangga, tetapi kerana kesedaran dalam memahami perlaksanaanya. Pernah aku dinasihatkan, lebih awal lebih baik.
Biarlah bila bercontoh itu menggunakan hujah ustaz @ alimin yang mengajar, agar mudah difahami, berbanding mengeluarkan hujah atas analisis sendiri,lalu mengeluarkan analogi tahi.
Imam Malik ada berpandangan, feqah tanpa tasawuf, merugikan, dan tasawuf tanpa feqah adalah sesat. Maknanya,orang yang banyak ilmu agamanya, jika tidak mendidik hati supaya zuhud, tawadduk @ tasawwuf, ditakuti amalan itu disertai dengan rasa riak, bongkak dan cam best, dia dalam kerugian. Orang yang mementingkan hati sahaja, berzikir @ ingin beramal tanpa mempunyai pengetahuan agama yang jelas, dikhuatiri menyerupai kafir dzimni, ditakuti lebih ke arah kesesatan.
Rasa hati semata-mata tidak memadai tanpa panduan Al Quran & hadith.
Di akhir perbincangan, hampir- hampir sahaja aku menjerit ketakutan bila mereka berdua ingin bersuara.
Trauma.

trauma
Trauma bila mengenangkan banyak jawapan yang pernah didengari dari "muslimah-muslimah" di Malaysia, yang bermula dengan nada , “Huh, poligami”.. @ banyak “tapi” nya, sebelum dihujani dengan pelbagai hujah dan pandangan mereka. (Em, takde bangkangan..)
Tapi..,
Dua wanita itu tersenyum menerima.
Menurut mereka, di Taiwan dan China mengamalkan monogami, dan jika seorang lelaki mereka pergi ke China untuk berurusan perniagaan, maka isteri di rumah akan merasa kegerunan, kerana bisnes yang dimaksudkan mungkin ada dua, iaitu sebagai sugar daddy @ berjumpa isteri kedua, ketiga, keempat, kelima…. Tambah-tambah pula bilangan lelaki yang berkemampuan di sana tidak ramai jika nak dibandingkan dengan bilangan wanita yang lebih ramai. Skandal dimana-mana. Sama juga di USA ini.
Bagi mereka, poligami itu adalah perkara yang baik.
"Come to Malaysia if you want to see man with four wives live happily. :D Visit Malaysia, truly Asia. Lol", sekadar ajak –ajak ayam
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengangguk-angguk. Alhamdulillah, harap mesej itu sampai..
Sebelum menamatkan perbualan, Heidi sempat bertanyak soalan samada aku ada berniat untuk berpoligami.
tersengih aku, kerana sebelum ini pernah di satu ketika memberikan jawapan yang sama..
Semasa di tahun akhir,
Kenapa tak dipilih sahaja awek2-aweks yang ada kat sini? Kan ke ramai?
Haha, yelah tu, bukan senang wei nak pilih.. jawapanku seolah-olah suci
Apa susah, laki kan boleh kawin sampai empat.Hahaha~
kami sama-sama tertawa nakal kerana mendengar jawapan itu..
sekadar sembang kosong pelajar tahun akhir.
Kami sedar..
bahawa lelaki yang masih belum berkeluarga, memancing kehendak untuk memasang lebih dari satu merupakan angan-angan yang panjang & sia-sia, tetapi perbincangn mesti lakukan seawal mungkin. haha
Jika ada pun yang bersemangat, kami akan berkata;
Sahabat,
Cita-cita iTu terlalu tinggi.
p/s: niat penulisan adalah untuk berkongsi pengalaman sahaja, bukan untuk menyerang mana2 pihak. Peace~